Skip to content

EVOLUSI TELEFON BIMBIT POPULAR

Kongsikan artikel ini
Teks: Ryan Mohamad, Teks tambahan: Abdul Aziz Draim

JIKA DULU FUNGSINYA UNTUK BERHUBUNG DAN MENYAMPAIKAN MESEJ. KINI IA LEBIH DARIPADA ITU! EVOLUSI TELEFON BIMBIT DAN TELEFON PINTAR BANYAK MERUBAH MENGIKUT ZAMAN. INFOGRAFI INI BOLEH MENGIMBAS MEMORI ANDA BERSAMA TELEFON BIMBIT

body-11984
Motorola DynaTAC 8000
ˇ
Teknologi paling maju ketika itu. Biarpun saiz sebesar kasut (25cm) dan dijual pada harga USD3,995, inilah aksesori eksekutif berjaya era ’80-an: telefon yang boleh dibimbit ke mana saja.

body-21994
Motorola Microtac Elite
ˇ
Telefon lipat mula diperkenalkan. Sebelum kehadiran Nokia, dan kemudiannya Samsung dan Apple, hampir 15 tahun Motorola bermaharaja mengetuai pasaran telefon bimbit.

body-32000
Nokia 3310
ˇ
Ketika ini jenama Nokia mula diperkatakan dan ramai memiliki 3310 kerana ketahanan yang dikatakan boleh terselamat daripada bencana Apocalypse! Fungsinya amat mesra pengguna, ia antara model telefon paling popular, terjual 126 juta unit serata dunia. Pemangkin budaya text-ing dengan fungsi SMS yang di-upgrade kepada 459 karakter – 3 kali ganda lebih panjang daripada SMS standard!
Hari ini sudah mencapai ‘cult status’, 3310 masih digunakan oleh para peminat tegar.

body-42003
Panasonic G51
ˇ
Tika ini, kesemua jenama bersaing mencipta telefon bimbit paling kecil. Bersaiz cuma 80 x 43 x 18mm dengan berat 74g, model ini popular di kalangan remaja. Dan evolusi skrin berwarna pula bermula.

body-5Era 2001-2006
Persaingan antara semua jenama
ˇ
Nokia dengan kepelbagaian pilihan, Sony Ericsson khas buat komuniti audiophile, Motorola untuk golongan wanita yang sukakan telefon bimbit lipat dan ternipis (ingat lagi Motorola Razr Dolce & Gabbana?) manakala model-model Alcatel, Siemens dan Sagem digemari golongan dewasa dan bekerja.

body-62005
Nokia N90
ˇ
Hadir dengan telefon kamera 2MP yang berciri termaju (ketika itu) iaitu dengan optik Carl Zeiss, auto fokus dan denyar LED. Ia terkenal dengan rekaan ikoniknya iaitu telefon lipat dan skrin boleh putar, ibarat gajet superspy! Telefon bimbit bukan sahaja sebagai kamera tapi juga perakam video.

body-72006
BlackBerry Bold, Curve, Torch
ˇ
Fenomena BlackBerry bermula. Ikonik kerana lengkap dengan papan kekunci QWERTY, BlackBerry pernah dijulang sebagai ‘the future of mobile computing’, lantas popular di kalangan golongan profesional. Sebelum wujudnya WhatsApp, BlackBerry mengemukakan laman chatting terhangat melalui BBM Pin yang menawarkan chat secara percuma (tidak seperti SMS). Asalnya saingan hebat iPhone, melihat situasi semasa, Blackberry akhirnya terpaksa akur lalu turut menghasilkan model skrin sesentuh.

body-82007 hingga Sekarang
iPhone vs Samsung
ˇ
Jika dulu telefon bimbit bersaing untuk mencipta model paling kecil, zaman ini menyaksikan pertarungan skrin dan telefon lebih besar pula. Dan persaingan terhebat ialah antara iPhone dan Samsung. Bukan daripada rekaan saja yang menjadi pertaruhan, malah setiap ciri-ciri baru antaranya kamera, pengesan cap jari, dan pemproses baru dibanding beza. Ia lebih kepada pilihan pengguna memilih antara kegemaran dan fungsi. Masing-masing ada kelebihan sendiri.


DID YOU KNOW?

orbitel_ascom

Orbitel 901

1992 Mesej SMS pertama telah dihantar melalui rangkaian Vodafone GSM di United Kingdom pada 3 Disember 1992. Neil Papworth menghantar mesej melalui komputer peribadinya kepada Richard Jarvis yang menggunakan Orbitel 901 dengan mesej ‘Merry Christmas’.

body-10

J-Phone

2000 Kamera dalam telefon pertama tercipta iaitu model J-Phone keluaran Jepun. Imej beresolusi 110,000 piksel atau 0.11 megapiksel mampu dihasilkan.

iphone1

iPhone generasi 1

2007 Apple Inc memperkenalkan iPhone, antara yang pertama menginovasi-kan skrin sesentuh.

nokia-lumia

Nokia Lumia 1020

2013 Nokia Lumia 1020 mencipta sejarah pabila menghasilkan telefon pintar dengan resolusi kamera tertinggi iaitu 41 megapiksel.

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

semua house

PENGGABUNGAN SENI, BUDAYA & TEKNOLOGI: PEMBAHARUAN SAMSUNG TERHADAP SEMUA HOUSE YANG IKONIK

Bacaan Lanjut

HOUSE OF DISCOVERE, MALAM EKSKLUSIF PENUH GAYA

Bacaan Lanjut

TEROKAI ERA BARU AI MUDAH ALIH BERSAMA SIRI SAMSUNG GALAXY S24

Bacaan Lanjut
BENARKAH PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT MENGURANGKAN BILANGAN SPERMA?

BENARKAH PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT MENGURANGKAN BILANGAN SPERMA?

Bacaan Lanjut
FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

Bacaan Lanjut

CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT

Bacaan Lanjut