TIP PERAPIAN DAN DANDANAN TERBAIK 2017
Tahun 2017 semakin menghampiri. Apa kata anda ambil masa untul cerminkan diri anda. Puas hati? Jika tidak, sudah tiba masanya untuk anda mengintai tip atau resolusi baru dari segi perapian dan dandanan untuk anda nampak lebih menarik, stylo dan kemas. Glam Lelaki senaraikan 5 resolusi perapian dan dandanan wajar untuk anda cuba untuk tahun baru ini.
1) Tempah baju anda sendiri
Sekiranya anda sudah terbiasa membeli baju di butik dan mall mengikut saiz anda sama ada S, M, L atau XL, sudah tiba masanya untuk tahun ini anda cuba untuk menempah baju harian (kemeja dan suit) yang direkakan khas mengikut saiz tubuh anda. Ya, apa guna anda pergi ke gim bagi memiliki tubuh badan idaman namun baju yang dipakai tidak kena dengan tubuh anda. Gelebeh, sendat atau terlampau besar anda isu yang sering timbul. Jadi, tailored your own clothes from now on, dan anda pasti nampak lebih segak dan bergaya.



2) Elakkan pemakaian jeans setiap hari
Ya, seluar jeans mungkin pilihan utama ketika anda ingin keluar berjalan-jalan mahupun bersantai bersama rakan. Mudah dan senang untuk dipakai. We got that. Kami juga tidak menentang pemakaian denim namun idea ini dilihat semakin lapuk dan ditelan zaman. Alternatif terbaik adalah mengantikan seluar jeans anda dengan pemakaian chinos. Ia datang dengan pelbagai gaya dan warna, malah lebih selesa. Harus cuba.

3) Pakai sunscreen mulai sekarang!
Ok, cukuplah kita beranggapan hanya wanita yang memerlukan set perapian wajah seperti sunscreen dan losyen walhal lelaki juga turut sama memerlukannya. Lelaki usah malu untuk mencuba pelbagai set perapian wajah yang penting untuk anda kekal muda dengan wajah lebih segar. Sunscreen dengan SPF 15 ternyata sesuai untuk lelaki yang sentiasa aktif bekerja. Akibat tekanan dan keadaan cuaca yang tidak menentu sudah pasti anda memerlukan hadangan dari berlakunya kerosakan kulit yang hanya akan menjejaskan penampilan anda.


Dove Men+Care Face Lotion

Nivea Men Protective Lotion with SPF 15
4) Seasonal coat
Ya, walaupun Malaysia bukanlah negara bermusim seperti negara Jepun dan Amerika Syarikat, namun anda wajar untuk mencuba memakainya. Banyak jaket atau kot bermusim yang masih sesuai dipakai di negara kita khususnya seperti Nimbus 3-in-1 Jacket atau L.L. Bean All-Season 3-in-1 Jacket. Ianya selesa dipakai dan anda pasti akan nampak lebih menyerlah dan lain dari yang lain.

Nimbus 3-in-1 Jacket
5) Kemaskan jambang anda
Trend menyimpan jambang dilihat semakin popular namun jambang tidak sewajarnya tumbuh tanpa dirapi dan dijaga sentiasa. Sama seperti rambut, pastikan jambang anda kemas, terurus dan moden. Ambil masa untuk sentiasa merapinya dengan mengunakan produk-produk tambahan seperti trimmer, conditioner, dan minyak jambang.

Photo credit: fashioningfeathers.com

Braun MGK3060 Multi Grooming Kit (Photo credit: amozon.uk)

Tom Ford For Men Conditioning Beard Oil (Photo credit: static01.nyt.com)
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL PLAYLIST: 10 LAGU UNTUK MEMBERI HYPE KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
TREND GROOMING LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI HUJUNG TAHUN 2026
Daripada skinimalism hingga teknik fragrance layering, trend grooming lelaki kini mengutamakan rutin yang ringkas dan praktikal.
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.










