Skip to content

CRAZY RICH ASIANS BAKAL MUNCUL DENGAN DRAMA SEKUEL

CRAZY RICH ASIANS BAKAL MUNCUL DENGAN DRAMA SEKUEL

Kongsikan artikel ini

Berita baik buat peminat filem lakonan Henry Golding dan Constance Wu, Crazy Rich Asians.

Naskah arahan Jon M. Chu yang ditayangkan di layar perak pada 2018 ini bakal diterbitkan dalam bentuk drama. Dilaporkan, ia kini sedang dalam pembikinan dan akan disiarkan di saluran HBO.

Ia berkisar tentang Rachel Wu (Constance Wu) yang terbang ke Singapura untuk bertemu keluarga teman lelakinya, Nick Young (Henry Golding). Bagaimanapun dia tergugat apabila mendapat tahu Nick berasal daripada salah sebuah keluarga terkaya di negara itu.

Filem komedi romantik ini merupakan adaptasi daripada novel nukilan Kevin Kwan dengan judul sama. Novel ini juga mempunyai dua lagi sekuel berjudul China Rich Girlfriend dan Rich People Problems.

Kisah China Rich Girlfriend bermula pada malam sebelum berlangsungnya perkahwinan Rachel dan Nick. Rich People Problems pula menyelami isu yang dilalui keluarga Nick iaitu masalah golongan berada.

Crazy Rich Asians

Perkembangan Siri Crazy Rich Asians

Pengumuman mengenai pembikinan siri ini dibuat oleh Casey Bloys, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif HBO dan Max. Dia turut mendedahkan beberapa rancangan lain yang mungkin menerajui platform penstriman itu di masa akan datang.

“Terdapat beberapa naskah lain seperti The Conjuring, iaitu francais filem besar yang kami kembangkan menjadi siri, termasuk Crazy Rich Asians. Kami juga sedang membangunkan Green Lantern sebagai satu siri juga,” katanya.

Bagaimanapun Casey tidak mendedakan butiran lanjut mengenai siri tersebut, termasuk barisan pelakon dan produksi. Ini sekali gus menunjukkan bahawa ia masih dalam peringkat awal pembikinan. Namun siri ini dijangka menemui penonton pada tahun 2026.

 

Foto: Netflix

Pautan berkaitan: SELAIN HENRY GOLDING, KENALI 4 LAGI AKTOR ASIA TAMPAN MEMBINTANGI CRAZY RICH ASIANS

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

must watch June 2024

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JUN 2024

Bacaan Lanjut
HENRY GOLDING TERAJUI FILEM SERAM PSIKOLOGI HEAD GAMES DI SAMPING SAMUEL L. JACKSON

HENRY GOLDING TERAJUI FILEM SERAM PSIKOLOGI HEAD GAMES DI SAMPING SAMUEL L. JACKSON

Bacaan Lanjut
HENRY GOLDING KINI BAPA KEPADA DUA CAHAYA MATA

HENRY GOLDING KINI BAPA KEPADA DUA CAHAYA MATA

Bacaan Lanjut
HENRY GOLDING ANTARA 10 LELAKI TERKACAK DI DUNIA, SIAPA DI TANGGA PERTAMA?

HENRY GOLDING ANTARA 10 LELAKI TERKACAK DUNIA, SIAPA DI TANGGA PERTAMA?

Bacaan Lanjut

15 PELAKON YANG PERNAH MENOLAK WATAK IKONIK DARIPADA FILEM POPULAR HOLLYWOOD

Bacaan Lanjut
4 SELEBRITI LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA KE HOLLYWOOD

4 SELEBRITI LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA KE HOLLYWOOD

Bacaan Lanjut