Amanat terakhir seorang legenda.
Oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin
30 Disember 2016
Semalam, negara digemparkan dengan pemergian seorang lagi tokoh seni yang cukup dihormati dan disanjungi, Tan Sri SM Salim. Beliau adalah insan seni yang telah banyak menyumbang dalam industri muzik tanah air khususnya dalam memartabatkan lagu-lagu traditional dan etnik kreatif. Ternyata pemergiannya amat mengejutkan dan diratapi oleh semua rakyat Malaysia khususnya para karyawan yang pernah bekerjasama dengan beliau.
Allahyarham SM Salim, berumur 88 sewaktu pemergiannya, atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada 5.45 petang semalam kerana sakit tua. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang di sini, selepas solat Jumaat nanti.

Photo credit: berita.mediacorp.sg
Melalui temu bual bersama anak Allahyarham, Sheikh Shamsul bersama media tempatan semalam, keluarga Allahyarham berharap stesen radio dan badan penyiaran tempatan agar tidak menyiarkan lagu dendangan Allahyarham dalam tempoh terdekat.
Sheikh Shamsul berkata, ia sebagai memenuhi amanat yang pernah ditinggalkan seniman agung itu ketika hayatnya agar lagu-lagu nyanyiannya tidak akan dimainkan sekurang-kurangnya 30 hari atau 44 hari selepas pemergiannya.
Sedikit maklumat mengenai Allahyarham, seniman kedua selepas Allahyarham P. Ramlee bergelar Tan Sri. S.M. Salim mula bekerja sebagai juruhebah Radio Malaya (sekarang RTM) secara sambilan semenjak 1957. Pada masa sama dia dikenali sebagai penyanyi lagu-lagu Melayu klasik (tradisional). Antara anugerah yang pernah dianugerahkan kepadanya adalah Ahli Mangku Negara (AMN) dari Yang di-Pertuan Agong, Dianugerahkan pingat Darjah Setia Mahkota oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempena ulangtahun keputeraan baginda yang ke-75 pada 2 Jun 2001 yang membawa gelaran Tan Sri dan banyak lagi.
Antara album-album yang pernah dihasilkan beliau adalah S.M Salim (1979), Cempakasari (1989), Satu (1992), Nanti Dulu (1994) dan banyak lagi.

Antara album kompilasi yang pernah dihasilkan oleh Allahyarham Tan Sri Dato’ S.M Salim
Semalam, penyanyi Dato’ Siti Nurhaliza yang pernah ‘berguru’ dan berduet bersama Allahyarham turut menyatakan rasa sedihnya akan kehilangan seorang tokoh seni yang cukup dikaguminya. Dato Siti Nurhaliza pernah berduet bersama Allahyarham menyanyikan lagu Pandang Pandang, Jeling Jeling diiringi oleh Malaysian Philharmonic Orchestra sekitar awal tahun 2000.
Takziah dari kami, Glam Lelaki ucapkan kepada ahli keluarga beliau. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan kekasihNya dan orang-orang yang beriman. Alfatihah.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LEE MIN-HO BERSAMA BINTANG TERKEMUKA LAIN MENGHIASI KEMPEN BOSS
Selebriti Korea Selatan, Lee Min-ho antara yang menjadi wajah utama kempen BOSS musim luruh 2022. 'Attitude' BOSS yang baharu diterjemahkan melalui penampilan sekumpulan individu berpengaruh. WELCOME TO THE NEW ERA OF BOSS!
NB FOR JADEN SMITH VISION RACERS, TARUHAN DUA WARNA EPIK
New Balance dan Jaden Smith bersatu untuk satu kolaborasi epik. Rekaan Vision Racers melengkapi gaya musim baharu.
H&M MENYUNTING PETE DAVIDSON
Pete Davidson membintangi kempen baru H&M. Menyuntik semangat baharu nan segar dalam lapangan fesyen lelaki.
TOMMY HILFIGER KOMITED KEPADA KELESTARIAN, UMUM KERJASAMA BERSAMA SHAWN MENDES
Tommy Hilfiger melantik Shawn Mendes untuk projek ‘Play it Forward’ dan kempen ‘Classics Reborn’.
STYLISH SAAT MUSIM PERAYAAN DENGAN CALVIN KLEIN
Koleksi Calvin Klein adalah alternatif gaya terbaik untuk tampil stylish bahkan relevan memasuki musim perayaan. Bergaya dengan Calvin Klein bersama Meerqeen dan Anna Jobling.
SANDRO RAIKAN GEMILANG 50 TAHUN IKON BUDAYA POP YAKNI SMILEY
Sandro Paris Raikan Ulang Tahun Ke-50 The Original Smiley Melalui Taruhan Koleksi Lengkap.