Skip to content

DIBENARKAN RENTAS DAERAH DAN NEGERI SEPANJANG PKPB?

DIBENARKAN RENTAS DAERAH DAN NEGERI SEPANJANG PKPB?

Kongsikan artikel ini
Foto: Photo by anja. on Unsplash

Bermula 7 Disember 2020 (hari ini), walaupun masih PKPB, pergerakan rentas daerah dan negeri di seluruh negara adalah dibenarkan kecuali kawasan PKPD.

Berita PKPB dilanjutkan 14 hari lagi, sehingga 20 Disember ini disampaikan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengulas bahawa pihak polis tidak akan melaksanakan sekatan jalan raya, sebaliknya menguat kuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP). Pengumuman ini memberi kerunsingan kepada rakyat jika dibandingkan dengan PKPB yang sebelumnya.

Maklum balas yang diterima bercampur baur, ada yang negatif dan ada juga yang positif. Ada yang berpendapat tidak perlu langsung mengistiharkan PKPB jika tiada sekatan perjalanan yang akan dilakukan. Ini hanya akan merumitkan lagi keadaan. Namun, ada juga yang menghela nafas lega kerana tidak perlu ulang alik ke balai polis untuk mendapatkan pengesahan polis.

Secara ringkasnya, Negeri Selangor dan Kuala Lumpur masih lagi PKPB namun rakyat sudah dibenarkan merentas daerah dan negeri. Selain itu, Ismail Sabri berkata mesyuarat khas juga bersetuju memberi kelonggaran berhubung had jumlah penumpang dalam kenderaan.

“Selepas ini, polis akan berada di mana-mana untuk memastikan pematuhan SOP,” Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Orang ramai disaran melancong dalam negera kecuali kawasan PKPD. Ini masanya untuk menjana semula ekonomi negara ke arah yang lebih baik. Jadi, ke mana agaknya anda bakal mengembara selepas ini?

Untuk mengetahui situasi covid-19 Malaysia dan semak senarai kawasan PKPD di sini.

Bukan sahaja kita tidak dibenarkan sama sekali masuk  ke kawasan PKPD, semua penduduk dari kawasan ini juga tidak dibenarkan keluar dari kawasan mereka. Semua aktiviti perniagaan tidak dibenarkan. Penduduk tidak dibenarkan keluar rumah sama sekali.

Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut dan kita sebagai rakyat yang prihatin perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Status Terkini COVID-19 (semalam) memberi jumlah baru sebanyak Kes baharu positif iaitu 1,335 kes
(kes import = 3, kes tempatan = 1,332) dan ini memberi jumlah keseluruhan berjumlah 72,694 kes.

Muat turun aplikasi MySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

Pautan berkaitan: MACAM-MACAM! ANSEL ELGORT KONGSI GAMBAR BOGEL UNTUK KUTIP DANA COVID-19

 

 

By Nisa' Halid
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RENAISSANCE HOTEL & CONVENTION CENTRE KUALA LUMPUR DIBUKA SEMULA

Bacaan Lanjut

KUALA LUMPUR MENDUDUKI TEMPAT #2 DESTINASI PERCUTIAN TERSOHOR DUNIA

Bacaan Lanjut

SAJIAN ROMANTIS VALENTINE’S DAY BUAT ROMEO & JULIET

Bacaan Lanjut
MENU BUKA PUASA ALA TUSCANI DI BANGSAR

MENU BUKA PUASA ALA TUSCANI DI BANGSAR

Bacaan Lanjut
PAKEJ STAYCATION MEWAH BUAT TAHUN BARU ANDA

PAKEJ STAYCATION MEWAH MERAI TAHUN BARU ANDA

Bacaan Lanjut
PUNCA SEBENAR PENGGAMBARAN MISSION IMPOSSIBLE 7 DIHENTIKAN

KRU FILEM LANGGAR PROTOKOL COVID, TOM CRUISE NAIK ANGIN

Bacaan Lanjut