Skip to content

NADHIR NASAR, THE LUCKY STRIKE!

Kongsikan artikel ini

Untuk edisi digital April 2024, GLAM Lelaki menampilkan bintang muda penuh bakat, Nadhir Nasar yang terus menyinarkan bakatnya di hadapan dan belakang lensa kamera. Eksklusif kali ini menampilkan Top Model Malaysia, Atikah Karim yang juga menggayakan koleksi Coach untuk musim Spring/Summer 2024.

Fenomena “Projek: High Council” kembali hangat menjadi bualan peminat selepas siri popular itu ditayangkan oleh laman penstriman, Netflix Malaysia. Drama televisyen yang menampilkan barisan pelakon-pelakon muda tempatan yang berbakat ini dibintangi oleh Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Naim Daniel, Daiyan Trisha dan sudah tentu, Nadhir Nasar.

Satu nama yang terus menyinarkan bakatnya dalam industri seni negara. Nadhir Nasar yang baharu berusia 27 tahun dilahirkan pada 17 Disember 1996 di Michigan, Amerika Syarikat. Memulakan karier sebagai model di pentas peragaan, dia kini terus melangkah maju sebagai seorang pelakon. Dia juga menyimpan impian untuk bergelar seorang pengarah yang disegani pada masa hadapan.

NADHIR NASAR

Nadhir menggayakan jaket biker kulit, kemeja-t grafik, beg tangan kulit dan kasut sniker, semuanya daripada Coach.

Terbaharu, jejaka berketinggian 1.80 meter ini muncul melalui filem “Pendekar Awang: Darah Indera Gajah” yang turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Fattah Amin, Nur Fazura, Amir Ahnaf dan ramai lagi. Dia juga sering menjadi pilihan sebagai wajah wakilan untuk jenama-jenama tempatan dan antarabangsa. Ramadan ini, dia muncul dalam kempen jenama aksesori antarabangsa. Tidak ketinggalan, dia membintangi kempen raya label tempatan bersama Mierul Aiman.

Bersama top model Malaysia, Atikah Karim yang berpengkalan di kota New York City, Nadhir Nasar menggayakan koleksi pakaian dan aksesori terbaharu daripada Coach untuk musim bunga/panas 2024.

Coach Malaysia

Atikah Karim menggayakan baju mesh turtleneck dan anting-anting. Nadhir memakai blazer khaki. Semuanya daripada Coach.

Ikuti temu bual GLAM Lelaki bersama Nadhir Nasar untuk edisi digital April 2024:

1.⁠ ⁠Nadhir Nasar dalam 3 patah perkataan.

Karisma, unik/eksotik dan emosi.

2.⁠ ⁠Apakah perkembangan terkini Nadhir Nasar?

Ada beberapa drama televisyen yang saya terlibat, dan terbaharu ialah “My Famous Ex-Boyfriend”. Alhamdulillah, ia mendapat sambutan daripada penonton Astro. Ada beberapa filem akan ditayangkan pada bulan Ogos nanti. Tahun ini dan tahun hadapan, saya mahu lebih memberikan fokus kepada filem berbanding drama televisyen. Saya mahu melangkah dari televisyen kepada pawagam.

3.⁠ ⁠Next project anda untuk 2024?

Projek seterusnya tahun ini adalah berjudul “Laknat” yang diarahkan oleh Saw Teong Hin. Beliau merupakan pengarah filem “Puteri Gunung Ledang” yang ikonik. Kalau anda boleh lihat, Nadhir Nasar ini merupakan seorang yang pemilih dalam berkarya. Saya memilih dengan siapa saya mahu bekerja. Dan insya-Allah, filem “Laknat” ini turut sama menampilkan nama-nama yang saya pandang tinggi dalam industri.

4.⁠ ⁠Selepas bergelar pelakon dan pengarah, apakah lagi yang Nadhir mahu cuba sebagai anak seni?

Saya pernah berkongsi yang impian utama saya ialah mahu menjadi seorang pengarah. Sejak 2016, saya mula mejadi seorang model dan sehingga hari ini saya terus meningkatkan diri saya. Menjadi model bertujuan untuk selesakan diri saya di hadapan kamera. Selepas saya selesakan diri di hadapan kamera di khalayak ramai, saya ‘upgrade’ diri dengan menyertai casting. Lebih 10 casting yang saya telah cuba. Life is about upgrading. Life is about leveling up!

Tiga tahun selepas berjalan di atas pentas Kuala Lumpur Fashion Week dan membintangi kempen-kempen jenama tempatan dan antarabangsa. Saya menyertai pertandingan realiti, Hero Remaja untuk memulakan karier sebagai pelakon. Saya membawa ilmu-ilmu peragaan ini yang sangat bagus dan berguna kepada industri lakonan.

Selepas terlibat dalam dunia lakonan ini, I love it so much. Saya belajar selok-belok dunia lakonan ini. Dan kini saya cuba untuk menapak diri di dalam industri sebagai seorang pengarah. Sebagai seorang pencerita. Sebagai seorang penulis. Itulah yang saya mahu lakukan. Saya mahu fokus untuk menjadi pelakon dan pengarah sahaja. Tidak perlu menjadi jack of all trades. Saya mahu menjadi cemerlang sebagai pelakon dan pengarah.

Untuk menjadi pelakon yang bagus anda perlu faham pengarah. Dan untuk menjadi pengarah yang baik anda perlu faham pelakon anda. Ramai pengarah yang sangat bagus di luar sana yang bermula sebagai seorang pelakon. Sebagai contohnya Datuk Yusry Abdul Halim, serta Shamsul Yusof. Kedua-duanya bermula di hadapan kamera, dan kini mereka sangat bagus berada di belakang kamera. Alhamdulillah, syarikat produksi saya Paradice Pictures (@paradice.my) telah banyak menghasilkan karya-karya arahan saya seperti filem pendek Bulan Bintang 2024, video muzik “Malampagi” daripada Saixse x MK K-Clique dan “Tanpamu” oleh Ryotjones.

Nadhir nasar

Nadhir menggayakan jaket kulit, kemeja-t monogram, seluar denim, beg tangan denim dan beg tangan kulit. Semuanya daripada Coach.

5.⁠ ⁠Siapakah hero anda dalam industri seni Malaysia?

Datuk M. Nasir. Saya sudah beberapa kali bersua dan bersembang dengan beliau. Beliau merupakan salah seorang hero Malaysia yang unik. Beliau banyak berkongsi ilmu dan input baharu sebagai seorang pelakon kepada saya.

6.⁠ ⁠Satu perkara yang ramai tidak tahu mengenai Nadhir Nasar?

Mungkin ramai yang sudah tahu. Saya menulis setiap hari. Saya mempunyai sebuah buku yang saya tulis setiap hari. Kalau sukar tidur pada waktu malam, saya akan menulis. Saya juga banyak menulis di aplikasi X atau dulunya Twitter. Jika mahu membaca luahan hati seorang Nadhir Nasar, boleh follow Nadhir di aplikasi tersebut.

7.⁠ ⁠Kongsikan satu nasihat yang memberi kesan kepada anda sehingga hari ini?

Nasihat yang saya boleh kongsi ialah percaya kepada ketentuan Tuhan. Selepas setiap dugaan pasti ada sinar kebaikan yang mendatang kemudian hari. I rasa pada mulanya agak sukar untuk menerima atau percaya kepada proses yang ditentukan Tuhan ini. Saya faham yang Tuhan akan beri apa yang kita mahu apabila sampai pada waktunya. Saya sentiasa mahu menjadi seorang pelakon pada usia awal ketika mula modelling. Tapi sekarang saya tahu kenapa saya menjadi seorang Nadhir Nasar ketika berusia 28 tahun. Dengan ilmu dan pengalaman yang kita kumpul, Tuhan akan berikan apa yang kita nak tepat pada masanya.

Bak kata orang Melayu, rezeki tidak pernah salah alamat. Oleh itu, jangan mudah putus asa. Percaya kepada ketentuan Tuhan dan sentiasa kejar cita-cita anda. Ingat, kalau impian anda masih belum tercapai, impian anda masih tengah ‘shipping’. Sudah deliver, tapi ia belum sampai lagi.

8.⁠ ⁠Nadhir kini berusia 27 tahun. Apa yang anda mahu capai sebelum mencecah usia 30 tahun?

Saya mahu membikin filem. Saya mahu mengarah filem saya sendiri. Filem berdurasi bawah 2 jam yang mendapat geran daripada FINAS untuk ditayangkan di pawagam. Insya-Allah. Serta mendapat sokongan daripada rakan-rakan dan pengarah-pengarah lain yang saya hormat dan pandang tinggi. Tapi sebagai seorang pelakon, saya mahu membintangi sebuah filem box office di Malaysia. Baru-baru ini saya membintangi filem “Pendekar Awang: Darah Indera gajah”. Satu debut yang sangat bagus buat diri saya. Sebelum berusia 30 tahun saya mahu membintangi filem yang akan memberikan impak besar kepada negara.

9.⁠ ⁠Describe your fashion style?

Stail saya dulu seperti ‘unfinished’. Bila berbicara tentang fesyen, selalunya fesyen akan berubah masa demi masa. Dulu, saya selalu menggyakan gaya yang baggy, oversized t-shirt yang trendy. Sekarang pula, saya gemarkan fesyen yang lebih kemas. Lebih matured. Fesyen yang lebih minimal dari segi stailnya. Saya lebih kepada gaya seperti itu sekarang. Apabila melihat kembali apa yang saya pakai sekitar 2019 dan 2020, agak kelakar. Tapi, itulah trend gaya pada ketika itu. Kini sudah berusia 28 tahun, saya mahu memakai sesuatu yang memberikan rasa hormat kepada diri saya dan orang lain. Dia datang dan dia sampai. Dulu, dia datang tapi tak sampai.

Contohnya dari segi aksesori. Saya masih gemar memakai aksesori. Tapi kini kalau aksesori saya perak, semuanya juga perak. Dulu gaya saya sedikit hippy. Kini lebih minimal, dengan sentuhan Japanese edge. Fesyen ini seperti makanan juga. Dulu saya suka sotong, sekarang tidak. Pelik tetapi itulah fesyen.

10. Label fesyen kegemaran anda?

Saya suka rekaan yang ‘unfinished’ atau deconstructive. Kalau jenama lokal, saya suka Joe Chia dan Kitwoo.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

Koleksi pakaian dan aksesori kulit Coach boleh didapati di butik fizikal di seluruh Malaysia, atau secara atas talian melalui https://malaysia.coach.com/

 

PENGARAH KREATIF @AIZATAIDID EDITOR @MUZAMMIN PENGARANG FESYEN @JOHANKASSIM PENGARAH SENI @AYOI.ARIF FOTO @CHEE__WEI PEREKA GRAFIK @HIL.PELE PENGURUS KANDUNGAN DIGITAL @KIMMIRASHI PENERBIT KANDUNGAN MUDA @ZHRHZLKHRI GROOMING @CATYONGMEOW DANDANAN @CKAY_LIOW DIGITAL VIDEO @AUNCHUA VIDEO EDITOR @ABC123ZKAWAN PAKAIAN @COACH

 

Baca lebih lanjut: SEMBANG RAYA BERSAMA NADHIR NASAR

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TEMA ‘MISMATCHED CHAOS’ MEWARNAI ACARA GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024

Bacaan Lanjut
glam fashion party 2024

20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024 

Bacaan Lanjut
Glam Lelaki Fashion Party 2024

25 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024  

Bacaan Lanjut
rancangan raya 2024

5 RANCANGAN ANDA BOLEH ‘LAYAN’ SEPANJANG HARI RAYA INI

Bacaan Lanjut
raya Nadhir Nasar

SEMBANG RAYA BERSAMA NADHIR NASAR

Bacaan Lanjut
must watch April 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut