Skip to content

Daiyan Trisha

DISTOPIA ROMANTIK DAIYAN TRISHA DAN MEERQEEN DALAM ‘MY HOME IS IN YOUR ARMS’

Kongsikan artikel ini

Bintang jelita penuh bakat, Daiyan Trisha melancarkan video muzik untuk single terbaharunya, “My Home Is In Your Arms” yang menampilkan Meerqeen serta Nadhir Nasar selaku pengarah.

Selepas pelancaran single yang dinantikan, “My Home Is In Your Arms”, Daiyan Trisha menampilkan video muzik terbaharunya pada 7 Jun 2024 yang lalu. Video muzik ini diarahkan oleh figura popular industri tempatan yang juga merupakan rakan baiknya iaitu Nadhir Nasar. Tidak dapat disangkal bakat lakonannya yang hebat dan kini mengorak langkah mencipta nama sebagai seorang pengarah.

Daiyan Trisha

Bukan itu sahaja, muzik video ini juga menampilkan pelakon kacak berbakat besar, Meerqeen. Dia yang berjaya memberi lakonan dinamik yang penuh emosi sebagai pelengkap untuk menyampaikan mesej cerita ini dengan indah.

Idea, konsep dan hala tuju kreatif muzik video ini adalah hasil ilham Daiyan sendiri. Daiyan turut berganding bahu dengan Nadhir Nasar dan Paradice Pictures. Sebuah kisah cinta yang indah menjadi jalan cerita permulaan video ini.

meerqeen

Namun dalam kehidupan tiada yang kekal sempurna, semakin kita mendalamai menuju ke penghujung. Ianya merungkai beberapa mesej tersembunyi yang menggambarkan pelbagai cabaran dan rintangan yang tidak dapat dielakkan dalam setiap hubungan.

Tema Distopia Romantik

Nadhir Nasar

Video muzik ini meneroka tema distopia romantik, celikkan minda untuk melihat potensi pasangan anda, atau menghadapi realiti sebenar diri mereka. Ia memberi pilihan kepada penonton: untuk terus berada dalam ilusi cinta yang sempurna atau untuk menghadapi realiti sebenar dalam hubungan.

 

“Lagu ini menggambarkan fasa di mana hubungan menjadi goyah dan tidak stabil. Serta mengingatkan kita tentang memori yang menyebabkan pasangan jatuh cint antara satu sama lain untuk terus mempertahankan hubungan. Tapi pada akhirnya, adakah ianya berbaloi?” kata Daiyan.

Sisi artistik Daiyan bakal lebih diserlahkan melalui muzik video ini bersama arahan kreatif dan lakon layar menjadikan muzik video ini harus ditonton oleh peminat setia Daiyan. Tidak juga dilupakan kepada pencinta muzik dan pendengar baru, yang bakal jatuh cinta dengan karya segar yang ditampilkan ini selari dengan kolaborasi anak-anak seni muda masa kini.

 

Baca lebih lanjut: NADHIR NASAR, THE LUCKY STRIKE!

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Kahar Kapla High Council

KENALI 5 BARISAN PELAKON UTAMA KAHAR KAPLA HIGH COUNCIL

Bacaan Lanjut
Meerqeen

4 GAYA RAMBUT TERBAIK MEERQEEN PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

TEMA ‘MISMATCHED CHAOS’ MEWARNAI ACARA GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024

Bacaan Lanjut
Glam Lelaki Fashion Party 2024

25 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024  

Bacaan Lanjut

NADHIR NASAR, THE LUCKY STRIKE!

Bacaan Lanjut
rancangan raya 2024

5 RANCANGAN ANDA BOLEH ‘LAYAN’ SEPANJANG HARI RAYA INI

Bacaan Lanjut