Skip to content

5 SIRI POPULAR BUAT PENGGEMAR GENRE FANTASI

5 SIRI POPULAR WAJIB TONTON BUAT PENGGEMAR GENRE FANTASI

Kongsikan artikel ini

Drama bergenre fantasi dilihat semakin mendominasi platfrom penstriman popular kebelakangan ini.

Tidak dinafikan rancangan fantasi seronok ditonton kerana ia membawa kita mengembara ke dunia imaginasi yang jauh berbeza dari alam realiti. Dan kebiasaannya, ia mencuri perhatian ramai dengan kisah pengembaraan, komedi, ketegangan dan pertempuran.

GL bariskan beberapa drama fantasi terbaik untuk anda layan pada waktu terluang

1. The Sandman (2022)

Skor IMDb: 7.8/10

Pelakon: Vivienne Acheampong, Tom Sturridge, Patton Oswalt, Boyd Holbrook

Berkisar tentang Morpheus, King of Dreams yang dikurung dalam sebuah botol kaca selama bertahun-tahun dan perjalanannya untuk mengembalikan kuasanya setelah berjaya melepaskan diri.

The Sandman menerima maklum balas positif daripada pengkritik filem yang rata-ratanya memuji persembahan, kostum dan kesan visual siri itu.

 

2. House of the Dragon (2022)

Skor IMDb: 8.9/10

Pelakon: Emma D’Arcy, Paddy Considine, Sonoya Mizuno, Emily Carey, Matt Smith, Fabien Frankel, Rhys Ifans, Graham McTavish, Steve Toussaint, Milly Alcock, Eve Best

Ramai peminat ternanti-nantikan prekuel Game of Thrones selepas siri kegemaran ramai itu tamat pada musim kelapan. Penantian peminat berakhir dengan kemunculan House of the Dragon yang membawa kita mengembara ke dunia fantasi sekali lagi dan menyaksikan perebutan Iron Throne.

Drama ini memperlihatkan dinamik House Targaryen, 172 tahun sebelum Daenerys Targaryen dilahirkan. Ia juga menampilkan peristiwa politik yang akhirnya membawa kepada peperangan dan kemusnahan naga.

 

3. Shadow and Bone (2021)

siri fantasi

Skor IMDb: 7.6/10

Pelakon: Freddy Carter, Jessie Mei Li, Ben Barnes, Archie Renaux, Lewis Tan, Jack Wolfe, Calahan Skogman, Zoë Wanamaker, Daisy Head, Amita Suman, Anna Leong Brophy, Kit Young, Patrick Gibson, Danielle Galligan

Siri ini berkisar tetang Alina Starkov, seorang pelukis peta yatim piatu. Apabila dia melepaskan kuasa luar biasanya yang mengubah nasib dunia, semua kuasa gelap mula bersekongkol untuk menentangnya.

Shadow and Bone berjaya menerima pujian daripada pengkritik filem dan penonton.

 

4. Good Omens (2019)

siri fantasi

Skor IMDb: 8/10

Pelakon: Daniel Mays, Michael Sheen, Ariyon Bakare, Anna Maxwell Martin, David Tennant, Sam Taylor Buck, Miranda Richardson, Doon Mackichan, Sian Brooke, Mireille Enos, Ned Dennehy, Yusuf Gatewood, Nick Offerman, Jack Whitehall, Jon Hamm, Nina Sosanya, Michael McKean, Adria Arjona, Bill Paterson

Drama fantasi komedi ini diadaptasi daripada novel popular dengan judul sama karya Neil Gaiman dan Tery Pratchett. Ia memaparkan tema berbeza dan karakter yang cuba menghalang serta menggalakkan kedatangan Armageddon yang boleh dilihat melalui mata Malaikat dan Syaitan.

Good Omens menerima tiga pencalonan Primetime Emmy Awards 2019 termasuk Kostum Fantasi/Cereka Sains Terbaik, Gubahan Muzik Terbaik dan Muzik Tema Tajuk Utama Asal Terbaik.

 

5. His Dark Materials (2019)

siri fantasi

Skor IMDb: 7.8/10

Pelakon: Anne-Marie Duff, Dafne Keen, Lucian Msamati, Lin-Manuel Miranda, Ruth Wilson, Ariyon Bakare, Simone Kirby, Ruta Gedmintas, Clarke Peters, James Cosmo, Gary Lewis, Amir Wilson, Will Keen, Andrew Scott, Nina Sosanya, Lewin Lloyd, Jade Anoka, James McAvoy, Sean Gilder

Sama seperti kebanyakan rancangan fantasi lain, drama ini juga berdasarkan novel bersiri dengan judul sama nukilan Philip Pullman. Ia berlatarkan realiti multi-dunia dan berkisar tentang Lyra, seorang yatim piatu yang memulakan misi mencari rakannya yang hilang. Dalam perjalanannya, dia mendapat tahu tentang plot penculikan yang berkaitan dengan bahan kosmik dikenali sebagai Dust.

His Dark Materials telah memenangi pelbagai anugerah dan menerima pujian hebat daripada pengkritik filem.

 

Pautan berkaitan: NETFLIX: DRAMA AKSI KOREA TERBAIK YANG WAJIB ANDA TONTON!

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SENARAI PENCALONAN EMMY AWARDS 2023, SUCCESSION TERUS UNGGUL

SENARAI PENCALONAN EMMY AWARDS 2023, SUCCESSION TERUS UNGGUL

Bacaan Lanjut
8 DRAMA FANTASI TERBAIK WAJIB TONTON BULAN INI

8 DRAMA FANTASI TERBAIK WAJIB TONTON BULAN INI

Bacaan Lanjut

10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OGOS 2022

Bacaan Lanjut
BARISAN DRAMA TERBAIK KIM BUM SELAIN GHOST DOCTOR

BARISAN DRAMA TERBAIK KIM BUM SELAIN GHOST DOCTOR

Bacaan Lanjut