GILIRAN ABANG BOMBA ‘PANAS’ KAN FATTAH AMIN?
Wah, nampaknya isu buku penulisan oleh Fattah Amin kian ‘hangat’ diperkatakan. Dan kini semakin ‘panas’ selepas mendapat perhatian oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM).
Baru semalam syarikat penerbangan tambang murah Air Asia seolah ‘memerli’ Fattah Amin seolah meniru ayat yang hampir sama di dalam buku Fattah Amin tersebut, kini giliran JBPM pula melalui tweet yang dinaik oleh laman Twitter rasmi JBPM @bombaJBPM.
‘KAMI X PERLU KELUARKAN BUKU ATAU KATA2 PUJANGGA TENTANG KEHEBATAN, CUKUPLAH HANYA GAMBAR BERVICARA hahaa…kelakarkan…’
Walau tidak dinyatakan secara khusus, namun pastinya netizen dapat mengagak tweet berkenaan seakan membidas isu buku yang dituliskan oleh Fattah.
Wah, steady lah abang bomba. Siapa menyangka, abang bomba sado-sado pun ada sense of humor yang boleh tahan juga. Buat Fattah Amin, bersabar sajalah.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 15 Februari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HARI BAPA 2026: 8 SELEBRITI LELAKI TERKENAL INI JUGA SEORANG BAPA YANG HEBAT!
Tahun 2026, kita turut meyambut Hari Bapa dan meraikan bapa-bapa di dunia, termasuklah selebriti tempatan yang bergelar seorang ayah.
GENTLE MONSTER BUKA BUTIK FLAGSHIP KEDUA DI SURIA KLCC, BAWA REVOLUSI RETAIL MASA DEPAN
Pengalaman multi-sensori terbaharu, Gentle Monster lebarkan empayar fesyen di Suria KLCC dengan membawakan 'Veggie Collection' Jun ini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.













