7 Buku Buat Rujukan Gaya Lelaki Tahun Ini
Bersempena PKP ini, ambil peluang untuk membaca buku fesyen dalam menceduk inspirasi penggayaan lelaki moden masa kini.
Jika anda mencari hobi baharu tahun ini, saya sarankan anda untuk mula membaca buku. Buku adalah salah satu pelaburan yang terbaik. Ia ada medium yang mampu membuka mata dan hati pembaca ke dimensi yang tersendiri. Selain dapat memberikan inspirasi, buku juga adalah cara terbaik untuk anda habiskan masa terluang di rumah.
Bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan, apa kata anda ambil kesempatan ini untuk membaca tujuh buah buku inspirasi fesyen yang juga sesuai dijadikan coffee table book nanti.
1. ICONS
Oleh Nike, Virgil Abloh & Taschen
Nike, Virgil Abloh dan Taschen kini bersatu dalam projek untuk menghasilkan sebuah buku eksklusif. ICONS mengeksplorasi semua kolaborasi sniker hangat antara Nike x Off-White dengan lebih terperinci dan mendalam. Dari proses kreatif kepada apa yang berlaku di balik tabir, peminat berpeluang juga untuk melihat text asal daripada Virgil Abloh kepada pereka di Nike. Boleh didapati bermula 5 Februari 2021.
2. London Sartorial: Men’s Style From Street to Bespoke
Oleh Dylan Jones
London adalah ibu kota buat pergerakan sartorial lelaki dunia. Buku tulisan Dylan Jones yang merupakan editor-in-chief majalah GQ ini menunjukkan mengapa London menjadi pilihan dari gaya tradisional kepada ilham moden terkini. Turut menampilkan legenda fesyen seperti Paul Smith dan Vivienne Westwood, selain barisan penggerak fesyen muda London.
3. Stan Smith: Some People Think I’m A Shoe
Oleh Stan Smith
Mula dihasilkan sejak 1970-an, sniker Stan Smith adalah antara desain kasut yang paling ikonik sehingga kini. Pemain tenis, Stan Smith yang meminjamkan namanya kepada kasut Adidas meraikan legasi di sebalik sejarah sniker ini melalui penghasilan sebuah buku. Ia menampilkan koleksi foto gaya jalanan di seluruh dunia, selain menjadi kegilaan ramai termasuklah Pharrell Williams.
4. Supreme
Oleh Supreme
Supreme adalah antara label fesyen yang paling berperanguh di dunia. Sejak mula diasaskan sekitar 25 tahun lalu, label yang bermula sebagai kedai papan luncur di kota New York kini telag menjadi jenama global yang menjadi kegilaan ramai. Tidak dilupakan, kolaborasi hangat bersama Louis Vuitton. Buku ini menampilkan momen selama lebih dua dekad sejarah Supreme yang penuh warna.
5. Paul Smith – 50th Anniversary Book
Oleh Phaidon
Pereka fesyen ikonik United Kingdom, Paul Smith meraikan ulang tahunnya yang ke-50 di dalam industri fesyen dengan penghasilan sebuah buku yang istimewa. Monograf ini akan merakamkan semangat unik pereka legenda itu melalui 50 objek yang dipilih sendiri oleh Sir Paul Smith. Eksplorasi dari pementasan fesyen pertamanya di Paris, pembukaan butik di Floral Street, London kepada koleksi terbaharu dan kolaborasi.
6. Gucci: Dapper Dan’s Harlem
Oleh Ari Marcopoulos
Gucci meneruskan kolaborasi bersama Dapper Dan dengan sebuah buku yang luar biasa. Ia memaparkan foto-foto yang dirakamkan di kejiranan Harlem ni New York oleh jurufoto dan pepmbuat filem Ari Marcopoulos. Ia turut menampilkan rakan-rakan Gucci dan Dapper Dan sendiri. Buku edisi terhad ini hanya mempunyai 500 salinan sahaja.
7. Garçon Style: New York, London, Milano, Paris
Oleh Jonathan Daniel Pryce
Buat peminat seni fotografi gaya jalanan, buku ini adalah yang terbaik buat anda. Jonathan Daniel Pryce atau dikenali sebagai Garçon Jon merupakan jurufoto yang terkenal dengan gambar gaya jalanan di kota fesyen utama. Buku ini menampilkan 300 gaya jalanan terbaik, dalam ilham stail yang boleh dijadikan inspirasi fesyen buat semua lelaki.
Baca lebih lanjut: 5 FILEM BAHARU ANDA BOLEH TONTON SEPANJANG PKP INI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SNEAKERTOPIA – PAMERAN BUDAYA JALANAN BUAT PEMINAT KASUT SNIKER DAN SNEAKERHEAD
“Sneakertopia: Step Into Street Culture” sedang berlangsung di ArtScience Museum, Singapura dengan lebih 100 kasut sniker edisi-terhad dan banyak lagi.
NIKE DAN TIFFANY & CO.:KOLABORASI EPIK
Penyuka gaya vibrant dan muda pasti mengimpikan koleksi ini melengkapi gerobok fesyen musim baharu. Ucapkan hello to Tiffany & Co. dan Nike.
KEMPEN GUCCI GIFT 2022, REKOMENDASI AKSESORI GUCCI UNTUK RAYAKAN MUSIM PERCUTIAN
Persiapkan diri berlibur dengan produk ilham Gucci Gift 2022. Semak item cadangan GLAM Lelaki sebagai idea ‘shopping’ akhir tahun.
YUSSEF DAYES BAKAL BERAKSI BUAT JULUNG KALI DI MALAYSIA
Pemain dram dan pemuzik jazz terkemuka, Yussef Dayes bakal beraksi buat pertama kali di Malaysia pada 25 November ini.
MULA BERKENALAN DI TWITTER, PAUL MESCAL UMUM PERTUNANGAN BERSAMA PHOEBE BRIDGERS
Pelakon Ireland yang terkenal melalui siri “Normal People”, Paul Mescal mengumumkan pertunangan bersama penyanyi Amerika Syarikat, Phoebe Bridgers.
PEMINAT BANTU KANYE WEST RAIH SEMULA STATUS BILIONAIR
Kanye West kini dilaporkan berdepan saat sukar dalam hidup dan beberapa peminat fanatik mengambil satu langkah ke hadapan untuk membantunya.