AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX
Pelancaran Aurum Theatre di The Exchange TRX menandakan pengalaman hiburan ultra-mewah yang terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara.
Aurum Theatre, sebuah konsep hiburan mewah yang dibawakan oleh Golden Screen Cinemas (GSC) melancarkan lokasi terbaharu di The Exchange TRX, Kuala Lumpur. Dengan keluasan lebih dari 120,000 kaki persegi meliputi 4 tingkat, pawagam ini menandakan pengalaman hiburan ultra-mewah terbesar di Asia Tenggara. Dengan dewan pawagam termaju, lokasi makanan dan minuman baharu, barangan, dan ruangan hiasan tersendiri bagi menghidupkan acara serba gemilang dibawah satu bumbung.
Aurum Theatre, The Exchange TRX meningkatkan pengalaman ultra-mewah secara menyeluruh. Dengan 11 dewan yang direka penuh kemewahan, setiap satunya membawakan hiasan dalaman yang tersendiri dan tempat duduk yang amat selesa. Dilengkapi dengan teknologi termaju untuk pengalaman menonton yang terunggul, Aurum Theatre, The Exchange TRX menempatkan dewan IMAX yang pertama yang menampilkan tempat duduk yang bersandar, dan dilengkapi dengan 12 saluran bunyi yang mengasyikkan. Cukup sesuai untuk menonton filem-filem pecha panggung seperti “Dune: Part 2”. Dewan ini juga memaparkan skrin ScreenX terbesar di Malaysia dengan pengalaman menonton berpanorama seluas 270 darjah yang lengkap dengan tempat duduk bersandar. Peminat IMAX dan ScreenX juga akan menikmati snek dan minuman secara percuma yang terkandung dalam pas filem mereka.
Selain itu, kabin mewah persendirian Maybank Comfort Cabins pula diinspirasi daripada Grand Theatre yang terkemuka. Juga pilihan terbaik bagi penonton yang mahukan keselesaan penuh dengan kerusi bersandar baharu dengan teknologi Stressless yang dipatenkan.
Aurum Theatre, Pengalaman Hiburan Ultra-Mewah Terkemuka Yang Terbesar di Asia Tenggara
Bagi mereka yang inginkan pengalaman yang lebih mewah, dua buah dewan pawagam Getha Lux Suites disediakan. Ia menampilkan keselesaan kerusi bersandar Getha dengan peti sejuk mini terbina yang diisi dengan snek dan minuman.Kerusi Getha bersandar yang baharu dan dipertingkat, memberikan keselesaan dan sesuai untuk tontonan filem yang berdurasi panjang. Kerusi ini juga dilengkapi dengan lubang pengecasan tanpa wayar, lampu yang boleh dimalapkan, selimut gebu, dan selipar bilik percuma.
Direka berdasarkan tema filem-filem epik dengan rujukan daripada budaya pop terkemuka, keempat-empat dewan Escape Studio menawarkan pengalaman yang boleh penonton alami dan abadikan dalam Instagram mereka. Tema-tema yang disediakan dalam dewan-dewan ini termasuklah ‘La Romance Hall’ – diinspirasi dari kota cinta iaitu Paris dan kisah mitos romantik di layar perak. Dewan ‘Neon Nippon Hall’, penuh bercahaya yang membawakan kesibukan jalanan di Shinjuku, Tokyo. Dewan ‘Couture Hall’ yang mengabadikan kecanggihan moden dan diinspirasi daripada filem ‘The Devil Wears Prada’. Ia direka khusus dengan tona hitam putih dan merah menyala. Akhir sekali, dewan ‘The Rhapsody Hall’ yang berkelas, bertemakan muzik sebagai penghormatan kepada runut bunyi filem klasik yang menghiasi dinding dewan ini.
Tidak kira jenis dewan pawagam yang dipilih, setiap Aurum Pass mengandungi pilihan menu snek dan minuman yang tersendiri. Hidangan snek ini akan dihantar terus ke tempat duduk penonton semasa mereka menonton filem.
Tingkatkan Deria Rasa di Hokkaido Table
Hokkaido Table mempersembahkan menu gabungan Jepun-Itali melalui Omakase, Restaurant and Bar. Ia menjanjikan kesegaran bahan dan ramuan yang bermusim, diinspirasikan daripada rasa klasik masakan Itali. Dikenali sebagai Omakase dalam premis pawagam yang pertama seumpamanya, menu Omakase membawakan rasa yang paling segar – dengan pilihan hidangan tengah hari dan malam yang tersedia.
Restoran ini menawarkan aneka rasa yang menggamit minat tetamu yang meliputi Sashimi Moriawase, hidangan utama pasta makanan laut dan risotto. Hidangan utamanya pula membawakan ciri ringan yang beraneka daripada herba-herba Itali yang dilengkapkan dengan rasa umami, termasuklah hidangan ikan, ayam dan daging. Untuk mengakhiri jamuan, pilihan pencuci mulut tersedia seperti Tiramisu, kek keju bakar dan strawberry shortcake. Di Bar, terdapat pelbagai pilihan mocktail menyegarkan dan snek untuk dinikmati bagi mereka yang ingin menikmati segelas minuman keras.
Santai Di Kissa Cafe and Diner
Pengunjung yang gemarkan makanan Jepun-Barat boleh singgah menjamu selera di Kissa Cafe and Diner. Lengkap dengan ruang yang ceria dan kasual untuk menikmati hidangan bersama rakan atau yang tersayang. Ia diinspirasikan daripada kissaten asli Jepun dan imbauan restoran berkonsepkan ‘diner’ di Barat. Menu di sini membawa hidangan utama termasuk burger klasik, sando, ramen, dan pasta dengan sentuhan Jepun. Sambil menjamu selera, hilangkan dahaga dengan minuman istimewa Kissa termasuk Galaxy Lemonade, Sweet Potato Latte, Cheese Mousse Matcha dan Mocha Cheese Foam.
Hokkaido Table dan Kissa Café and Diner dibuka kepada orang ramai, tidak terhad kepada penonton filem sahaja.
Harga tiket bagi Aurum Theatre adalah seperti berikut:
Dewan | Harga Tiket Promosi Pembukaan (6 Februari – TBC) | Harga Biasa |
Getha Lux Suites | RM350 / berkembar | RM440 / berkembar |
Escape Studios | RM120 / tempat duduk | RM150 / tempat duduk |
Maybank Comfort Cabin | RM300 / berkembar | RM360 / berkembar |
IMAX | RM65 / tempat duduk | RM80 / tempat duduk |
ScreenX
ScreenX (2D) |
RM65 / tempat duduk
RM55 / tempat duduk |
RM80 / tempat duduk
RM70 / tempat duduk |
Nikmati hiburan ultra-mewah terbesar di Asia Tenggara di Aurum Theatre, The Exchange TRX dan tempah tiket anda sekarang di https://aurumtheatre.com.my/
Baca lebih lanjut: 15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ATAS DI THE RUMA HOTEL AND RESIDENCE PERKENAL MENU BARU
Nikmati pengalaman gastronomi baru di ATAS, The RuMa Hotel dengan menu lunch yang menampilkan hidangan Eropah klasik berjiwa Malaysia.
CITA RASA AUTENTIK JEPUN DI MIYABI, SHERATON PETALING JAYA HOTEL
Alami pengalaman yang elegan dan autentik untuk menikmati cita rasa kulinari Jepun premier di restoran Miyabi di Sheraton Petaling Jaya Hotel.
DESCENTE ENERZITE FLUID WIRE 2.0, KASUT LARIAN YANG STABIL DAN SELESA
Jenama pakaian sukan global, DESCENTE terkenal dengan koleksi yang inovatif dan ‘never-before-seen’ dalam memberikan solusi terbaik untuk atlet terbaik di dunia.
DESCENTE BUKA STOR PERTAMA DI ASIA TENGGARA DI THE EXCHANGE TRX
Descente kini tiba di Malaysia! Peminat boleh menggayakan koleksi pakaian sukan premium yang berprestasi tinggi di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.
THE RUMA HOTEL AND RESIDENCES MEMPERKENALKAN SAJIAN BAHARU EROPAH UNTUK ATAS
The RuMa Hotel and Residences menampilkan reka bentuk semula restoran istimewanya, ATAS. ATAS menggunakan sentuhan persona bistro baharu dan menawarkan pengalaman menjamu selera yang segar.
SALOMON BUKA STOR PERTAMA MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX
Berita baik buat peminat Salomon di Malaysia dengan pembukaan stor pertama yang menampilkan seleksi produk untuk atlet moden dan penjelajah bandar.