Skip to content

FEAR FACTOR BAKAL KEMBALI DENGAN HOS BARU

Kongsikan artikel ini

Sudah lama kita tidak menonton rancangan realiti kegilaan ramai Fear Factor yang ternyata punya golongan peminatnya tersendiri. Mulai ditayangkan diantara tahun 2011 hinggalah 2016, Fear Factor adalah sebuah rancangan realiti aksi keberanian di mana peserta diwajibkan untuk melalui 3 set cabaran yang sangat mencabar demi memenangi hadiah berupa wang tunai. Yang pasti, paling diingati adalah cabaran ‘makanan’ di mana peserta terpaksa melalui cabaran menelan hidangan yang meloyakan.

Dihoskan oleh pengulas UFC terkenal, Joe Rogan, diterbitkan oleh Matt Kunitz dan David A. Hurwitz dan diarahkan oleh J.Rupert Thompson, Malaysia juga tidak terkecuali menerbitkan edisi Fear Factor Malaysia selama dua musim, iaitu Fear Factor Malaysia pada tahun 2005, dan Fear Factor Selebriti Malaysia sekitar 2012 di mana kedua-dua musim tersebut dihoskan oleh pelakon terkenal Aaron Aziz.

Dan baru-baru ini, khabarnya Fear Factor bakal kembali dan formatnya akan dibikin dan diolah semula. Berdasarkan laporan laman MTV, walaupun tradisi rancangan ini tetap dikekalkan di mana peserta perlu melalui pelbagai aksi mencabar untuk memenangi sejumlah wang tunai ($50K), setiap aksi dalam format baru Fear Factor ini akan diinpirasi dari lagenda purba dahulu kala, filem-filem yang menyeramkan serta video-video yang diviralkan di alam maya dalam mengatasi ketakutan paling besar dalam hidup para peserta.

(Photo credit: MTV.com)

Adakah Joe Rogan bakal kembali? Bad news guys, Joe Rogan tidak akan kembali menghoskan rancangan ini namun khabarnya rapper dan pelakon terkenal, Ludacris bakal mengambil alih tugasan menghoskan Fear Factor format baru ini, yang bakal ditayangkan pada 30 May nanti di saluran MTV. Cant wait! 

Jom kita imbas babak-babak paling ngeri dalam sejarah rancangan Fear Factor. Are you ready for this? We hope you are. 

Oleh Wan Mohd Firdaus, 13 April 2017

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut