Skip to content

ARMADA PALING REVOLUSIONER DI ASIA AKAN BELAYAR DI RANTAU INI

Kongsikan artikel ini

Royal Caribbean International adalah jenama kapal persiaran global penerima anugerah dengan 50 tahun legasi inovasi dan memperkenalkan “pertama” dalam industri yang belum pernah dilihat oleh sesiapa di lautan. Dan baru-baru ini, mereka mengumumkan pelancaran pelayaran selama lima tahun di Asia Tenggara, dari November 2019 sehingga tahun 2024. Ini menandakan pelayaran jenama kapal persiaran terbesar di dunia yang dijangka membawa beratus ribu pelancong ke Malaysia dan ke rantau ini.

Menurut syarikat perkapalan ini, pelayaran selama lima tahun ini akan melihat peningkatan perhentian pelayaran di Malaysia, meningkatkan industri pelancongan negara secara keseluruhannya. Pelayaran ini akan dimulakan dengan salah satu kapal persiaran paling besar dan revolusioner di Asia iaitu Quantum of the Seas, yang tiba di Malaysia selepas menjalani pengubahsuaian bernilai berjuta dolar untuk musim pelabuhan utama di Singapura selama enam bulan.

Royal Caribbean juga baru-baru ini mengumumkan bahawa kapal ini membuat rekod baru dengan 55 perhentian di Malaysia semasa musim 2020-2021 akan datang, bermula Oktober tahun depan. Bersama dengan musim semasa 2019-2020, Royal Caribbean akan membawa sejumlah 430,000 pelancong ke Malaysia sepanjang dua tahun akan datang. Kira-kira 189,000 pelancong ini akan melawati Port Klang sebahagian daripada 43 perhentian di destinasi ini.

Pengarah Urusan Royal Caribbean, Asia Pasifik, Angie Stephen, berkata bahawan pengumuman pelancaran lima tahun pelayaran ini menunjukkan keyakinan Royal Caribbean dalam merancakkan industri kapal persiaran di Malaysia dan rantau ini, yang mana telah menunjukkan potensi perkembangan pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Pengarah Urusan Royal Caribbean, Asia Pasifik, Angie Stephen

“Kami komited untuk meningkatkan pasaran kapal persiaran tempatan sambil terus membawa kapal-kapal yang lebih baru dan lebih baik ke Malaysia dan rantau ini. Ini bukan sahaja membolehkan lebih ramai tetamu untuk menikmati pengalaman tawaran inovatif dan pertama di lautan, tetapi juga untuk menerokai tempat-tempat menarik di Malaysia.

“Pengembara boleh mengharapkan pelbagai pengalaman unik semasa mereka melawat pelabuhan-pelabuhan di Malaysia. Selain pengalaman merasai pelbagai makanan lazat, mereka juga boleh menikmati pelbagai pilihan budaya dan membeli-belah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Kami percaya bahawa destinasi-destinasi ini akan terus menjadi popular di kalangan tetamu yang menaiki Quantum of the Seas,” tambah Cik Stephen lagi.

Malaysia adalah salah satu pasaran sumber yang berkembang pesat di wilayah ini bagi Royal Caribbean. Ditambah dengan pelayaran kapal inovatif seperti Quantum of the Seas, syarikat kapal persiaran ini dijangka akan terus berkembang dengan positif.

Royal Caribbean juga mengumumkan kemudahan baru yang terdapat di atas kapal Quantum of the Seas yang telah diperbaharui, termasuklah “escape room” dan tag laser “glow-in-the-dark”.  Kemudahan ini bersama dengan tawaran ikonik Quantum Class seperti kapsul pemerhatian ‘North Star’ dan ‘Two70’ iaitu tempat hiburan berteknologi tinggi, dibuat untuk menambah pengalaman perjalanan pelbagai generasi.

Jadual perjalanan Quantum of the Seas termasuklah pelayaran 4-malam ke Pulau Pinang dan Phuket, pelayaran 5-malam ke Phuket, Kuala Lumpur (Port Klang) dan Pulau Pinang, pelayaran 7-malam ke Phuket (bermalam semalaman), Kuala Lumpur (Port Klang) dan Pulau Pinang dan pelayaran 7-malam ke Bangkok (Laem Chabang) (bermalam semalaman) dan Ho Chi Minh City.

Oleh Wan Mohd Firdaus

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut