Skip to content

“DIA SUKA MEMENDAMKAN MASALAH DIRINYA, SAMA SEPERTI SAYA.” – FATTAH AMIN

Kongsikan artikel ini
3 of 3

Bagaimana anda membuat persediaan untuk projek ini?

Fattah: Watak ini memang berbeza dengan watak-watak yang pernah saya bawa sebelum ini. Peminat juga mahu melihat saya keluar dari kepompong watak hero tipikal yang selalu saya pegang. Saya banyak menonton filem-filem lakonan Joaquin Phoenix yang sentiasa ada kelainan dan berbeza. Itu yang selalu saya akan look up to.

Ceritakan perbezaan dengan adegan romantis yang anda lakonkan sebelum ini?

Fattah: Adegan romantis yang ada dalam ‘GANJIL’ tidak seperti cerita romantik lain seperti kena kahwin paksa, atau kalau tak kahwin tidak boleh dapat harta macam itu. Ekspresi romantis dalam siri ini sangat berbeza. Ia melibatkan dua dunia iaitu realiti dan fantasi. Penonton pasti akan bertanya siapa yang Amry akan bersama dengan nanti.

Siri ini berkisar seorang lelaki dan wanita muda yang mendapati diri mereka bertemu insan yang mereka impikan. Amry dilakonkan oleh Fattah Amin dan Nabila dibawa oleh Diana Danielle. Pasangan ini bertembung di dalam mimpi mereka, pada satu malam istimewa di mana mimpi mereka bercantum menjadi satu. Ketika mereka mendapati masing-masing mungkin hanya satu watak di dalam alam mimpi, tanpa mereka sedari, kedua-duanya menjadi lebih erat, berkongsi rahsia dan berdepan dengan ketakutan bersama. Mimpi mereka adalah cara alam memberikan mereka peluang kedua, untuk menjadi insan yang lebih baik. GANJIL juga memaparkan kesulitan yang dirasai ramai untuk mencari tempat di dunia sebenar, sambil cuba mengimbangi tanggungjawab seseorang terhadap keluarga.

GANJIL boleh disaksikan melalui laman penstriman, Viu bermula 30 September 2021, dengan dua episod ditayangkan setiap Khamis sehingga 28 Oktober. Peminat juga boleh menyaksikan siri ini melalui Maxis TV yang akan ditayangkan lima hari lebih awal.

Foto: Viu Malaysia

Baca lebih lanjut: SONOS BEAM GENERASI KEDUA KINI DENGAN DOLBY ATMOS DAN FORMAT AUDIO BAHARU

3 of 3

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Fattah Amin

THE OTHER SIDE OF FATTAH AMIN – GLAM LELAKI SEPTEMBER 2023

Bacaan Lanjut
PERCERAIAN ARTIS MALAYSIA YANG MENJADI BUALAN HANGAT PADA 2023

PERCERAIAN ARTIS MALAYSIA YANG MENJADI BUALAN HANGAT PADA 2023

Bacaan Lanjut
10 BAPA PALING HANGAT DI MALAYSIA PILIHAN GLAM LELAKI

10 BAPA PALING HANGAT DI MALAYSIA PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
SELEPAS BIDANG LAKONAN DAN PERNIAGAAN, FAZURA TEROKAI DUNIA KERJAYA BARU

SELEPAS BIDANG LAKONAN DAN PERNIAGAAN, FAZURA TEROKAI DUNIA KERJAYA BARU

Bacaan Lanjut
BAHTERA PERKAHWINAN FARID KAMIL & DIANA DANIELLE, KE MANA HALA TUJUNYA?

BAHTERA PERKAHWINAN FARID KAMIL & DIANA DANIELLE, KE MANA HALA TUJUNYA?

Bacaan Lanjut
FATTAH AMIN KEMBALI DENGAN BUAH TANGAN BARU SEMPENA RAMADAN

FATTAH AMIN KEMBALI DENGAN BUAH TANGAN BARU SEMPENA RAMADAN

Bacaan Lanjut