Skip to content

HUAWEI WATCH 3 SERIES KINI DI MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

HUAWEI memperkenalkan jam tangan pintar paling premium, HUAWEI WATCH 3 Series yang pertama dikuasakan oleh HarmonyOS 2 dan kini boleh didapati secara pra-tempahan di Malaysia.

Jam tangan tidak lagi hanya sebagai penunjuk waktu. Bukan sahaja menjadi simbol kepada lelaki moden hari ini, tetapi jam tangan juga adalah aksesori pelengkap kepada telefon pintar. Oleh itu, HUAWEI memperkenalkan jam tangan pintar paling premium mereka, HUAWEI WATCH 3 Series yang pertama dikuasakan oleh HarmonyOS 2 dan kini boleh didapati secara pra-tempahan di Malaysia. Siri ini hadir dalam dua pilihan iaitu HUAWEI WATCH 3 dan juga versi Pro.

HUAWEI WATCH 3 Series yang terbaharu ini adalah gajet yang paling personal boleh dimiliki oleh pengguna. Selain dapat memberikan data yang lebih komprehensif, jam tangan pintar ini juga mementingkan desain estetika buat pemakai. Lelaki mahupun wanita, jam tangan ini menggunakan bahan premum seperti titanium dan keluli tahan karat yang ringan pada badan jam, serta seramik pada bahagian belakang jam yang tracking-sensitive, tahan karat dan peluh. Versi Pro hadir dengan rekaan keluli tahan lasak, dengan gaya dan keselesaan untuk bertahan dalam keadaan cuaca yang ekstrim.

Siri jam tangan pintar flagship terbaharu daripada HUAWEI ini akan memberikan pengalaman kehidupan yang lebih pintar, dalam meningkatkan interaksi dan perhubunngan yang lebih mudah dan lancar. Dihasilkan sebagai solusi pengurusan kesihatan yang terbaik buat pengguna, siri jam tangan pintar ini juga menampilkan variasi fungsi unggul seperti panggilan eSIM persendirian, kuasa bateri sehingga 21 hari, fungsi Smart Alert Assistant dan juga dapat memberikan pengalaman sukan yang terbaik.

HUAWEI WATCH 3 akan dijual dengan harga RM1,699, dan manakala HUAWEI WATCH 3 Pro pula berharga RM2,199. Peminat boleh membuat tempahan awal HUAWEI WATCH 3 Series sehingga 6 Julai 2021, dan berpeluang untuk mendapatkan hadiah percuma berjumlah sehingga RM828 di HUAWEI Store Online, Shopee, Lazada dan Senheng.

Foto: HUAWEI Malaysia

Baca lebih lanjut: 4 SEBAB GARMIN FORERUNNER 55 TERBAIK BUAT PELARI DAN ATLET

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Franck Muller Malaysia

TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU

Bacaan Lanjut
omega apollo 8

MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER

Bacaan Lanjut

FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL

Bacaan Lanjut
blancpain x swatch

BLANCPAIN X SWATCH: JAM TANGAN BIOCERAMIC SCUBA FIFTY FATHOMS MENEMUI LAUT KEENAM, OCEAN OF STORMS

Bacaan Lanjut

JI CHANG-WOOK MELANCARKAN PEMBUKAAN BUTIK RADO DI KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

MENGUASAI POLE POSITION BERSAMA JAZEMAN JAAFAR DAN JAM TANGAN BREITLING AVENGER

Bacaan Lanjut