GOOD VIBES FESTIVAL KEMBALI JULAI INI DENGAN PEGGY GOU, J BALVIN, JOJI, RUSS DAN RAMAI LAGI
Festival muzik dan seni tempatan, Good Vibes Festival bakal kembali pada 20 dan 21 Jalai 2024 di Resorts World Awana, Genting Highlands.
Berita baik buat peminat muzik di Malaysia – Good Vibes Festival is back! Festival muzik dan seni tempatan, Good Vibes Festival akn kembali tahun ini dengan menampilkan barisan artis hebat dari seluruh dunia. Bakal diadakan di Resorts World Awana di Genting Highlands, festival premier ini akan diadakan pada 20 dan 21 Julai 2024.
Selepas lima tahun, Good Vibes Festival akan diadakan di destinasi peranginan Genting Highlands, Pahang. Selain Resorts World Awana, acara yang dinanti-nantikan ini akan berlokasi di tempat meletak bas Genting Highlands Premium Outlet (GHPO).
Barisan line-up artis dan pemuzik yang telah diumumkan sudah cukup untuk memberikan keterujaan kepada peminat muzik di Malaysia. Peggy Gou yang popular dengan lagu hit seperti “(It Goes Like) Nanana” dan “Starry Night” akan mengetuai senarai persembahan tahun ini. Pemuzik Korea Selatan yang menetap di Berlin, Jerman itu akan menghangatkan pentas dengan kombinasi muzik tekno, house dan elektro.
Bintang sensasi Colombia, J Balvin yang turut membuat persembahan di Coachella tahun ini bersama Peggy Gou juga akan menghangatkan pentas Good Vibes tahun ini. Terkenal dengan lagu hit seperti “LA CANCION” dan “Mi Gente”, J Balvin merupakan antara penyanyi Latin yang paling berpengaruh dengan barisan anugerah daripada Billboard Music Awards, Latin Grammy Awards dan MTV Video Music Awards.
Festival kali ini juga akan menampilkan pemuzik antarabangsa berbakat dan popular seperti JOJI, Russ, Alec Benjamin, Peach Pit dan Henry Moodie. Tidak ketinggalan barisan penyanyi Asia seperti BIBI, Tiger JK, dan Yoon Mi-rae dari Korea Selatan. HAVEN dari Singapura serta Ylona Garsia dari Filipina juga bakal membuat persembahan.
Bakat Tempatan Di Good Vibes Festival Tahun Ini
Bakat tempatan tidak dilupakan. Good Vibes Festival membariskan ramai penyanyi dan kumpulan muzik Malaysia yang akan menggegarkan pentas tahun ini. Antaranya Cherry Bomb yang dianggotai oleh Aidaho, Jovynn dan Ashley Lau akan bersatu untuk menghiburkan peminat. GARD WUZGUT, Spooky Wet Dreams, Saint Kylo, Lost Spaces dan Bad Habits juga tersenarai.
Selain itu, festival muzik dan seni ini akan diserikan oleh Shelhiel, DAALIAH, I-SKY, JAIE, FUAD, BAD M.O.B, dan Dub Tings. Hari kedua festival juga bakal membariskan bakat tempatan seperti FORCEPAKBOIS, Talitha, Capt’n Trips and The Kid, Mr Yang, Naufal. SaturdaySelects dan EMO NIGHT KL. Juga The Filters, Mardiana, TY:DEL, Afaro dan Alfie Rrari yang melengkapkan senarai persembahan.
Tiket festival tahun ini akan dijual dalam beberapa fasa dengan penambahan harga pada setiap fasa. Pemegang tiket GVF2023 akan menerima diskaun sebanyak 10%, Bersama baucar makanan dan minuman bernilai RM100.
Tiket boleh didapati bermula 11:00 AM pada 10 Mei 2024 di www.goodvibesfestival.com
Baca lebih lanjut: GOOD VIBES FESTIVAL 2023 DIBATALKAN SELEPAS INSIDEN KONTROVERSI YANG MELIBATKAN KUMPULAN ‘THE 1975’
Tags
Artikel Yang Berkaitan
CLIFF UMAR BERDEPAN HUKUMAN PENJARA LIMA TAHUN
Juara Gegar Vaganza musim ketujuh, Cliff Umar berdepan detik hitam dalam hidup apabila didakwa atas kesalahan memiliki bahan terlarang.
CHAM VE ALAMI JANGKITAN KUMAN PADA JANTUNG
Penyanyi berusia 46 tahun itu kini sedang menerima rawatan lanjut di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
PENGHIBUR IKONIK 70-AN, HAIL AMIR MENINGGAL DUNIA
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Ku Serahkan Hatiku Padamu itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun.
15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian dengan gaya menswear terbaik ketika Paris Fashion Week Fall 2024 di kota fesyen Perancis kali ini?
KONTROVERSI GOOD VIBES FESTIVAL: THE 1975 DITUNTUT BAYAR GANTI RUGI ATAU BERDEPAN PADAH
Dua minggu selepas tercetusnya kontroversi jelik di Good Vibes Festival 2023, penganjur Future Sound Asia mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan The 1975.
DI SEBALIK PEMBATALAN KONSERT LAUV: THE BETWEEN ALBUM TOUR DI KLCC
Selepas insiden Good Vibes Festival, peminat muzik sekali lagi berdepan kekecewaan apabila konsert Lauv pula dibatalkan.