Skip to content

BILA ILHAM KONTEMPORARI BERSUA PANTAI NAN MEMUKAU

Kongsikan artikel ini

Biasan cahaya, angin segar dengan pemandangan pantai maksima memberi seni bina kontemporari yang mewah dan mesra keluarga ini lain dari lain.

Anantara Desaru Coast Residences menawarkan oasis yang nyaman lagi menenangkan. Vila tepian pantai dengan kolam renang persendirian berkisar antara 3.100 hingga 6.426 kaki persegi dalam ukuran binaan sesuai buat anda sekeluarga yang mengimpikan kediaman di tepi laut yang mewah dalam persekitaran sensitif ekologi.

Sebaik menjejak kaki ke ruangan dalaman-luaran yang serba lengkap, anda dapat menyaksikan landskap menghijau subur dengan penampilan pokok kelapa menyerlahkan lagi pemandangan panoramik Laut China Selatan di mana vila ini juga turut menawarkan akses langsung ke pantai peribadi yang luas. Anantara Desaru Coast Residences berjaya menggondol anugerah Best Luxury Landed Development dan Best Landed Development in Malaysia oleh Asia Property Awards (Malaysia).

Menampilkan seni bina kontemporari oleh WOW Architects dan reka bentuk dalaman yang memukau oleh EDC Interiors, susun atur pelan yang terbuka ini menghubungkan bilik tidur en-suite dengan ruang tamu dan ruang makan yang luas menyelusuri kolam infiniti peribadi.

Setiap vila dilengkapi perabot sepenuhnya, tempat berjemur dan ruang berlibur di luar kediaman. Ilham dekorasi diambil melalui penggunaan bahan-bahan semula jadi, penyatuan bahan dan warna dari batu krim matte, kayu coklat dan kelabu dan ton warna yang membangkitkan rona dan tekstur pantai berpasir juga pohon palma di Pantai Desaru.

Inspirasi lebih mendalam juga datang dari pengaruh pantai yang kaya dengan sejarah seperti perkampungan nelayan, hiasan jaring ikan, biru laut yang terang dan kayu lapuk. Ujar Vincent Koh dari EDC Interiors, “Di setiap vila, kami memberi rasa yang seakan-akan tempat persembunyian yang tenang dengan estetika abadi langsung memberi penghormatan kepada tradisi dan budaya tempatan.”

Pautan berkaitan: KEMBARA PENUH RASA HUJUNG TAHUN INI

Melihat sahaja fotonya pasti anda sudah dapat merasai kemewahan keselesaan resort lima bintang bertaraf dunia yang bakal ditawarkan. Apatah lagi keenakan sajian makanan dari restoran gourmet yang memenangi pelbagai anugerah, spa dan rekreasi turut tersedia buat pemilik dan tetamu agar dapat menikmati perkhidmatan peribadi atas permintaan daripada chef, sommelier, butler juga pengamal kesihatan.

Potensi pertumbuhan Desaru Coast sebagai destinasi mewah, dengan pencapaian Minor International dalam pengurusan kediaman mewah menjadikan Anantara Desaru Coast Residences antara peluang pelaburan yang baik untuk masa hadapan. Sebagai pembangun kediaman berjenama, program penyewaan yang diuruskan oleh Anantara Desaru Coast Residences sesuai untuk anda yang ingin meraih pulangan daripada pelaburan hartanah.

Kediaman ini boleh anda miliki hari ini dengan harga bermula RM7.5. Kunjungi www.anantaradesaru- residences.com untuk maklumat selanjutnya.

gambar ANANTARA DESARU COAST RESIDENCES