Skip to content

HRITHIK ROSHAN BAKAL HIBURKAN PEMINAT DI PENTAS STARS ON FIRE KUALA LUMPUR

HRITHIK ROSHAN BAKAL HIBURKAN PEMINAT DI PENTAS STARS ON FIRE KUALA LUMPUR

Kongsikan artikel ini

Hampir sedekad tidak menjejakkan kaki ke Malaysia, Hrithik Roshan bakal kembali ke Kuala Lumpur untuk menjayakan konsert jelajah dunia.

Aktor berusia 49 tahun itu bakal menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil sempena Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert yang akan berlangsung pada 1 Disember 2023. Hrithik Roshan berkongsi khabar gembira itu bersama peminat di laman sosial.

“Hai Malaysia, apa khabar? Saya amat teruja untuk mengadakan persembahan secara langsung di bandaraya anda, Kuala Lumpur selepas lapan tahun,” katanya.

Foto: India TV

Tambahnya, dia amat tersentuh dengan sambutan hangat yang diterimanya ketika menghadiri International Indian Film Academy Awards (IIFA) pada 2015. Justeru dia tidak sabar mahu bertemu peminat Malaysia sekali lagi pada 1 Disember akan datang.

Hrithik Roshan Bakal Beraksi Di Samping Bintang Popular Bollywood

Menerusi konsert terbesar tahun 2023 ini, peminat bakal menyaksikan persembahan mega, memukau dan penuh magis daripada bintang Kabhi Kushi Kabhie Gham itu. Bagaimanapun Hrithik Roshan tidak berseorangan di atas pentas.

Dia akan ditemani aktor, jurutari, penerbit dan pengarah berbakat besar Prabhu Deva. Tidak lupa juga tiga diva terkenal Bollywood iaitu serta Vaani Kapoor, Malaika Arora dan Sanya Malhotra. Konsert ini akan turut menampilkan pasangan kesayangan ramai, Bharti Singh dan Harsh Limbachiyaa.

Foto: Koimoi

Konsert anjuran Yess Boss Group dengan kerjasama Heart Art Entertainment dan Dembi Productions ini akan menampilkan persembahan penuh bertenaga dengan koreografi luar biasa.

Jualan tiket Stars On Fire Kuala Lumpur telah pun dibuka pada 19 Oktober lalu di yessbossticket. Tiket boleh didapati pada harga RM149 (Silver), RM249 (Gold), RM549 (Platinum), RM649 (Blue Saphire) dan RM3,500 (VIP).

Hrithik Roshan Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert

 

Pautan berkaitan: KECACATAN HRITHIK ROSHAN YANG DISEMBUNYIKAN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 PELAKON BOLLYWOOD YANG MELAKAR KEJAYAAN DI HOLLYWOOD

10 PELAKON BOLLYWOOD YANG MELAKAR KEJAYAAN DI HOLLYWOOD

Bacaan Lanjut
5 FILEM TERBAIK HRITHIK ROSHAN MENURUT ROTTEN TOMATOES

5 FILEM TERBAIK HRITHIK ROSHAN MENURUT ROTTEN TOMATOES

Bacaan Lanjut
JUSTIN TRUDEAU & HRITHIK ROSHAN ANTARA LELAKI TERKACAK 2023, SIAPA DI TANGGA TERATAS?

JUSTIN TRUDEAU & HRITHIK ROSHAN ANTARA LELAKI TERKACAK 2023, SIAPA DI TANGGA TERATAS?

Bacaan Lanjut
5 PERCERAIAN TERMAHAL SELEBRITI BOLLYWOOD

5 PERCERAIAN TERMAHAL SELEBRITI BOLLYWOOD

Bacaan Lanjut
PENAMPILAN PERTAMA NICK JONAS & PRIYANKA CHOPRA BERSAMA PUTERI SULUNG

PENAMPILAN PERTAMA NICK JONAS & PRIYANKA CHOPRA BERSAMA PUTERI SULUNG

Bacaan Lanjut
SHAH RUKH KHAN CETUS KEMARAHAN UMAT ISLAM SEKALI LAGI

SHAH RUKH KHAN CETUS KEMARAHAN UMAT ISLAM SEKALI LAGI

Bacaan Lanjut