IPHONE SE TAMPIL DENGAN GAYA TERSENDIRI
Generasi kedua iPhone SE kini hadir dalam rekaan kompak, dengan rekaan semula dari dalam keluar dan ia adalah iPhone paling mampu milik dengan harga bermula RM1,999. Biarpun begitu, ia masih dimuatkan dengan cip A13 Bionic, yang paling pantas dalam telefon pintar kerana ia mampu mengendalikan tugasan paling berat. Almaklum saja bila anda di rumah dan kebanyakannya perlu bergantung pada gajet, anda memang perlukan yang benar-benar boleh membantu tugasan harian.
Tidak dilupakan kemampuan kameranya, ia memiliki sistem kamera solo yang terbaik dan dibekalkan mod Portrait. Malah, direka untuk mampu tahan elemen seperti habuk dan kalis air.Hadir dalam tiga warna memukau – hitam, putih dan Product(Red).
Apa lagi yang menarik?
- iPhone SE ini ditawarkan dalam model 64GB, 128GB dan 256GM, dan akan dijual di Apple Authorised Reseller dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi terpilih (harga mungkin berbeza).
- Apple TV+ juga boleh didapatkan menerusi aplikasi Apple TV menerusi iPhone, Apple TV, iPod touch, Mac dan platform lain termasuk dalam talian untuk RM19.90 sebulan dengan percubaan percuma selama tujuh hari. Namun, pelanggan yang membeli iPhone SE boleh menikmati AppleTV+ percuma selama setahun!
- Sesiapa yang membeli produk Apple dalam talian akan menerima penghantaran ke rumah secara percuma.
- Sejumlah jualan daripada iPhone SE (Product)Red akan disalurkan kepada Dana Global Covid-19 Response – bagi membantu dana bagi negara yang memerlukan sut perlindungan diri (PPE), perawatan diagnostik, alatan makmal, komunikasi keselamatan awam, membekal rantaian sokongan dan banyak lagi – selain geran HIV/Aids yang menawarkan ujian, kaunseling, rawatan dan program kekangan dengan fokus spesifik untuk menyingkir transmisi virus dari ibu ke anaK.
Sumber: Jelita
Tags
Artikel Yang Berkaitan
NB FOR JADEN SMITH VISION RACERS, TARUHAN DUA WARNA EPIK
New Balance dan Jaden Smith bersatu untuk satu kolaborasi epik. Rekaan Vision Racers melengkapi gaya musim baharu.
H&M MENYUNTING PETE DAVIDSON
Pete Davidson membintangi kempen baru H&M. Menyuntik semangat baharu nan segar dalam lapangan fesyen lelaki.
FESYEN UPDATE! TIGA HIMPUNAN MESTI TAHU SEKARANG
Apakah koleksi terkini? GLAM Lelaki kongsikan tiga himpuna terkini yang wajar dimiliki bulan ini.
TOMMY HILFIGER KOMITED KEPADA KELESTARIAN, UMUM KERJASAMA BERSAMA SHAWN MENDES
Tommy Hilfiger melantik Shawn Mendes untuk projek ‘Play it Forward’ dan kempen ‘Classics Reborn’.
ONITSUKA TIGER NIPPON MADE, KOMBINASI TRADISI DAN INOVASI
Onitsuka Tiger mengukuhkan jenamanya dengan rangkaian Nippon Made. Menggabungkan warisan pertukangan dengan modenisasi.
STYLISH SAAT MUSIM PERAYAAN DENGAN CALVIN KLEIN
Koleksi Calvin Klein adalah alternatif gaya terbaik untuk tampil stylish bahkan relevan memasuki musim perayaan. Bergaya dengan Calvin Klein bersama Meerqeen dan Anna Jobling.