GAME OF THRONES MENANG BESAR DI ANUGERAH EMMY 2016
Teks: Putra Mokhter Gambar: TPG

Barisan pelakon juga tenaga kerja drama bersiri Game of Thrones meraikan kejayaan besar mereka di Anugerah Emmy 2016. Dari kiri Rory McCann, Conleth Hill, Iwan Rheon, Gwendoline Christie, Peter Dinklage, Nikolaj Coster-Waldau, Maisie Williams, Emilia Clarke, Sophie Turner dan Kit Harington
Diinspirasikan daripada siri novel A Song of Ice and Fire, drama bersiri Game of Thrones mencipta sejarah di Anuagerah Emmy yang berlangsung di Microsoft Theater. Drama bersiri yang berkonsepkan epik fantasi ini merangkul 12 trofi sekali gus menjadikan drama ini antara drama yang paling berjaya sepanjang pembikinan filem bersiri di Hollywood.
Malah, dalam 67 tahun sejarah Emmy, karya fantasi daripada HBO ini telah memecahkan rekod ‘anugerah Emmy terbanyak dimenangi oleh suatu siri fiksyen’. Semenjak siaran musim pertamanya pada tahun 2011, Game of Thrones kini berjaya memenangi sebanyak 38 piala Emmy. Rekod sebelum ini dipegang oleh siri Frasier, dengan 37 anugerah Emmy.
Antara anugerah yang dimenangi tahun ini adalah Pengarahan Terbaik dan Penulisan Skrip Terbaik. Drama bersiri Game of Thrones musim keenam ini menjadi bukti bahawa drama berkonsepkan epik fantasi masih mempunyai nilai komersial yang tinggi juga antara jenis drama yang mampu mengubah sudut pandangan penonton. Tahniah diucapkan!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
EKSPRESI & EKSPLORASI LAWRENCE WONG
Ikuti perkongsian bekas GL Alpha Men, Lawrence Wong, berkaitan eksplorasinya mengemudi dunia lakonan, juga peranannya selaku Rakan Jenama Rasmi jenama Montblanc.
INKLUSIF EKSKLUSIF JAM BUAT JEJAKA
Rasai inklusif dan eksklusif jam tangan berkualiti dari jenama tersohor khas untuk lelaki yang pentingkan masa dan gaya.
Kecacatan Hrithik Roshan yang disembunyikan
Di sebalik kesempurnaan Hritrik Roshan, terselindung kecacatan kekal di tubuh badannya yang akhirnya mengundang perhatian peminat-peminatnya.
5 TRANSFORMASI TUBUH SELEBRITI 2016
Antara seleberiti dengan transformasi tubuh paling mendapat perhatian sepanjang tahun 2016. Kenali dan ketahu tip dan panduan dari mereka.
ETIKA PEMAKAIAN CINCIN BUAT SEORANG LELAKI
Kiri atau kanan? Jari yang mana? Ini dia tip perlu tahu sekiranya anda 'menyarungkan' cincin sebagai aksesori jari anda.
Jurugambar Von Wong ‘selamatkan’ dunia dengan Projek #MermaidsHatePlastic
Von Wong mengabadikan sentuhannya dalam projek #mermaidshatesplastic bagi meningkatkan kesedaran tentang pencemaran alam sekitar yang semakin kritikal.