HANYA BERUSIA 19 TAHUN, CARLOS ALCARAZ JUARA TERBUKA AMERIKA SYARIKAT 2022
Dengan kemenangan di Terbuka Amerika Syarikat 2022, Carlos Alcaraz terus mencipta sejarah tersendiri sebagai pemain tenis nombor satu dunia termuda sejak tahun 1973.
A new tennis star is born! Pemain muda dari Sepanyol, Carlos Alcaraz menjuarai kejohanan Terbuka Amerika Syarikat 2022 selepas menewaskan pemain Norway, Casper Ruud. Dengan kemenangan trofi Grand Slam pertama di kota New York, pemain tenis berusia 19 tahun itu juga akan menjadi sebagai pemain nombor satu dunia bermula hari ini.
Carlos Alcaraz mengungguli trofi Grand Slam pertamanya di Terbuka Amerika Syarikat 2022 dengan kemenangan empat set mengatasi Casper Ruud yang berusia 23 tahun. Perlawanan dengan keputusan 6-4 2-6 7-6(7-1) 6-3 itu mengambil masa tiga jam keseluruhan.
Pada hanya berusia 19 tahun, Carlos Alcaraz mencipta sejarah terendiri sebagai pemain tenis nombor satu dunia termuda sejak ranking ATP diasaskan pada 1973. Sebelum ini, legenda tenis Australia, Lleyton Hewitt mengungguli kedudukan pertama dunia pada 2001 ketika berusia 20 tahun. Dia turut menjadi pemenang Grand Slam termuda sejak Rafael Nadal memenangi trofi Roland Garros (Terbuka Perancis) pada 2005.
“Ini merupakan impian saya sejak kecil lagi. Menjadi pemain nombor satu dunia, menjadi juraa Grand Slam,” kata Carlos ketika majlis penyampaian trofi di Stadium Arthur Ashe, New York.
“Saya sentiasa tiada masa untuk berasa penat di perlawanan final Grand Slam, anda perlu memberikan segalanya yang kamu ada di dalam diri,” tambahnya.
Selain trofi Terbuka Amerika Syarikat, perlawaan ini juga merupakan gelanggang perebutan gelaran nombor satu dunia. Lawan Carlos, Casper Ruud juga berpeluang untuk menjadi pemain terbaik dunia jika dia memenangi kejohanan kali ini. Pemain Norway itu kini menduduki kedudukan kedua dalam ranking tenis dunia.
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: KING CHARLES III, RAJA BAHARU UNITED KINGDOM
Tags
Artikel Yang Berkaitan
20 GAYA SELEBRITI TERBAIK DI KEJOHANAN WIMBLEDON 2024
Kejohanan tenis paling berprestij, Wimbledon 2024 menyaksikan kehahiran barisan selebriti, pempenagruh media sosial, atlet sukan serta keluarga diraja United Kingdom dengan gaya musim panas yang chic.
LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN COACH FALL 2024 DI SINI
GLAM Lelaki membawakan pertunjukan Coach Fall 2024 terbaharu oleh Pengarah Kreatif, Stuart Vevers. Saksikan secara livestream pada 13 Februari 2024 bersempena Minggu Fesyen New York.
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024
Coach SS24 menyajikan koleksi penuh dengan jukstaposisi antara dua aspek berbeza, pretty and tough. Jennifer Lopez hadir buat julung kalinya.
ROLEX US OPEN: THE FINALE OF THE GRAND SLAM SEASON
US Open telah mula berlangsung 28 Ogos hingga 10 September ini sekali lagi dipertandingkan di Pusat Tenis Kebangsaan USTA Billie Jean King di New York.
15 SELEBRITI LELAKI PALING BERGAYA DI WIMBLEDON 2023
Game. Set. Match! David Beckham, Orlando Bloom, Tom Hiddleston dan Roger Federer antara selebriti lelaki yang mencuri perhatian dengan gaya off-court klasik penuh gentleman di Wimbledon 2023.
COACH RUJUK STAIL KEINDIVIDUAN LIL NAS X
COACH cukup mengagumi stail dan keperibadian Lil Nas X. Maka itu, COACH menjemput penyanyi tersebut untuk hadirkan koleksi yang terbaru.