Skip to content

GILIRAN POWER RANGERS DITANGGUHKAN TAYANGAN

Kongsikan artikel ini

Baru semalam rakyat negara ini seakan meraikan tayangan Beauty and the Beast yang akhirnya diluluskan untuk ditayangkan di pawagam Malaysia pada 30 Mac 2017. Malah, Disney Malaysia mengesahkan filem tersebut menerima kelulusan tayangan tanpa sebarang suntingan dengan klasifikasi P13.

Namun hari ini, sekali lagi negara digemparkan dengan filem Power Rangers yang terpaksa ditangguhkan tayangan berikutan terdapat babak lesbian yang dilakon oleh salah seorang ‘ranger’ iaitu Triny, ranger kuning yang dilakonkan oleh Becky G. Power Rangers adalah sebuah filem yang diadaptasi dari siri TV popular sekitar tahun 90-an dikhabarkan kini berada di dalam perhatian Lembaga Penapisan Filem berikutan babak tersebut.

Melalui laporan media antarabangsa, pengarah filem tersebut Dean Israelite berkata babak tersebut ‘penting’ dalam filem tersebut. Power Rangers dijadualkan akan ditayangkan pada 23 March namun jadual tayangkan dikatakan telah ditarik balik oleh kebanyakan panggung wayang di Malaysia.

Ini bukan pertama kali siri tv ini bikin kontroversi. Pada tahun 1995, siri tv ini ditarik hak tayangannya di Malaysia disebabkan oleh perkataan ‘Morphin’ yang dikaitkan dengan dadah yang boleh mengalakkan belia untuk menyuntik jarum ke dalam darah mereka.

Buat masa ini, belum ada keputusan rasmi berhubung tarikh tayangan filem ini. Sama-sama kita nantikan.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 22 Mac 2017

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

#GLFIRSTGAYAHIDUP PENGALAMAN BUNYI PERSIS PAWAGAM DENGAN SONOS BEAM GEN 2

Bacaan Lanjut

DARI PEKERJA BURUH KEPADA SENIMAN, ISA ISHAK KONGSI KISAH DIRI MELALUI PAMERAN SOLO PERTAMA

Bacaan Lanjut

Pameran Digital LOEWE FOUNDATION Craft Prize 2021

Bacaan Lanjut
Regé-Jean Page Bakal Menjadi James Bond Seterusnya?

Regé-Jean Page Bakal Menjadi James Bond Seterusnya?

Bacaan Lanjut

Zack Snyder’s Justice League: Temubual Bersama Zack Snyder

Bacaan Lanjut

Mesej Misteri Pada Lukisan ‘The Scream’ oleh Edvard Munch Akhirnya Terungkai

Bacaan Lanjut