GLAM LELAKI CHEF TABLE: PENGALAMAN KULINARI EKSKLUSIF YANG PERTAMA
Buat julung kali, GLAM Lelaki menganjurkan ‘GLAM Lelaki Chef Table’ yang dihadiri oleh selebriti, model dan bintang media sosial untuk pengalaman kulinari yang eksklusif.
Berlokasi di restoran Shook! At The Starhill Dining, GLAM Lelaki telah menganjurkan GLAM Lelaki Chef Table buat pertama kali. Acara #GLChefTable ini dihadiri oleh selebriti, model dan juga bintang media sosial untuk menikmati pengalaman kulinari yang eksklusif.
Acara eksklusif ini telah dihadiri oleh lapan tetamu jemputan yang terdiri daripada pelakon lelaki popular tempatan iaitu Fadlan Hazim, Dini Schatzmann dan Ali Reza Kavoossi. Turut hadir adalah Rizal Rasid, Fitri Farok, Perry Kuan, Oskar Lee dan juga Iyzdham AngKimHwa.
Apakah itu GLAM Lelaki Chef Table ?
GLAM Lelaki Chef Table adalah sebuah pengalaman gastronomi kontemporari eksklusif yang diadakan dalam suasana dan ruang yang lebih intim. Ia menampilkan seleksi kulinari yang dihidangkan secara course by course, yang disediakan eksklusif oleh cef.
Untuk acara kali ini, seleksi menu eksklusif ini telah disediakan oleh Master Chef Mo. Dia telah mencipta nama di pentas kulinari antarabangsa selepas menyertai pertandingan Masterchef UK: The Professional pada musim ke-11. Chef Mo telah menimba pengalaman di seluruh dunia termasuklah di United Kingdom, dan kini di Shook! At The Starhill Dining yang terletak di Starhill Gallery, Bukit Bintang.
Menu #GLChefTable oleh Master Chef Mo
Hidangan Pembukaan
CRÈME A LA TRUFFLE
Truffle Custard, Morel & Chives Ragout, Potato Tuille
ORGANIC CAULIFLOWER
Burnt Cauliflower Velouté, Tonnato Raviolo, Cayenne Crisps
COMPRESSED WATERMELON
Balsamic, Feto Crumbles, Micro Basil, White Grape Juice
Hidangan Utama
BARRAMUNDI
Pan-Fried Barramundi, Homemade Lémon Gnocchi. Mediterranean Salsa
AUSTRALIAN RACK OF LAMB
Served with Chimichurri, Portobello Confit & Grilled Asparagus
Pemanis Mulut
SEMAI DARK CHOCOLATE
Salled Caramel, Chocolate Ganache, Popcorn Vanilla Ice- Cream
Baca lebih lanjut: “I’M NOT JUST A PRETTY FACE!” – ALI REZA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SESI EKSKLUSIF #STYLEDBYJK BERSAMA GL GANG DAN JENAMA DENIM, LEE
Sembilan GL Gang hadir menyertai masterclass #styledbyJK bersama jenama denim, Lee. Sambil itu, mendekati koleksi musim bunga 2025 Lee.
8 WANGIAN RAMBUT PILIHAN GLAM LELAKI
Bro! your hair smells! Seperti badan, rambut juga memerlukan perhatian, lelaki moden jika anda seorang yang mementingkan gaya. Stay alert!
5 MAKANAN PERLU ELAK KETIKA BERSAHUR
Pemilihan makanan yang betul ketika bersahur sangat penting untuk memberikan tenaga, menahan lapar dan meningkatkan kesihatan.
HENRY CAVILL WAJAH BAHARU LONGINES ELEGANCE
Aktor Henry Cavill membias gabungan kemewahan dan keaslian yang mencerminkan sepenuhnya kepercayaan Longines bahawa Elegance adalah Attitude.
5 WANGIAN ZESTY & CITRUS BUAT LELAKI
Wangian ringan ini adalah keperluan musim panas yang sempurna, sesuai untuk dipakai pada waktu siang, percutian atau aktiviti kasual.
5 GAYA RAMBUT LELAKI 2025
Tahun 2025, lelaki lebih perlu selektif dalam memilih jenis gaya potongan rambut yang mudah diadaptasi dengan berbagai bentuk wajah.