DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE MENAWARKAN PERCUTIAN ‘THE MALAYSIAN EXPERIENCE’ BAHARU
Hotel peranginan tepi tasik, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside memperkenalkan 14 kategori bilik baharu, DoubleTree Studio Residency dan pengalaman percutian bertema Malaysia.
Jika anda mencari hotel sekitar Lembah Klang untuk staycation pada hujung minggu nanti, GLAM Lelaki menyarankan anda untuk bercuti di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside. Terletak di ibu kota pentadbiran negara, hotel yang telah siap diperbaharui ini kini menampilkan 14 kategori bilik baharu dengan pengalaman percutian ‘The Malaysian Experience’.
Sebagai destinasi utama untuk menghayati kekayaan budaya Malaysia, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside menerapkan denyut nadi budaya Malaysia yang menampilkan gabungan seni bina bercirikan pelbagai budaya. Digandingkan dengan variasi hidangan kulinari tempatan dan aktiviti kanak-kanak yang berfokuskan budaya Malaysia, pengunjung boleh meluangkan percutian mereka dikelilingi keindahan budaya tempatan.
Di samping itu, DoubleTree Studio Residency turut meningkatkan daya tarikan hotel ini. Ia mencipta suasana unggul untuk pengunjung yang mencari pengalaman kebudayaan Malaysia yang asli.
“Kami menerapkan pendekatan ini pada elemen hotel yang sedia ada, seperti di empat sayap utama hotel – bercirikan budaya Melayu, Cina, India, dan Borneo. Kami turut mengutarakan ciri-ciri unik dan seiring dengan Lima Tiang Asas hotel tersebut – Budaya, Makanan, Keluarga, MICE, dan Kesejahteraan. Pendekatan ini mengkayakan lagi pengalaman penginapan tetamu, sekaligus membantu kami mencapai matlamat kami,” kata Jamie Mead, Pengarah Kanan Operasi – Asia Tenggara.
14 Kategori Bilik Baharu DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside
Antara 14 kategori bilik kontemporari yang baharu diperkenalkan adalah bilik Family Deluxe dan King 2 Bedroom Suite. Ia direka dengan bentuk khas untuk pengunjung yang mengembara dalam kumpulan yang lebih besar. Bilik Family Deluxe pula menawarkan ruang tempat tinggal dan ruang makan yang berasingan. Manakala King 2 Bedroom Suite menawarkan ruang tempat tinggal yang luas, pantri dan dua kamar tidur.
Selain itu, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside menampilkan pelbagai pilihan tempat untuk mengadakan mesyuarat, persidangan, pameran, dan majlis makan malam. Setiap bilik dinamakan sempena nama-nama tasik di Malaysia. Antaranya Kenyir Grand Ballroom yang mencuri perhatian sebagai ruang paling luas, dengan kebolehan menampung sehingga 800 orang dalam susunan gaya teater.
Sementara itu, Temenggor Grand Ballroom pula menghadap pemandangan Tasik Putrajaya yang menawan. Ia melahirkan suasana yang romantis untuk majlis resepsi buat raja sehari, lengkap dengan suasana amphitheater terbuka. Bagi acara team building, terdapat pelbagai aktiviti yang mengujakan di pusat Marina Watersports. Antaranya perlumbaan bot naga, bermain papan layar dan berbasikal.
Peminat seni kulinari juga bakal rambang mata di Makan Kitchen. Ia menyajikan pelbagai hidangan Malaysia dan antarabangsa. Tetamu boleh menikmati cita rasa Melayu, Cina, India, Iban, dan Peranakan dalam meraikan keenakan rasa tempatan yang cukup asli. Selain itu, THE KOFFEE menyediakan tempat yang selesa untuk beristirahat dengan secawan kopi yang menyegarkan dan pastri yang lazat. Ia sesuai untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan atau bersantai dengan senaskhah buku.
Percutian keluarga juga kini lebih menarik dengan pembukaan Bilik Permainan baharu yang dilengkapi dengan foosball dan ping pong. The Splash Pool, direka dengan pelbagai ruang untuk kumpulan umur yang berbeza, menawarkan pengalaman yang menyeronokkan untuk kanak-kanak. Manakala permainan tradisional seperti teng-teng dan congkak turut menjadi pilihan untuk berhibur. Penggemar kecergasan juga boleh menggunakan gim yang lengkap dan kit kecergasan hotel.
DoubleTree Studio Residency
Dalam meraikan kekayaan budaya Malaysia, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside memperkenalkan DoubleTree Studio Residency. Ia penampilan tiga artis kontemporari berbakat dari Segaris Art Center, iaitu Fadzril Fakaruddin, Haziq Syawal, dan Syahmi Jamaluddin. Karya seni mereka akan dipamerkan semasa Seni Weekend DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside yang yang dijadualkan bermula pada 12 Ogos 2023.
Matlamat utama kolaborasi ini adalah untuk menyokong para seniman tempatan dalam mempamerkan warisan budaya negara. Mengikuti panggilan terbuka oleh Segaris Art Center, tiga seniman dipilih untuk mengambil bahagian dalam program studio residensi selama 4 bulan.
Pengunjung yang berminat untuk menginap di sini boleh layari laman web rasmi di sini.
Baca lebih lanjut: TEROKAI PERCUTIAN MEWAH ERA BAHARU DI MARINA BAY SANDS, SINGAPURA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TEROKAI PERCUTIAN ‘JIM THOMPSON MYSTERY WEEKEND’ DI CAMERON HIGHLANDS RESORT
Buat yang menyukai kisah misteri, Cameron Highlands Resort akan mengadakan pengalaman percutian Jim Thompson Mystery Weekend yang luar biasa pada 28 hingga 30 Julai 2023.
TEROKAI PERCUTIAN MEWAH ERA BAHARU DI MARINA BAY SANDS, SINGAPURA
GLAM Lelaki berpeluang untuk menginap di Marina Bay Sands, hotel ikonik Singapura yang sedang menjalani proses renovasi berjumlah US$1 billion keseluruhan.
GLAM LELAKI CHEF TABLE: PENGALAMAN KULINARI EKSKLUSIF YANG PERTAMA
Buat julung kali, GLAM Lelaki menganjurkan 'GLAM Lelaki Chef Table' yang dihadiri oleh selebriti, model dan bintang media sosial untuk pengalaman kulinari yang eksklusif.
SANTAPAN BAGAI MAHARAJA CINA DI RESTORAN EMP KL, THE WESTIN KUALA LUMPUR
Restoran EMP KL kini membuka pintu dengan menyajikan seleksi hidangan autentik Cina yang moden dalam suasana penuh majestik bagai santapan seorang maharaja.
DESTINASI PERCUTIAN PERLU ANDA KUNJUNGI BERDASARKAN ZODIAK CINA 2023
Tahun ini, destinasi percutian untuk zodiak Naga adalah kota Paris. Apa pula lokasi yang perlu anda kunjungi berdasarkan zodiak Cina anda pada 2023?
MENU ISTIMEWA TAHUN BAHARU CINA DI W KUALA LUMPUR
Bersempena Tahun Baharu Cina kali ini, W Kuala Lumpur bakal menyajikan menu kulinari cita rasa kegemaran dengan sentuhan kontemporari yang menyeronokan.