Skip to content

Top 5 Aktiviti Menarik Brocation SonaOne di Hong Kong

Kongsikan artikel ini
Oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin

Percutian sewaktu holiday season pasti menyeronokkan, jika dapat relaks dan bersantai bersama geng anda sambil menikmati pemandangan indah dan melakukan pelbagai aktiviti menghiburkan sebelum kembali bekerja.

Hong Kong, antara pulau seindah syurga menawarkan kepelbagaian pengalaman escapade yang pastinya mudah diakses, menjadi destinasi pilihan dikunjungi SonaOne, rapper terkenal tanah air bersama sahabat-sahabatnya dalam rancangan realiti tv terbaru Kix HD, iaitu The Ultimate BROcation.

Rancangan ini mendedahkan top 5 aktiviti menyeronokkan yang dilakukan SonaOne bersama-sama brosnya ketika ‘brocation’ di Hong Kong.  Let’s check it out!

  • Tenangkan fikiran dan jiwa dengan urutan kaki.

Salah satu penawar untuk menenangkan fikiran adalah dengan urutan kaki. Bukan saja ia dapat membantu anda melegakan stres yang anda hadapi seharian, spa dan urutan yang menenangkan turut menyokong aktiviti penyembuhan, meningkatkan tenaga serta kesihatan secara keseluruhan.

image003

“Spa wap kaki terapeutik adalah cara terbaik untuk memanjakan diri anda malah pasti dapat melegakan keletihan. Lepas itu, bolehlah anda pergi shopping sekali lagi.” – SonaOne

  • Hayati pemandangan indah Hong Kong dengan menaiki trem.

Bandaraya di koridor utara Hong Kong ternyata cukup indah dan anda boleh terokainya dengan menaiki trem. Trem dua tingkat yang bersejarah ini sudah pun bergerak melalui kesibukan kota Hong Kong sejak tahun 1904 dan terus menjadi pilihan utama rakyat di sini untuk ke mana-mana dengan mudah pada harga yang berpatutan.

image004

“Menaiki trem adalah pengalaman visual yang tersendiri dan pastinya antara kenangan paling manis. Kami berlima turut dapat meluangkan masa bersama-sama (bonding) sepanjang perjalanan, dan ternyata perjalanan ini tidak akan saya lupakan.” – SonaOne

  • Menangkap wefie berlatarbelakangkan seni jalanan yang sofistikated.

Hong Kong merupakan ‘port’ kepelbagaian seni, kelas dan gaya. Anda tidak akan pernah tahu bila anda akan terpesona dengan apa yang bakal anda lihat di setiap sudut. Maka, ambil peluang ini dengan menangkap seberapa banyak memori BROcation berlatarkan hasil seni jalanan sepanjang bandar ini, terutama sekali di Sham Shui Po, Sheung Wan dan Pasar Stanley di mana festival tahunan seni jalanan, HKWalls berlangsung.

image005

“Antara hasil seni jalanan terbaik boleh dijumpai di Hong Kong dan ia sememangnya menarik untuk saya mendekati hasil grafiti setiap artis, malah saya sendiri adalah seorang peminat seni.” – SonaOne

  • Nikmati makanan yang lazat dan semestinya menyelerakan

Tiada yang lebih memuaskan dari keinginan mengisi perut dengan bermacam hidangan yang sedap-sedap belaka. Hong Kong adalah bandar metropolis terkenal dengan tumpuan pelbagai budaya, maka cukup kena dengan variasi makanan ditawarkan. Dari makanan dijual penjaja ke restoran anugerah bintang Michelin, pulau ini ternyata menawarkan pencinta makanan lebih dari apa yang boleh anda jangkakan. Yang menariknya, terdapat terdapat pilihan makanan halal tempatan khususnya untuk umat Islam. Pastikan anda pergi ke Islamic Centre Canteen di Wan Chai bagi merasai dim sum yang sedap dan semestinya halal.

image006

“Saya suka dim sum Halal di Hong Kong dan semestinya perlu cuba. Siapa sangka rupa-rupanya banyak restoran halal di Hong Kong dan saya tiada masalah untuk mencarinya”. – SonaOne

  • Tenangkan fikiran dari hiruk-pikuk bandar dengan merantau ke daerah Selatan

Inginkan tempat yang sejuk serta mendamaikan. Di dearah Selatan Hong Kong yang indah, terletak laluan gunung yang curam, taman negara dan pantai yang cukup mengujakan. Anda pasti akan merasai ketenangan. Ambil masa dan jauhi kesibukan bandar raya dengan melawati tasik takungan Tai Tum Tuk atau pantai Turtle Cove yang terpencil sambil menghabiskan masa bersantai melihat matahari terbenam bersama bros anda.

image007

“Saya betul-betul teruja dapat pergi ke selatan Hong Kong di mana saya boleh menjalani pelbagai aktiviti luar, berjalan di tepian pantai dan relaks di pulau. Yang bestnya, ia mudah diakses melalui pengangkutan awam”. – SonaOne

Rakyat Malaysia yang masih mencari inspirasi untuk percutian BROcation atau idea bercuti pada hujung tahun ini, anda boleh menonton siri ini di saluran Kix HD (Astro Saluran 729). Penonton juga berpeluang untuk memenangi pakej percutian eksklusif ke Hong Kong! Untuk maklumat lanjut, layari ultimatebrocation.kix-tv.com

15542082_10154863398073653_37139735267937791_n

 

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

STELLAR GLAMPSITE TERBARU CAMERON HIGHLAND BAK PERCUTIAN LUAR NEGARA

STELLAR GLAMPSITE TERBARU CAMERON HIGHLANDS BAK PERCUTIAN LUAR NEGARA

Bacaan Lanjut
PERCUTIAN LUAR BIASA, DUBAI CIPTA BULAN UNTUK DIDIAMI

PERCUTIAN LUAR BIASA, INI 4 DESTINASI PERLU ANDA KUNJUNGI

Bacaan Lanjut

7 PENGINAPAN AIRBNB MENAKJUBKAN UNTUK MERAIKAN MUSIM LEBARAN

Bacaan Lanjut
RIMOWA TAMPIL KLASIK DENGAN WARNA HITAM MATTE

RIMOWA TAMPIL KLASIK DENGAN WARNA HITAM MATTE

Bacaan Lanjut
PAKEJ STAYCATION MEWAH BUAT TAHUN BARU ANDA

PAKEJ STAYCATION MEWAH MERAI TAHUN BARU ANDA

Bacaan Lanjut

HOSPITALITI HUJUNG MINGGU DI The Ruma Hotel & Residences KL

Bacaan Lanjut