Skip to content

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG SEPTEMBER 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG SEPTEMBER 2024

Kongsikan artikel ini

Tahun 2024 bakal berakhir namun layar perak kekal rancak dengan sajian barisan filem hebat lagi menghiburkan.

Pada penggal pertama tahun 2024, penonton disajikan dengan karya mantap daripada genre aksi, romantis hingga seram. Antaranya Pendekar Awang, Dune: Part Two, Sheriff: Narko Integriti, The Experts dan Furiosa: A Mad Max Saga yang ditunggu-tunggu.

Lihat pula barisan filem yang bakal menghiburkan anda pada September ini

 

1. Pungut

filem september 2024

Tarikh Tayangan: 29 Ogos

Pelakon: Fad Anuar, Aman Graseka, Megat Sharizal, Ruzaidi Abd Rahman, Jebat Zulfar

Sinopsis: Seorang pengutip sampah bernama Salleh tinggal di kawasan setinggan berhampiran tapak pelupusan sampah. Kehidupannya yang tenang menjadi huru-hara apabila Din Cengkoi, ketua sekumpulan penjenayah tekad menjadi kawasan itu sebagai markas barunya.

 

2. The Crow

filem september 2024

Tarikh Tayangan: 29 Ogos

Pelakon: Bill Skarsgard, FKA Twigs, Danny Huston, Isabella Wei, Laura Birn

Sinopsis: Pasangan kekasih Eric Draven dan Shelly Webster dibunuh dengan kejam. Diberi peluang untuk menyelamatkan cinta sejatinya dengan mengorbankan diri sendiri, Eric merentasi dunia hidup dan mati untuk membalas dendam.

 

3. It Ends With Us

filem september 2024

Tarikh Tayangan: 29 Ogos

Pelakon: Blake Lively, Justin Baldoni, Brandon Sklenar, Jenny Slate

Sinopsis: Lily percaya dia telah menemui cinta sejatinya, Ryle. Namun apabila satu insiden menyakitkan mencetus trauma masa lalu, dia perlu membuat keputusan terbaik buat mereka berdua. Situasi menjadi rumit apabila cinta pertama muncul kembali dalam hidupnya.

 

4. Revolver

filem september 2024

Tarikh Tayangan: 29 Ogos

Pelakon: Ji Chang-Wook, Lim Ji-Yeon, Jeon Do-Yeon, Lee Jung-Jae

Sinopsis: Seorang bekas pegawai polis, Ha Soo Young sanggup disumbat ke dalam penjara atas kesalahan rasuah yang tidak dilakukannya demi mendapatkan wang. Setelah bebas, dia mendapati wang yang dijanjikan kepadanya hilang. Ha Soo Young memulakan misi untuk menjejak Andy, lelaki yang berurusan dengannya dan berdepan pelbagai cabaran sepanjang perjalanan.

 

5. Beetlejuice Beetlejuice

filem september 2024

Tarikh Tayangan: 5 September

Pelakon: Michael Keaton, Winona Ryder, Jenna Ortega, Monica Bellucci, Willem Dafoe

Sinopsis: Tiga generasi keluarga Deetz pulang ke Winter River selepas berlakunya tragedi tidak dijangka. Masih dihantui oleh Beetlejuice, kehidupan Lydia menjadi huru-hara apabila anak perempuannya menemui portal misteri ke alam barzakh.

 

6. The Greatest Of All Time

Tarikh Tayangan: 5 September

Pelakon: Joseph Vijay, Prashanth Thyagarajan, Prabhu Deva, Mohan, Jayaram

Sinopsis: Apabila seorang pengebom berani mati meletupkan landasan keretapi bawah tanah dan membunuh berpuluh orang, pemburuan di seluruh negara bermula untuk memberkas mereka yang bertanggungjawab.

 

7. Pontianak 200KG

Tarikh Tayangan: 5 September

Pelakon: Ropie, Dottie, Aya Amirudin, Wans Ahmad, Niezam Zaidi, Ziana Zain, Apich Lo

Sinopsis: Dua pontianak bernama Ponti Melati dan Ponti Mewangi sering kelaparan dan lebih gemar memburu makanan berbanding manusia. Disebabkan itu, keadaan di kampung tersebut menjadi huru-hara dek kes kecurian makanan yang semakin meningkat.

 

8. Neulbom: The Cursed

Tarikh Tayangan: 5 September

Pelakon: Jo Yoon-Hee, Kim Joo-Ryoung

Sinopsis: Soo Hee berpindah ke Neulbom Garden, sebuah rumah agam sunyi warisan suaminya walaupun keputusan itu dihalang keras oleh kakaknya. Selepas berpindah masuk, mereka mula mengalami peristiwa aneh dan ngeri yang tidak diketahui puncanya.

 

9. Baik Punya Ah Long

Tarikh Tayangan: 12 September

Pelakon: Zizan Razak, Johan, Liyana Jasmay, Afdlin Shauki, Adlin Aman Ramlie, Mia Sara

Sinopsis: Dua beradik yang bergelut memulakan perniagaan pinjaman wang menghadapi tentangan hebat daripada pesaing mereka, Ah Long. Mereka mesti menyelamatkan seorang tukang jahit daripada musuh kejam sambil cuba menjayakan perniagaan demi menghormati mandat bapa angkat mereka.

 

10. Hellboy: The Crooked Man

Tarikh Tayangan: 12 September

Pelakon: Jack Kesy, Jefferson White, Leah McNamara

Sinopsis: Hellboy dan seorang ejen baru BPRD terkandas di perkampungan Appalachia tahun 1950-an. Mereka menemui komuniti kecil yang dihantui oleh ahli sihir dan diketuai oleh Crooked Man yang terkenal.

 

11. Speak No Evil

Tarikh Tayangan: 13 September

Pelakon: James McAvoy, Mackenzie Davis, Aisling Franciosi, Scoot McNairy

Sinopsis: Sebuah keluarga dijemput menghabiskan cuti hujung minggu di rumah desa yang indah. Malangnya percutian idaman mereka bertukar menjadi mimpi ngeri.

 

12. Bagman

Bagman (2024) - IMDb

Tarikh Tayangan: 20 September

Pelakon: Sam Claflin, Antonia Thomas, William Hope

Sinopsis: Apabila ancaman jahat dari zaman kanak-kanak kembali menghantui, seorang bapa bergelut bermatian-matian untuk menghadapinya. Cuma kali ini perjuangan itu bukan lagi untuk dirinya, tetapi untuk keluarganya.

 

Pautan berkaitan: 5 FILEM HEBAT LAKONAN SYAFIQ KYLE TERMASUK SHERIFF: NARKO INTEGRITI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ADAM DRIVER TERAJUI TRELER FILEM SAINS FIKSYEN EPIK MEGALOPOLIS

ADAM DRIVER TERAJUI TRELER FILEM SAINS FIKSYEN EPIK MEGALOPOLIS

Bacaan Lanjut
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG OGOS 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG OGOS 2024

Bacaan Lanjut
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG JUN 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG JUN 2024

Bacaan Lanjut
15 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2024

15 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2024

Bacaan Lanjut
KENALI ISABELLA WEI, AKTRES 1899 ASAL HONG KONG YANG SEMAKIN POPULAR

KENALI ISABELLA WEI, AKTRES 1899 ASAL HONG KONG YANG SEMAKIN POPULAR

Bacaan Lanjut