GEORGE MICHAEL MENINGGAL DUNIA
Oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin
Legenda seni, George Michael yang terkenal pada era 1980-an dengan kumpulan pop, Wham! sebelum bergerak sebagai artis solo meninggal dunia pada hari Ahad (waktu antarabangsa) di rumahnya di England. Beliau berusia 53 tahun. Lebih memilukan beliau menghembuskan nafas terakhir ketika semua sedang sibuk meraikan sambutan Hari Krismas.

George Michael
Menurut laporan BBC, George meninggal dunia dalam keadaan tenang di rumahnya dan pihak ambulans dihubungi untuk terus ke kediamannya yang terletak di Oxfordshire. Berdasarkan laporan THR, dikhabarkan George Michael meninggal dunia atas kegagalan jantung pada hari Krismas dan semua keluarganya meminta untuk menghormati privasi mereka bagi melalui detik sukar ini.
Trivia mengenai George Michael:
1- George Michael dilahikan di London pada tahun 1963 dan nama penuhnya adalah Georgios Kyriacos Panayiotou (ayahnya berketurunan Greek Cypriot.)
2- Beliau menubuhkan kumpulan duo Wham! bersama rakan sekolahnya, Andrew Ridgeley dan tampil dengan album sulung, Fantastic pada 1983.
3- Mereka mula popular di Amerika Syarikat (AS) menerusi album kedua, Make It Big setahun selepas itu dengan lagu seperti Careless Whisper, Wake Me Up Before You Go-Go dan Freedom.
4- Pada 1987, George meninggalkan Wham! dan tampil dengan album solo berjudul Faith. Ia yang terjual lebih 20 juta unit di seluruh dunia turut memenangi Album Terbaik dalam Grammy Awards.
5- Sebelum ini George Michael pernah terlibat dengan kontroversi akibat pengambilan dadah dan kecenderungan seksualnya yang dikatakan songsang. Beliau juga pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat pneumonia.
6- Sehingga di hari kematiannya, George tidak pernah berkahwin.
Takziah dari Glam Lelaki ucapkan kepada keluarga serta peminat-peminat George Michael. Rest in peace, George!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
“SAYA AMAT BERDUKA” – HARRY STYLES UMUM PUNCA PEMBATALAN KONSERT
Baru 10 bulan menjayakan konsert Love On Tour, Harry Style memaklumkan dia terpaksa membatalkan persembahannya di Copenhagen, Denmark.
DIOR HADIRKAN KOLEKSI KAPSUL CD 1947
Musim ini Dior menghadirkan koleksi kapsul CD 1947. Dijamin setiap rekaan yang terkandung mencuri perhatian para penggemar fesyen streetwear khususnya.
COACH x TOM WESSELMANN, MERAIKAN KARYA ARTIS POP TERNAMA
Coach mengundang Tom Wesselmann untuk hasilkan koleksi kapsul. Menggabungkan seni dan fesyen, deretan aksesori memikat melengkapi penampilan.
KONTRAS DAN CETAKAN LIAR JADI CIRI KHAS KOLEKSI LA VACANZA 2022
Summer holiday! Gaya kembara lebih hangat dengan padanan koleksi La Vacanza 2022 citra Versace.
POST MALONE TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA
Post mengumumkan kelahiran cahaya mata sulungnya dan berita pertunangannya sewaktu menjadi tetamu dalam The Howard Stern Show.
ACQUA DI GIÒ EAU DE PARFUM DAYA TARIKAN MASA DEPAN
Giorgio Armani memperkenalkan ACQUA DI GIÒ EAU DE PARFUM sebagai haruman ikonik nan maskulin untuk lelaki masa depan.