ANWAR HADID X HILFIGER DENIM SPRING ’17
Mengikuti jejak langkah adik beradiknya, Gigi dan Bella Hadid yang semakin dikenali dalam dunia peragaan dunia, Anwar Hadid, adik kepada Gigi dan Bella turut tidak ketinggalan dalam mewarnai dunia modeling apabila dirinya menghiasi kempen terbaru Hilfiger Denim untuk koleksi spring 2017.
Memiliki raut kacak malah boleh dikatakan punya iras adik beradiknya yang lain, padanlah Anwar dipilih dan dipasangkan dengan model-model lain iaitu Lucky Blue Smith dan Sofia Ritchie. Selepas tampil secara eksklusifnya dalam kempen terdahulu untuk HUGO BOSS dan Zadig & Boltaire, Anwar serta yang lain dilihat ceria menyusuri kota raya LA dengan stail denim yang dilihat cukup selesa dan sesuai untuk disarung bagi mereka yang inginkan kebebasan dalam bergerak.
Aksi mereka bertiga boleh dilihat menerusi video eksklusif kempen melalui pautan di bawah.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 16 Februari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 PEMPENGARUH FESYEN LELAKI ANDA PATUT IKUTI
Pempengaruh fesyen di Malaysia sudah semakin meningkat, walaupun dalam kalangan lelaki. Mereka menjadi satu inspirasi besar buat penggemar fesyen.
MET GALA 2025 SOROTAN FESYEN TETAMU LELAKI
Acara fesyen tahunan terbesar, Met Gala 2025 sudah bermula untuk tahun penuh fesyen ini, penuh sorotan istimewa.
MET GALA: GAYA IKONIK SELEBRITI LELAKI SEPANJANG ZAMAN
Met Gala dipenuhi dengan gaya-gaya ikonik setiap tahun, yang tidak pernah mengecewakan peminat fesyen seluruh dunia.
HUN HAQEEM VS IKMAL AMRY DI FURY CHAMPIONSHIP
Pertarungan paling dinanti-nantikan telah tiba! Hun Haqeem dan Ikmal Amry tampil luar biasa dalam Fury Championship 2025.
KENALI SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN, ABANG YB SYED SADDIQ YANG TAMPAN PERSIS MODEL
Kami di GL tidak boleh menafikan personaliti serta aura tampan abang kepada YB Syed Saddiq itu.