Hari ini dalam sejarah: kulit album ‘Nevermind’
teks: Abdul Aziz Draim
Tanggal 24 September, 25 tahun yang lalu, dunia diperkenalkan kepada album ‘Nevermind’ dari kumpulan Nirvana. Masih dianggap sebagai antara album terbaik sepanjang zaman, pada 1991 ‘Nevermind’ berjaya melonjakkan nama Kurt Cobain juga irama muzik grunge dari dataran underground ke arena arus perdana, sekaligus mempengaruhi gerakan muzik, fesyen dan budaya pop sepanjang dekad ’90-an.
And who can forget that album cover? Biarpun kulit album ‘Nevermind’ kini dianggap antara yang paling bersejarah dalam industri muzik moden, gambar cover ini sebenarnya berlaku secara kebetulan, atau ‘fluke’. Konsep seni asal Kurt Cobain ialah untuk menggunakan imej ‘water birth’ namun setelah gagal mencari imej yang sesuai, syarikat rakamannya, Geffen Records, mengupah khidmat jurufoto underwater, Kirk Weddle untuk menghasilkan satu gambar berdasarkan kriteria asal itu.
Pada 28 Oktober, 1991, Kirk pun meminta izin rakannya, Rick Elden untuk merakam gambar anaknya, Spencer yang baru berusia 4 bulan, di dalam sebuah kolam renang di The Rose Bowl Aquatics Center, Pasadena. “Si ibu berdiri di sebelah kiri saya, dan meniup angin ke muka bayi itu,” Kirk bercerita. Rick menambah, “Bayi punyai ‘gag reflex’. Jika anda meniup muka mereka, mereka akan menahan nafas.”
Kemudian Spencer pun ditenggelamkan ke dalam kolam renang, ‘Klik! Klik!’ gambar dirakam, dan dengan segera bayi itu dikeluarkan semula. Kirk merakam 18 frame per saat, jadi Spencer ditenggelamkan selama 2 saat sahaja. Proses itu diulang untuk kali kedua, “… and that was it,” jelas Kirk. Penggambaran mengambil masa hanya 15 saat, dan Rick dibayar upah USD200. Unsur grafik wang satu dolar dengan mata kail pula dimasukkan oleh syarikat rakaman kemudiannya. Dan dengan begitu sahaja, history was made.
Hingga kini, bayi asal muka depan ‘Nevermind’, Spencer Elden sentiasa mendapat pelawaan untuk menghidupkan kembali imej ikonik album itu menjelang setiap lima tahun ulangtahunnya. Sudah pasti, tahun ini agenda yang sama diusulkan oleh The New York Post. “Ulangtahun ini memberi suatu makna kepada saya,” jelas Spencer kepada akhbar itu. “Rasa pelik pabila sesuatu yang saya lakukan sekadar lima minit tatkala berusia 4 bulan suatu masa dulu, kini menjadi satu imej yang betul-betul ikonik. It’s cool but weird menjadi sebahagian daripada satu sejarah cukup penting yang pada hakikatnya saya sendiri tak mampu untuk ingat pun.”
Sempena anniversary ke-25 ‘Nevermind’ tahun ini, imej Spencer terapung di dalam kolam renang telah diabadikan oleh jurufoto John Chappel pula. Menarik lagi, gambar ini diambil dalam kolam renang yang sama di The Rose Bowl Aquatics Center. Dan sebagaimana ayahnya dahulu, Spencer juga diupah USD200.
Tatapi sebahagian daripada evolusi Spencer sebagai ‘the Nirvana baby’ pada album cover ‘Nevermind’ hingga interpretasi terbarunya kini.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GOOD VIBES FESTIVAL KEMBALI JULAI INI DENGAN PEGGY GOU, J BALVIN, JOJI, RUSS DAN RAMAI LAGI
Festival muzik dan seni tempatan, Good Vibes Festival bakal kembali pada 20 dan 21 Jalai 2024 di Resorts World Awana, Genting Highlands.
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD
Tiada ijazah diperlukan untuk bergelar selebriti berjaya di Hollywood namun lima bintang ini mempunyai latar belakang pendidikan yang mengagumkan.
RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI
Peminat fanatik Beyonce akan berpeluang menonton RENAISSANCE: FILEM BY BEYONCE yang akan ditayangkan tidak lama lagi.
“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Dato’ Sri Bernard Chandran sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang merupakan seorang pereka fesyen terkenal dan berbakat besar malah digelar sebagai King of Fashion Malaysia.
“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Tomok sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang terus gemilang mewarnai industri muzik tanah air.
“KITA PERLU MENORMALISASIKAN PERBUALAN KESIHATAN MENTAL. HENTIKAN STIGMA SETIAP LELAKI PERLU “SUCK IT UP” ATAU “BE A MAN” – KHOON HOOI #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Khoon Hooi sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang terus unggul meluaskan empayar label fesyennya dalam industri fesyen tempatan dan luar negara.