Skip to content

“DIA MASIH LAGI BERGELUT SECARA EMOSI SEJAK END GAME.” – JEREMY RENNER KEMBALI SEBAGAI HAWKEYE DALAM SIRI MARVEL TERBAHARU

Kongsikan artikel ini

Jeremy Renner kembali menyarungkan sut adiwira Hawkeye sebagai Clint Barton dalam siri Marvel Cinematic Universe terbaharu “Hawkeye” yang boleh ditonton melalui Disney+ Hotstar.

Berlatarkan kota New York, Marvel Studios mempersembahkan siri original “Hawkeye” terbaahru yang menyaksikan Jeremy Renner kembali menyarungkan sut adiwira Hawkeye. Clint Barton merupakan salah seorang daripada enam Avengers asal dan bersama Natsaha, mereka sahaja yang tidak mempunyai kuasa luar biasa. Siri kelima daripada Marvel Cinematic Universe ini turut menampilkan pelakon berbakat, Hailee Steinfeld yang memegang watak Kate Bishop, selain Vera Farmiga, Fra Fee, Tony Dalton, Zahn McClarnon serta pelakon baharu Alaqua Cox sebagai Maya Lopez.

Photo by Chuck Zlotnick. ©Marvel Studios 2021.

Ikuti temu bual bersama Jeremy Renner ketika sesi sidang media global siri “Hawkeye” yang boleh disaksikan melalui Disney+ Hotstar.

Kali terakhir penonton melihat Clint Barton dalam Marvel Cinematic Universe, dia kehilangan salah seorang sahabat baiknya, dan kembali ke pangkuan keluarga. Bagaimana pula keadaan Clint dalam siri “Hawkeye’ kali ini?

Dia masih lagi bergelut secara emosi yang berkait rapat dengan filem “End Game”, dan dalam proses ‘healing’ untuk meneruskan kehidupannya selepas apa yang berlaku. Kami bermula dalam tona yang gembira. Dia sedang melancong bersama keluarganya di kota New York untuk perayaan Krismas, serta membawa anak-anaknya menyaksikan sebuah persembahan muzikal. Selepas itu, semuanya mula berubah.

Photo by Chuck Zlotnick. © Marvel Studios 2021.

Anda sudah bekerjasama dengan ramai pelakon dalam Marvel. Apakah pendapat anda mengenai Hailee Steinfeld yang menyertai siri ini sebagai Kate Bishop?

Dia melangkah ke set penggambaran penuh dengan persediaan. She came in hot. Dia sudah bersedia. Tapi ia membuat saya berasa sedih dan tua, melihat ramai pelakon baharu yang menyertai dan ramai juga yang meninggalkan Marvel Cinematic Universe. I’m like, a grandpa. Sangat menyedihkan.

Photo by Mary Cybulski. © Marvel Studios 2021.

Bagaimana anda mencari keserasian sebagai salah seorang Avengers asal bersama pelakon baharu seperti Hailee?

Pada saya, saya hanya mahu berkomunikasi bersamanya yang saya akan menyokongnya, dan akan ada banyak perkara-perkara pelik yang akan berlaku. Penggambaran ini berbeza dengan yang lain. Saya hanya mahu dia tahu yang dia tidak keseorangan, dan saya sentiasa ada untuk memberikan jawapan jika dia perlukan nanti.

Photo by Mary Cybulski. ©Marvel Studios 2021.

Anda berjaya membawa watak Clint Barton yang kelihangan deria pendengaran. Bagaimana anda menjiwai watak yang mempunyai masalah pendengaran seperti ini?

Saya membesar bersama seorang sepupu yang pekak. Saya sudah melaluinya sepanjang hidup saya dalam memberikan idea untuk membawakan watak yang mempunyai kekurangan. Saya hanya mempunyai masalah pendengaran, bukannya pekak sepenuhnya. Saya fikir sangat menarik kerana ianya sebahagian daripada karakter Clint dalam komik, dan berjaya diterjemahkan bagaimana ia memberikan kesan kepada hidupnya. Dan ia juga membuatkannya dekat dengan karakter-karakter lain, dari segi negatif mahupun positif. Saya merasakan ia menyuntik dinamik, kelebihan dan kelemahan, juga adakalanya aset apabila tidak dapat mendengar.

Photo by Chuck Zlotnick. ©Marvel Studios 2021.

Dalam siri “Hawkeye” ini, watak Clint lebih banyak bermain sebagai seorang bapa. Bagaimana anda mengekplorasikan aspek ini dalam watak tersebut?

Benar, ia adalah antara aspek yang paling penting. Pada saya, dan juga peminat akan merasakan ia adalah superpower sebenar Clint. Saya merasakan semua ibu bapa, yang sentiasa menjaga anak mereka adalah superhero in their own right. Ia adalah satu penghormatan, dan juga pemberian. Dan perkara yang paling sukar untuk dilalui oleh manusia. Tetapi ianya benar. Ia menjadi prgmatik sebenar dan asas yang kepada kuasa luar biasanya.

Dua episod pertama “Hawkeye” sudah boleh ditonton melalui laman penstriman, Disney+ Hotstar mulai 24 November 2021 di Malaysia. Episod seterusnya akan ditayangkan setiap hari Rabu.

Foto: Disney+ Hotstar

Baca lebih lanjut: “SAYA TERCEDERA, PERLU JALANI PEMBEDAHAN DAN REHABILITASI UNTUK TERUSKAN PENGGAMBARAN.” – JOHN CHO KONGSI PENGALAMAN BERLAKON SIRI COWBOY BEBOP

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

HARRY STYLES BAKAL SERTAI MARVEL CINEMATIC UNIVERSE SEBAGAI ADIWIRA BAHARU

Bacaan Lanjut

BERAPA NILAI KEKAYAAN ADI WIRA ASIA MARVEL PERTAMA, SIMU LIU?

Bacaan Lanjut
TAK SANGKA! INI PEKERJAAN SIMU LIU SEBELUM BERGELAR ADI WIRA SHANG-CHI

TAK SANGKA! INI PEKERJAAN SIMU LIU SEBELUM BERGELAR ADI WIRA SHANG-CHI

Bacaan Lanjut
TRELER ETERNALS DIPUJI SEBAGAI KARYA AGUNG VISUAL

TRELER AKHIR ETERNALS DIPUJI SEBAGAI KARYA AGUNG VISUAL

Bacaan Lanjut
DIET AMALAN CHRIS HEMSWORTH UNTUK TAMPAK SASA DALAM AVENGERS: ENDGAME

EKSPERIMEN DIET CHRIS HEMSWORTH UNTUK TAMPIL SASA DALAM AVENGERS: ENDGAME

Bacaan Lanjut
BERAKHIRNYA SATU ERA! ROBERT DOWNEY JR UNFOLLOW SEMUA PELAKON MARVEL DI INSTAGRAM

BERAKHIRNYA SATU ERA! ROBERT DOWNEY JR UNFOLLOW SEMUA PELAKON MARVEL DI INSTAGRAM

Bacaan Lanjut