AFGAN & LYODRA BAKAL HIBURKAN PEMINAT DI KUALA LUMPUR
Bintang pujaan ramai dari seberang, Afgan bakal mengubati kerinduan peminat di Malaysia dengan konsert terbaru.
Kali ini dia akan bergandingan dengan Lyodra, penyanyi dan pelakon kelahiran Medan yang baru meningkat usia 21 tahun. Konsert yang diberi nama ‘Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur’ ini akan diadakan pada 28 September 2024 bertempat di Megastar Arena, Sungei Wang Plaza.
Nama Afgan dan Lyodra hangat menjadi perbualan kebelakangan ini dek penangan lagu duet mereka, Ada yang dilancarkan pada tahun lalu. Suara lunak dan keserasian mereka telah pun menambat hati peminat bukan saja di Indonesia tetapi juga di Malaysia dan Singapura.
Kharisma Music selaku penganjur berkata konsert ini menjanjikan pengalaman hebat dan detik yang tidak dapat dilupakan buat peminat dengan lagu-lagu hit dan persembahan memukau.
Selain Kharisma Music, konsert ini turut mendapat kerjasama daripada jenama kosmetik terkenal Alha Alfa. Juga Intan Gelombang dan Futurace selaku penganjur bersama.
Lagi Mengenai Konsert Afgan & Lyodra
Butiran lanjut masih belum didedahkan setakat ini namun akan diumumkan dalam satu sidang media khas pada bulan Ogos nanti. Ini termasuk perihal senarai lagu, artis jemputan dan beberapa kejutan lain.
Jualan tiket konsert sudah pun dibuka pada 10 Julai lalu di laman web Ticket2u. Tiket dijual mengikut kategori iaitu Pesan Terakhir (RM358), Escape (RM438), Sang Dewi (RM558), Panah Asmara (RM588), Ada VIP (RM688) dan Ada VVIP (RM1,488).
Semua tiket konsert mempunyai tempat duduk bernombor dan pembeli boleh memilih kategori yang dikehendaki. Pembeli terawal akan mendapat tempat duduk terbaik mengikut kategori.
Menariknya, pembeli tiket kategori Ada VVIP berpeluang untuk menyertai sesi eksklusif ‘meet & greet’. Malah mereka juga akan menerima barangan rasmi konsert serta mendapat sajian makanan dan minuman ringan.
Pautan berkaitan: SHEILA MAJID & DISKORIA BERKONGSI PENTAS KONSERT
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 DETIK TERBAIK SEPANJANG KLFW 2024
GLAM Lelaki akan menyusun lima sorotan terbaik KLFW 2024 sepanjang tujuh hari berlansung dengan fesyen yang penuh kemegahan.
COACH KINI MEMBUKA THE COACH RESTAURANT PERTAMANYA DI JAKARTA
Label fesyen, Coach kini mengumumkan pembukaan The Coach Restoran dan Coach Coffee Shop di Grand Indonesia Mall, menandakan kemunculan pertama jenama itu dalam industri hospitaliti.
HEAVEN, KOLABORASI CALUM SCOTT BERSAMA DIANA DANIELLE
Penyanyi Britain, Calum Scott mempersembahkan lagu terbaharu berjudul “Heaven” yang lebih istimewa dengan sentuhan segar bersama empat bintang pop rantau Asia Tenggara termasuklah Diana Danielle.
SELEPAS AFGAN, IRWANSYAH PULA DISAHKAN POSITIF COVID-19
Pelakon Roh Fasik itu tidak mengalami gejala yang teruk dan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.
5 SOALAN BERSAMA AFGAN SYAH REZA, THE COACH BOY
Seiring dengan karakternya, Afgan gemar menyarung helaian Coach kala membuat persembahan mahupun sekadar liburan ke destinasi pilihannya.
FASHIONVALET LANCARKAN KOLEKSI AFGAN, AREZ.CO
Platform e-dagang popular Asia yang menghimpunkan koleksi lengkap pakaian wanita, Fashion Valet mengalu-alukan kedatangan koleksi penyanyi indonesia, Afgan.