Skip to content

GOLF R-LINE – EVOLUSI KESERONOKAN VOLKSWAGEN TERBAHARU

Kongsikan artikel ini

Volkswagen Passenger Cars Malaysia memperkenalkan evolusi digital generasi terbaharu Golf R-Line yang kini hadir dengan desain yang lebih sporty dan ekspresif.

Generasi yang paling progresif sehingga hari ini, Volkswagen melangkah maju ke dunia digital dengan perkenalan model hatchback ikonik yang terbaharu. Volkswagen Passenger Cars Malaysia memperkenalkan evolusi digital generasi terbaharu Golf R-Line yang kini hadir dengan desain yang lebih sporty dan ekspresif.

Model terbaharu ini mengekalkan reka bentuk Golf yang kekal ikonik sepanjang zaman. Dengan sentuhan R-Line, ia direka dengan memberikan tumpuan kepada kecekapan aerodinamik, bampar hadapan berbentuk ‘C’ yang lebih rendah untuk prestasi yang lebih responsif. Penampilan sporty disempurnakan lagi dengan rim aloi Valencia bersaiz 17 inci dan sepasang paip ekzos krom dengan hiasan berbentuk trapezoid.

Selari dengan reka bentuk baharu, Golf R-Line menggunakan enjin turbo 1.4TSI berkuasa 150PS dan tork 250Nm yang dipadankan dengan transmisi lapan kelajuan shift by wire. Ia menjanjikan prestasi yang melangkaui jangkaan dalam memberikan keterajuan ketika pemanduan.

Aspek digital menjadi taruhan utama kali ini untuk memberikan kemudahan dan ketersambungan yang lebih lancar. Operasi intuitif kereta hatchback ini disokong oleh sistem kawalan suara pintar yang boleh diaktifkan dengan mudah melalui “Hello Volkswagen” atau menekan butang suara pada stereng. Ia memberi respons kepada arahan suara seperti “Saya sejuk” dan akan menaikkan suhu pendingin hawa.

Model ini didatangkan dalam lima warna termasuklah dua warna baharu iaitu kelabu (Moonstone Grey) dan merah metalik (metallic Kings Red). Warna lain adalah biru metalik (Atlantic Blue), serta hitam (Deep Black) dan putih  Mutiara (Oryx White).

Golf R-Line serba baharu ini ditawarkan dari harga RM169,990 (RRP) dan hadir bersama penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, serta jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun. Layari www.volkswagen.com.my untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

 

Foto: Volkswagen Passenger Cars Malaysia

Baca lebih lanjut: “I AM READY TO COMPETE!” – IRFAN SHAMSUDDIN KONGSI PERSEDIAAN KE SUKAN KOMANWEL 2022

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 MOTOSIKAL TERMAHAL DI DUNIA 2023

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI RAI ULANG TAHUN KE-15 BERSAMA ALPHAMEN 2022

Bacaan Lanjut
IT'S NOT A CAR, IT'S A VOLKSWAGEN 01

IT’S NOT A CAR, IT’S A VOLKSWAGEN

Bacaan Lanjut
Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya 01

Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya

Bacaan Lanjut
Keanggunan Nan Agresif 01

Keanggunan Nan Agresif

Bacaan Lanjut

BMW X4 – ELEKTRIFIKASI, SPORTY DAN PENUH SOFISTIKASI

Bacaan Lanjut