HUAWAI NOVA 5T TAWAR TELEFON PINTAR DENGAN 5 KAMERA AI
Huawei baru baru ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Huawei Nova 5T yang bertempat di Plenary Hall KLCC. Menawarkan reka bentuk menawan serta tawaran 5 kamera, Nova 5T adalah cukup sesuai buat mereka yang inginkan satu peranti yang mampu untuk lakukan semua – menangkap gambar yang cantik, lancar ketika bermain permainan tanpa sebarang gangguan serta melakukan kerja harian.
Menawarkan lima kamera kecerdasan buatan (AI), kameranya mampu menghasilkan gambar yang jelas walaupun berada di persekitaran yang kurang pencahayaan, kamera 48MP Quad AI di belakang dan kamera depan swafoto 32MP untuk mengambil gambar yang jelas dalam julat cahaya rendah.
HUAWEI nova 5T ini menawarkan versi EMUI 9.1, memiliki set cip bersaiz tujuh nano meter (7nm) pertama di dunia, menggunakan set chip terunggul HUAWEI sendiri iaitu Kirin 980 yang dilengkapi 8 gigabait (GB) RAM dan 128GB ROM yang terdiri dari teknologi penyimpanan ultra pantas UFS 2.1.
Ketika pelancaran, turut menampilkan Azira Shafinaz, Mark O’dea dan Pinda Panda menerangkan secara terperinci penggunaan telefon pintar ini dari segi kamera, kerja harian dan pengalaman gaming.
Untuk bateri pula, bateri berkapasiti 3750mAh ditawarkan bersama teknologi 22.5W SuperCharge yang pengecasan sehingga 50% dalam masa yang singkat iaitu sepantas30 minit sahaja. Pra tempahan akan dibuka bermula 29 Ogos 2019 hingga 5 September ini pada harga RM1599 sahaja dengan jaminan selama 1 tahun.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 JENIS BEG LELAKI WAJIB ADA
Lelaki era kini sudah mula tidak segan untuk menjinjing beg tertentu yang kini sudah menjadi trend semasa.
ADAKAH ANDA SEORANG SAPIOSEKSUAL? KETAHUI CIRI-CIRINYA!
‘Nafsu’ mereka lebih terarah kepada tahap pemikiran seseorang. Jadi, adakah anda seorang sapioseksual? Ini tanda-tandanya.
PANDUAN DO’S & DON’TS UNTUK TAMPIL LEBIH SEGAK BERGAYA
GLAM Lelaki senaraikan panduan ‘Do’s & Don’ts’ supaya wajah si jejaka tampil lebih segak dan bergaya untuk kelihatan lebih berkeyakinan.
ARE YOU A SHOPAHOLIC? AYUH SEGERA ATASINYA!
Jika anda punya tabiat membeli yang kritikal, ada sudah layak digelar seorang shopaholic. Ayuh ikuti langkah-langkah dari GLAM Lelaki untuk mengatasi masalah ini.
HP TAFSIR SEMULA ERTI KERINGANAN DALAM ERA KERJA BAHARU DENGAN PELANCARAN INOVASI PC & MESIN CETAK
Rangkaian “Lightness in The New Era” direka khas untuk pengguna perniagaannya dan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia.
KEKAL TAMPAN DAN BERSTAMINA DI USIA 45 TAHUN, PENAMPILAN HRITHIK ROSHAN YANG TERBARU BIKIN KEJUTAN
Nama Hritrik Roshan kembali hangat diperkatakan apabila susuk tubuhnya yang terbaru membuatkan netizen mengila!