DOMINASI BERLELUASA iPHONE X KINI BERMULA
Apple Inc perkenal telefon mudah alih terbaharu, iPhone X (yang turut dipanggil iPhone Ten). iPhone X hadir dengan rekaan yang serba baru. Pada bahagian hadapan, pengguna boleh melihat rekaan skrin menyeluruh dengan bingkai yang sangat nipis. Malah, ia diperbuat daripada kaca dan keluli tahan karat serta skrin pemapar ‘edge-to-edge’. Antara ciri-ciri menarik ditampilkan, pengguna boleh membuat panggilan dan layari internet pada Apple Watch baharu tanpa perlu membawa bersama iPhone.
Dengan skrin bersaiz 5.8-inci dengan paparan Super Retina yang menawarkan kadar ketumpatan 458PPI, IPhone X juga boleh dicaj tanpa perlu penyambungan sumber elektrik, kamera inframerah dan menggunakan muka sebagai pengecaman. Berdasarkan sumber dari Amanz.com, satu perubahan besar yang dibawakan adalah dimana iPhone X tidak lagi menyertakan butang Home, sebaliknya menggunakan sokongan gesture. Dengan ketiadaan butang Home, Apple turut menambah sebuah ciri baru dinamakan Face ID yang membolehkan anda mengakses peranti melalui imbasan wajah.
Apple turut buat pertama kalinya menggunakan teknologi paparan OLED pada iPhone melalui iPhone X ini. iPhone X akan hadir dalam variasi storan 64GB dan 256GB pada harga bermula $999 (~RM4203) dan akan mula dipasarkan bermula 3 November 2017 nanti. So are you ready for it???
Oleh Wan Mohd Firdaus, 13 September 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FORMULA ANTIBAKTERIA PILIHAN MANDIAN MASA KINI
Hidup lebih baik, lebih terjaga dengan rangkaian mandian terbaru FOLLOW ME yang menyenangkan gaya hidup anda.
LEE MIN-HO BERSAMA BINTANG TERKEMUKA LAIN MENGHIASI KEMPEN BOSS
Selebriti Korea Selatan, Lee Min-ho antara yang menjadi wajah utama kempen BOSS musim luruh 2022. 'Attitude' BOSS yang baharu diterjemahkan melalui penampilan sekumpulan individu berpengaruh. WELCOME TO THE NEW ERA OF BOSS!
CARHARTT WIP X SUICOKE, SANDAL KLASIK SILUET SEGAR
Memperkasakan lagi trend sandal, Carhartt WIP dengan kerjasama kreatif Suicoke hadirkan dua rekaan sandal terkini.
SEPATU STYLISH UNTUK BEPERGIAN. FERRAGAMO NOMADIC PILIHAN TEPAT.
Sepatu praktikal lagi stylish menjadi keutamaan. Tampil bergaya kala bercuti dengan menyarung Ferragamo Nomadic.
DIOR HADIRKAN KOLEKSI KAPSUL CD 1947
Musim ini Dior menghadirkan koleksi kapsul CD 1947. Dijamin setiap rekaan yang terkandung mencuri perhatian para penggemar fesyen streetwear khususnya.
HUAWEI P50 & WATCH GT 3 PRO: MENDEFINISI ESTETIKA TEKNOLOGI MASA HADAPAN
Huawei Malaysia memperkenalkan dua peranti terbaharu, Huawei P50 dan WATCH GT 3 Pro yang akan mendefiniskan estetika teknologi yang lebih pintar.