Skip to content

ASUS LANCARKAN RANGKAIAN ZENBOOK ISTIMEWA BUAT SEMUA PENCIPTA KANDUNGAN

Kongsikan artikel ini

Calling all content creators! Semalam, pelopor produk pengkomputeran unggul ASUS melancarkan rangkaian komputer riba terbaik dan istimewa untuk semua pencipta kandungan, khas buat dari Youtuber kepada editor, dan seterusnya penerbit muzik dan gamers! Di bawah nama ZenBook yang memfokuskan kepada tugasan-tugasan kreatif, ASUS ZenBook Duo dan ASUS ZenBook Pro Duo adalah komputer riba masa hadapan!

Direka untuk menghibur, mendidik dan memikat hati para pencinta dan profesional kreatif, acara Wiser Together baru baru ini memperkenalkan ZenBook Pro Duo dan ZenBook Duo, iaitu komputer riba unik yang amat sesuai bagi mereka yang sering multitasking semasa on-the-go.

Kittie Yiyi, Jane Chuck, Jared Lee dan Phei Yong berkongsi kisah peribadi serta pengalaman mereka menggunakan ASUS Zenbook.

Dimulakan dengan ASUS ZenBook Pro Duo, dibina khas buat golongan kreatif yang inginkan sebuah peranti kerja yang bukan semata berkuasa untuk tugasan seperti pengolahan grafik 3D, tetapi juga mudah untuk dibawa kemana-mana. Memaparkan skrin sebesar 15.6 inci dengan paparan OLED beresolusi 4K serta pengesahan Pantone, seterusnya sokongan untuk DCI-P3 dan 133 peratus rangkuman warna sRGB. Turut dilengkapi kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 yang berkuasa.

Untuk ASUS ZenBook Duo pula, komputer riba ini hadir dengan skrib  14 inci dengan paparan LCD hampir nirbingkai beresolusi Full HD dengan pengesahan Pantone. Disempurnakan dengan pilihan CPU Intel Core i5-10210U atau Intel Core i7-10510U generasi kesepuluh Comet Lake, memori DDR4 sebanyak 8GB, dan storan SSD PCIe 512GB. Ia turut disertakan dengan kad grafik NVIDIA GeForce MX250 untuk mereka yang ingin menggunakan komputer riba ini untuk tugasan-tugasan seperti mengedit video dan muzik, bermain permaian dan sebagainya.

Kedua-dua peranti ini menyertakan ASUS ScreenPad Plus – iaitu revolusi skrin sentuh kedua yang mampu memperluas dan meningkatkan keupayaan interaktif yang ditawarkan oleh ScreenPad asal.

Bukan itu sahaja, paparan ScreenPad Plus ini boleh digunakan sebagai lanjutan kepada perisian menerusi stylus yang dibekalkan pada kedua-dua model ini. Menariknya, kedua komputer riba ini menerima sokongan untuk WiFi 6 juga hadir dengan sokongan untuk palam Thunderbolt 3.

Kedua-dua peranti ASUS ZenBook Duo dan ASUS ZenBook Pro Duo sudah boleh dimiliki dengan harga tersenarai:

  1. ASUS ZenBook Duo (Intel Core i5) – RM4699
  2. ASUS ZenBook Duo (Intel Core i7) – RM5699
  3. ASUS ZenBook Pro Duo (Intel Core i7) – RM12999
  4. ASUS ZZenBook Pro Duo (Intel Core i9) – RM15999

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut