Skip to content

‘CINCIN DI JARI LAGU’ CIPTAAN ISTIMEWA JAMIEL SAID BUAT ISTERI TERCINTA

Kongsikan artikel ini

Masihkah anda ingat lagi akan drama Kekasih Paksa Rela yang pernah ditayangkan di slot Akasia TV3? Drama hebat yang dibintangi oleh Remy Ishak, Ain Edruce dan Intan Najuwa itu telah mendapat perhatian ramai kerana jalan cerita dan lakonan mantap oleh pelakon. Tidak kurang hebat lagu soundtrack yang dipilih untuk mengiringi setiap babak dalam drama tersebut. Antara lagu yang mendapat perhatian ramai adalah lagu yang berjudul Cincin Di Jari nyanyian Jamiel Said. Siapakah sebenarnya Jamiel Said dan apakah keistimewaan lagu Cincin Di Jari ini?

Sedikit latar belakang mengenai penyanyi yang memiliki suara yang merdu ini, Jamiel Said atau nama penuhnya, Muhammad Jamiel Bin Mohd Said adalah seorang penyanyi dan juga penggubah lagu yang sebenarny sudah lama berkecimpung di dalam seni muzik. Dia mula menceburi bidang ini sejak usianya 15 tahun. Dia juga pernah tercalon di dalam kategori Vokal Terbaik Artis Baru Lelaki di Anugerah Planet Muzik. Jamiel Said memilih kerjaya muziksebagai kerjaya setelah menamatkan kuliah dari Singapore Management University dalam jurusan Business Management.

Perjalanan seninya bermula dengan single pertama yang berjudul, Nafasku. Lagu ini juga pernah menjadi salah sebuah ‘featured song’ di dalam filem Manisnya Cinta di Cappadocia yang dibintangi oleh Fazura, Lisa Surihani dan Shaheizy Sam. Selain daripada menulis lagu untuk dirinya sendiri, dia juga turut menyumbangkan lagu “Percaya” unutk Nawhki dan Didi Astillah yang pernah berada di tangga nombor satu di Carta Hot FM.

Lagu Cincin Di Jari ini adalah sequel kepada lagu Nafasku. Jika lagu Nafasku adalah mengenai seseorang yang mencari cinta yang sejati, Cincin Di Jari pula adalah tentang penemuan cinta yang sejati itu. Lagu ini telah diberikan nafas balada dan santai buat penerimaan semua lapisan masyarakat yang mendengar. Muzik video Cincin Di Jari ini turut dibintangi Dayana Roza yang telah melakonkan watak utama sebagai Indah dan video ini telah memaparkan keikhlasan cinta yang dilihat melalui mata hati.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 17 April 2018

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
Tomok diangkat sebagai Alphamen GLAM Lelaki 2023

“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut

“KITA PERLU MENORMALISASIKAN PERBUALAN KESIHATAN MENTAL. HENTIKAN STIGMA SETIAP LELAKI PERLU “SUCK IT UP” ATAU “BE A MAN” – KHOON HOOI #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut