Skip to content

ALAMI KENGERIAN BERGANDA DI SUNWAY LAGOON “Nights Of Fright 5”

Kongsikan artikel ini

Night of Fright menjelma sekali lagi dan kini lebih seram, lebih ngeri dan lebih menakutkan! Persoalannya kini, adakah anda sudah bersedia? Jika ya, cabar keberanian diri anda di festival penuh dengan debaran, Nights of Fright yang kini masuk tahun kelima hanya di Sunway Lagoon!

Bermula dari 7 hingga 31 Oktober 2017, Sunway Lagoon kini telah membuka lebih dari 10 pintu dan laluan gelap untuk anda langkah bagi mengalami sendiri kengerian berganda dek kehadiran hantu dan makhlus halus yang pasti akan menghantui mimpi lena anda.

The Island of The Dolls – Tarikan pulau pelancongan di Mexico ini adalah himpunan patung kanak-kanak yang digantung di setiap sudut, dan mungkin semuanya sudah dirasuki. Berjasad, namun ia bernyawa! Beware of their eyes!

Ouija – Rasai bisikan misteri dari papan Ouija yang menghubungkan anda dengan dunia gelap yang tiada bersempadan. You enter at your own risk! 

Day Of The Dead In 3D – Ingin rasai sendiri kematian, atau ingin lebih dekat dengan mereka yang sudah lama ‘meninggalkan’ kita? Ya, anda sendiri mungkin tidak akan kembali.

Dystopia – Amaran kami, do not enter! Hospital yang menempatkan pesakit-pesakit gila serta dipenuhi dengan ramai korban pembedahan kejam diselang pekikan, kesakitan, darah dan organ dalaman manusia pasti buat anda trauma, menyebabkan anda tidak mahu lagi menjejakkan kaki ke hospital, ever! 

Scream Park – Taman ‘keras’ di mana Ghostbusters memburu hantu, atau cabar diri anda berada di dalam pertembungan antara Pontianak vs Pocong dan Zombie Apocalypse. 

Forest of Fear – Rasai pengalaman mengerikan di pedalaman hutan yang dihantui pocong dan pontianak yang berselindung di sebalik pokok dan dahan termasuk ratusan kubur tidak berpenghuni.

Judgement Lane – Ingin lihat bagaimana seksanya bagaimana banduan digantung secara hidup-hidup!

March of The Undead – ikuti perbarisan hantu dan entiti seram yang pasti akan menaikkan bulu roma anda.

Horrorwood BoulevardGlamorous in hell? Abadikan pengalaman menakutkan dengan karakter-karakter ikonik seram Hollywood seperti di karpet merah majlis anugerah berprestij.

Zombie Pirates – Uji keberanian anda dengan berhadapan dengan sumpahan lanun di lautan yang memaksa anda terjun ke dalam laut jahat, dan mati!

PROMOSI ISTIMEWA

Menangi 2 tiket masuk ke NOF5 dengan layari laman media sosial GLAM Lelaki sekarang! (Tarikh tutup penyertaan: 18 Oktober 2017) All the best!! 

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DIILHAMKAN DARI KOLONIAL, THE ANAM TAWARKAN PENGALAMAN PERCUTIAN MENGASYIKKAN

Bacaan Lanjut

KELAB JANGGUT & KUMIS DARI KANADA BERGAMBAR SEPERTI DUYUNG DEMI KEBAJIKAN

Bacaan Lanjut

10 FAKTA TENTANG ALMARHUM SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

Bacaan Lanjut

GENTLEMEN’S TONIC, PAKAR RAWATAN UNGGUL WAJAH LELAKI

Bacaan Lanjut

KEDAI JUALAN ATAS TALIAN H&M KINI DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut