Skip to content

GARMIN EPIX GEN 2, FENIX 7 & INSTINCT 2: JAM TANGAN PINTAR BUAT LELAKI MODEN

Kongsikan artikel ini
4 of 4

INSTINCT 2 – Pengembaraan Gaya Eksklusif

 

Buat lelaki yang berani bergaya, Garmin mempersembahkan jam tangan pintar GPS, INSTINCT 2 yang hadir dalam variasi warna terang dan mencuri perhatian. Ia turut dihasilkan dengan fungsi terkini dalam menyempurnakan setiap gaya pemakaian dan gaya hidup. Pasti membawa anda ke mana sahaja mengikuti ‘instinct’ anda nanti.

Garmin INSTINCT 2 memberikan pengembaraan nan tersendiri, dengan menampilkan tiga wajah jam dengan sentuhan eksklusif untuk pengguna di rantau Asia. Ia menggunakan teknologi solar Garmin generasi masa hadapan. Lensa kaca dengan kuasa solar ini dapat memberikan 30% lebih kuasa berbanding generasi sebelum ini, lantas mampu meningkatkan  kuasa solar tanpa had.

 

Apakah kelebihan lain yang menarik mengenai INSTINCT 2?

– Mengawal penggunaan kuasa dengan mod kuasa mengikut fungsi berbeza. Jua dapat mengawasi kadar kesihatan melalui oksigen darah, pembakaran kalori, kawalan tekanan, kadar degupan jantung, kadar pernafasan dan markah tidur.

– Melepasi ujian U.S. Military Standard 810 pada operasi altitud tinggi, rintangan kejutan, keadaan beku dan panas, dan anti-hakisan, selain mampu beroperasi pada suhu tinggi dengan carta kalis air 10ATM.

– Fungsi Storm Warning dapat mengesan perubahan paras tekanan udara yang drastik pada elevasi tetap yang akan memberikan amaran ribut kepada pengguna.

– Terdapat lebih 30 aplikasi sukan seperti ski, renang, larian, basikal, mendaki gunung juga mod HIIT terbaharu, sebagai motivasi untuk mencapai tahap kecergasan terbaik.

– V02 MAX terbaharu akan memberikan bacaan penyerapan oksigen maksima kepada kondisi fizikal ketika senaman. Ia akan membantu merancang senaman dan waktu berehat untuk mencapai keputusan yang diinginkan.

Lebih maklumat mengenai INSTINCT 2 DI SINI

Penyelaras & teks MUZAMMIN MUZLAN Foto AIMAN YAZID Grooming ZAC LEE HENG CONG Model HADRI HASHIM

Foto: Garmin Malaysia

 

4 of 4

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

suunto malaysia

SUUNTO VERTICAL – JAM TANGAN PINTAR PALING BERKUASA UNTUK PENGEMBARAAN LELAKI ALPHA

Bacaan Lanjut
GARMIN INSTINCT CROSSOVER, JAM TANGAN PINTAR YANG LEBIH TAHAN LASAK UNTUK PENGEMBARAAN LELAKI ALFA

GARMIN INSTINCT CROSSOVER, JAM TANGAN PINTAR YANG LEBIH TAHAN LASAK UNTUK PENGEMBARAAN LELAKI ALFA

Bacaan Lanjut
CIRI TERBARU APPLE FITNESS+ HADIR UNTUK PENGGUNA IPHONE BERMULA HARI INI

CIRI TERKINI FITNESS+ KINI BOLEH DINIKMATI TANPA APPLE WATCH

Bacaan Lanjut
montblanc summit 3

PADUAN TEKNOLOGI DENGAN LEGASI MONTBLANC SUMMIT 3

Bacaan Lanjut
PERANTI PINTAR SAMSUNG PELENGKAP GAYA SEHARIAN

PRE-ORDER PERANTI SAMSUNG HARI INI

Bacaan Lanjut

HUAWEI P50 & WATCH GT 3 PRO: MENDEFINISI ESTETIKA TEKNOLOGI MASA HADAPAN

Bacaan Lanjut