5 BINTANG YOUTUBE YANG KINI SEORANG JUTAWAN
Hanya bermula dari dunia YouTube, kini mereka sudah layak digelar sebagai jutawan. Mempunyai personaliti juga kemahiran yang berbeza, memberi peluang kepada mereka berkongsi kreativiti dengan masyarakat luar dan siapa sangka? Dari YouTube juga mereka memperolehi keuntungan dan kini, sudah berada dia antara golongan jutawan dunia. GL membariskan lima bintang YouTube yang kini digelar jutawan.
MICHELLE PHAN

Michelle Phan dianggarkan mengaut keuntungan sebanyak $441.4 juta setiap tahun.
Pernah menolak tawaran kerja sebagai jurusolek kaunter, kini Michelle Phan adalah seorang usahawan serta jurusolek professional hasil daripada keuntungan yang diraih daripada video tutorial yang dimuat naik ke dalam YouTube. Hasil keuntungannya itu mengalahkan jenama-jenama mekap yang besar dan sekali gus menjadikan Michelle Phan antara A-List golongan jutawan.
PEWDIEPIE

PewDiePie dianggarkan memperoleh keuntungan sebanyak $8.47 juta setiap tahun.
Jika anda tonton setiap video dari lelaki Sweden ini, pasti anda akan tergelak dengan gelagatnya memberi komen setiap jenis game yang dicuba. PewDiePie atau nama sebenar, Felix Arvid Ulf Kjelberg merupakan antara bintang YouTube yang cukup terkenal dengan memek mukanya yang bersahaja mencuba segala macam jenis game dan lawak jenakanya menerusi feedback yang diberi. Hasilnya, dia kini merupakan salah seorang warga Maker Studios, milik Disney.
Roman Atwood

Roman Atwood dianggarkan meraih keuntungan sebanyak $2.5 juta setiap tahun.
Siapa yang tidak kenal dengan jejaka ini? Setiap video prank yang dimuat naik pasti akan membuat kita ketawa besar. Disokong dan dibantu oleh rakan-rakannya, prank-nya sentiasa menjadi. Tidak kisahlah prank itu dibuat kepada rakannya mahupun orang luar. Disebabkan terlalu ramai pengikut di YouTube, Roman Atwood pernah bekerjasama dengan Nissan dan beberapa syarikat besar yang lain.
Tyler Oakley

Tyler Oakley dianggarkan meraih keuntungan sebanyak $744.3k setiap tahun.
Video yang dimuat turun sarat dengan informasi semasa dan juga diselitkan dengan sedikit pendidikan. Walaupun dibuat dalam gaya yang santai dan bersahaja, namun video milik Tyler Oakley ini menjadi kesukaan orang ramai kerana karakternya yang fun dan cool. Tyler juga akan menjemput rakannya untuk berbual mengenai info semasa dan terkini. Kini, namanya bukan hanya popular di YouTube, malah dia juga dikenali di dalam siri The Amazing Race bersama rakannya, Korey Kuhl di saluran CBS.
JENNA MARBLES

Jenna Marbles dianggarkan memperoleh keuntungan sebanyak $350k setiap tahun.
Jenna Marbles antara bintang YouTube yang semakin dikenali ramai. Bermula dengan memuat naik videonya berkaitan pendapat dirinya tentang sesuatu topik sehinggalah kepada video tutorial mekapnya, semuanya diselitkan dengan lawak jenaka yang pastinya menggelikan hati semua yang menonton. She’s crazy! Kini, Jenna acap kali dijemput di rancangan televisyen dan berkongsi mengenai kisah videonya di YouTube.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
NB FOR JADEN SMITH VISION RACERS, TARUHAN DUA WARNA EPIK
New Balance dan Jaden Smith bersatu untuk satu kolaborasi epik. Rekaan Vision Racers melengkapi gaya musim baharu.
H&M MENYUNTING PETE DAVIDSON
Pete Davidson membintangi kempen baru H&M. Menyuntik semangat baharu nan segar dalam lapangan fesyen lelaki.
TOMMY HILFIGER KOMITED KEPADA KELESTARIAN, UMUM KERJASAMA BERSAMA SHAWN MENDES
Tommy Hilfiger melantik Shawn Mendes untuk projek ‘Play it Forward’ dan kempen ‘Classics Reborn’.
STYLISH SAAT MUSIM PERAYAAN DENGAN CALVIN KLEIN
Koleksi Calvin Klein adalah alternatif gaya terbaik untuk tampil stylish bahkan relevan memasuki musim perayaan. Bergaya dengan Calvin Klein bersama Meerqeen dan Anna Jobling.
SANDRO RAIKAN GEMILANG 50 TAHUN IKON BUDAYA POP YAKNI SMILEY
Sandro Paris Raikan Ulang Tahun Ke-50 The Original Smiley Melalui Taruhan Koleksi Lengkap.
DETIK FESYEN SELEBRITI LELAKI TERSERLAH DI ANUGERAH OSCAR 2022
Daripada penampilan tux baldu Andrew Garfield hingga penampilan Timothée Chalamet yang berlabuci, barisan selebriti lelaki ini membawa gaya terbaik mereka ke red carpet Oscars 2022