CAROUSELL LANCAR INISIATIF TERKINI BUAT PENGGUNA
Carousell, salah satu daripada tapak pasaran jual-beli atas talian terbesar dan paling pantas berkembang di dunia, telah melancarkan Carousell Protection, yang merupakan kaedah pembayaran escrow terbaru yang dipercayai, untuk memberikan jaminan terhadap pembeli dan penjual.
Dengan Carousell Protection, pembeli kini dapat membayar secara langsung menerusi aplikasi untuk membeli barangan. Wang pembayaran hanya akan disalurkan kepada penjual selepas mendapat pengesahan daripada pembeli bahawa barangan berjaya diterima dan sama seperti yang diiklankan; membolehkan pembeli berurusan tanpa risau. Pada masa yang sama, penjual juga boleh berurusniaga dengan lebih yakin di pasaran dengan mengaktifkan Carousell Protection untuk iklan mereka, kerana ia memastikan pembeli memberikan komitmen penuh. Ketelusan kaedah pembayaran yang disediakan oleh Carousell Protection memudahkan pengurusan resolusi pertikaian antara kedua-dua pihak, sekiranya timbul sebarang isu.
“Transaksi atas talian sangat menyenangkan serta dapat membuka lebih banyak peluang bagi semua pihak untuk membeli dan menjual dengan mudah. Walaubagaimanapun, dengan hanya beberapa urusniaga buruk sudah cukup untuk merosakkan pengalaman seseorang pengguna. Carousell memandang berat akan hal-hal sebegini dan telahpun mengambil beberapa langkah proaktif untuk mengurangkan risiko penipuan sebanyak kurang daripada 0.1% pada tahun 2019,” kata Tang Siew Wai, Pengurus Negara, Carousell Malaysia.
“Kepercayaan dan keselamatan merupakan salah satu keutamaan untuk kami terus membina persekitaran yang selamat dan kondusif untuk semua pihak membeli dan menjual atas talian. Dengan pelancaran Carousell Protection, kami menawarkan para pengguna tahap jaminan tambahan bagi memastikan urusniaga mereka sentiasa dilindungi. Kami mahu pengguna-pengguna percaya bahawa mereka akan menerima barangan seperti yang diiklankan atau wang mereka akan dikembalikan, agar seluruh komuniti dapat menikmati keyakinan penuh dan ketenangan fikiran apabila membeli dan menjual,” sambung Encik Tang.
Sewaktu pelancaran, Carousell Protection telah tersedia untuk kategori Fashion dan Health & Beauty, iaitu antara kategori-kategori di Carousell yang paling popular dan pantas bergerak. Carousell Protection akan dilancarkan untuk kesemua kategori yang lain pada masa ke semasa pada tahun 2020.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 KATEGORI LELAKI WANITA SEBOLEHNYA MAHU ELAK! ADAKAH ANDA TERSENARAI?
Buat lelaki seperti anda, sebenarnya ada kategori lelaki yang seboleh-bolehnya akan dielak oleh kaum perempuan. Jadi, adakah anda antara yang tersenarai? Let's check it out!
INI SEBAB-SEBAB UTAMA LELAKI ‘SAY NO’ KEPADA SEKS
Apakah alasannya jika seorang suami menolak hubungan seks dengan isteri? Jika ini berlaku, maka pelbagai soalan yang bermain di minda si isteri.
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024
Coach SS24 menyajikan koleksi penuh dengan jukstaposisi antara dua aspek berbeza, pretty and tough. Jennifer Lopez hadir buat julung kalinya.
TERLAMPAU KACAK? ANDA MUNGKIN AKAN TERKANDAS DALAM KERJAYA!
Ada dakwaan mengatakan bahawa lelaki kacak sukar untuk mendapat kerja ataupun lebih maju dalam karier mereka. Adakah ini benar?
INI 8 PERKARA LELAKI MATANG TIDAK AKAN BUAT
Ada lapan perkara lelaki matang tidak akan sesekali buat pada wanita.
7 SEBAB LELAKI RENDAH LEBIH BAGUS UNTUK WANITA
Hina sangatkah lelaki yang berketinggian rendah berbanding wanita? Kami di GL tidak setuju! Ini kerana ada sebab-sebabnya kenapa lelaki rendah lebih bagus untuk wanita.