ATLET SUKAN YANG PALING KAYA PADA 2022
Pemain bola sepak Argentina, Lionel Messi mengungguli senarai atlet paling kaya dengan pendapatan melebihi RM 570 juta menewaskan LeBron James dan Cristiano Ronaldo sepanjang 12 bulan yang lalu.
Walaupun tidak memberikan impak yang besar musim ini, Lionel Messi terus diangkat selaku atlet sukan yang paling kaya di dunia pada tahun ini. Bintang bola sepak Argentina itu mengungguli senarai atlet dengan pendapatan tertinggi menewaskan LeBron James dan Cristiano Ronaldo, dengan jumlah sebelum cukai melebihi RM 570 juta sepanjang 12 bulan yang lalu.

(Photo by Matthias Hangst/Getty Images)
Menurut Forbes, senarai top 10 tahun ini dikuasai oleh atlet lelaki dengan jumlah pendapatan RM4.3 billion keseluruhan. Bintang bola sepak Paris Saint-Germain yang berusia 34 tahun itu berjaya memperolehi RM 329 juta di atas padang, manakala RM 241 juta daripada penajaan dan pengendorsan seperti Qatar, Arab Saudi dan syarikat kripto, Socios.

(Photo by Jason Miller/Getty Images)
Bintang bola keranjang, LeBron James hanya ketinggalan sedikit di belakang Lionel Messi. Pemain kelab NBA, Los Angeles Lakers itu mempunyai pendapatan RM 532 juta keseluruhan. Walaupun tidak bermain pada musim lalu, dia berjaya menambahkan pendapatan melalui rancangan bual bicara serta filem “Space Jam: A New Legacy” yang dibintanginya.

(Photo by Ash Donelon/Manchester United via Getty Images)
Cristiano Ronaldo melengkapkan senarai tiga teratas dengan pendapatan sejumlah RM 505 juta. Bintang bola sepak itu mencipta fenomena selepas kembali menyertai kelab Manchester United daripada Juventus pada tahun lalu. Pemain Portugal itu juga mempunyai pengikut yang tertinggi di laman media sosial utama iaitu Instagram, Facebook dan Twitter.
Senarai Top 10 Atlet Terkaya Pada 2022
- Lionel Messi: RM 570 juta (bola sepak)
- LeBron James: RM 532 juta (bola keranjang)
- Cristiano Ronaldo: RM 505 juta (bola sepak)
- Neymar: RM 416 juta (bola sepak)
- Stephen Curry: RM 407 juta (bola keranjang)
- Kevin Durant: RM 403 juta (bola keranjang)
- Roger Federer: RM 398 juta (tenis)
- Canelo Alvarez: RM 395 juta (tinju)
- Tom Brady: RM 368 juta (bola sepak Amerika)
- Giannis Antetokounmpo: RM355 juta (bola keranjang)

(Photo by Simon Bruty/Anychance/Getty Images)
Legenda sukan tenis, Roger Federer masih lagi tersenarai dalam Top 10 tahun ini walaupun hanya bermain enam kejohanan pada 2020 hingga 2021. Tahun ini, pemain Switzerland itu belum lagi melangkah ke gelanggang tenis selepas mengalami kecederaan. Daripada RM 398 juta pendapatan keseluruhan, dia memperolehi RM 395 juta daripada penajaan Uniqlo dan Rolex, serta pelaburan ke atas syarikat kasut Swiss.
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: DUTA SELEBRITI LELAKI PERTAMA VICTORIA’S SECRET
Tags
Artikel Yang Berkaitan
NAMA & WAJAH ANAK KELIMA CRISTIANO RONALDO DIDEDAHKAN
Selepas dua minggu mengumumkan berita kelahiran, Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodriguez akhirnya berkongsi butiran lanjut mengenai puteri bongsu mereka kepada peminat.
PENGHORMATAN BUAT CRISTIANO RONALDO DARIPADA PENYOKONG MU & LIVERPOOL
Cristiano Ronaldo sedang berdepan detik sukar dalam hidup apabila salah seorang bayi kembarnya disahkan meninggal dunia.
CRISTIANO RONALDO MERATAPI PEMERGIAN BAYI LELAKI KEMBARNYA
Pemain bola sepak Manchester United, Cristiano Ronaldo dan pasangannya, Georgina Rodrigues mengumumkan kematian bayi lelaki kembar mereka melalui media sosial Isnin lalu.
CRISTIANO RONALDO ALAMI KERUGIAN BESAR
Cristiano Ronaldo menanggung kerugian apabila kediaman mewahnya di Trump Tower hanya berjaya dijual pada separuh harga.
CRISTIANO RONALDO LAKAR SEJARAH SEKALI LAGI
Cristiano Ronaldo tidak henti-henti memecah rekod di padang bola dan kini dia melakar pula sejarah baharu di Instagram.
7 PERKARA YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI RAFAEL NADAL
Selain dilahirkan right-handed dan menggemari minuman Coca-Cola, legenda tenis Rafael Nadal terkenal dengan mengamalkan beberapa kepercayaan ‘pelik’ ketika berada di atas gelanggang tenis.