Skip to content

IRIZ 2019, KERETA IDEAL UNTUK INDIVIDU CERIA

Kongsikan artikel ini

Ada yang gemar memandu kereta sporty yang mampu mengambil sudut dengan lancar, ada yang lebih gemar memandu kenderaan dengan jarak yang jauh tanpa menggunakan minyak yang banyak dan ada juga di antara mereka yang yang gemar memandu kenderaan seakan akan berada di udara. Sama seperti kita, kenderaan yang kita pandu mempunyai personaliti dan peribadi yang berbeza juga. Jika anda berjiwa muda dan ingin menikmati pemanduan pada hujung minggu, maka Iriz 2019 adalah kenderaan yang sesuai dengan jiwa anda.

Comel dan Kompak

Anda seorang yang gemar keluar ke pesta atau parti, tetapi pesta atau parti tersebut berada di kawasan yang penuh dengan kenderaan, sempit dan sukar untuk dilalui. Seperti mereka yang selalu berkunjung ke Bangsar dan Bukit Bintang sering mengalami masalah seperti ini dan faham kesukaran yang dialami. Terlalu banyak kenderaan yang dipakir di setiap sudut jalan raya, jadi anda lebih memerlukan sebuah kenderaan seperti Iriz 2019 kerana ia akan memudahkan anda untuk memandu di laluan yang sempit dan mungkin dapat memakir kenderaan anda di sudut kecil dengan mudah dan selesa.

Reka Bentuk yang Menonjol

Selain mencari kenderaan yang pratikal, dalam masa yang sama anda juga mahu kenderaan yang mampu memenuhi semangat dan jiwa muda anda. Bayangkan anda memandu kenderaan di seluruh bandar jadi kenapa tidak bertukar kepada kenderaan yang memenuhi cita rasa? Iriz 2019 adalah kenderaan mempunyai reka bentuk anggun dan menonjolkan keseronokan dengan sifat yang menarik.

Warisan Perlumbaan

Anda percaya pada jenama sesuatu produk itu memainkan peranan yang besar dalam mengukur kualiti sesuatu produk yang dikeluarkan, jadi anda mahukan bukti yang kukuh tidak kira dalam trek atau peringkat perlumbaan rali. Anda akan menghargai Iriz 2019 kerana kenderaan ini menyediakan kawalan seimbang. Walaupun dalam keadaan pemanduan yang laju, ia masih stabil dan selamat. Enjin kenderaan ini telah menempuhi cabaran perlumbaan 1,000km dan telah membuktikan bahawa kenderaan ini boleh dipercayai dan selamat untuk dipandu.

Dilengkapi Untuk Menarik Perhatian

Kerana anda sering memandu di atas jalan raya, anda mesti memerlukan kenderaan yang memberi kemudahan untuk memandu walaupun perkara yang kecil tapi mampu memberi impak kepada cara pemanduan anda seperti lampu hadapan automatik, suis stereng dan kemasukan tanpa kunci, serta ia penting untuk sistem infotainment kenderaan yang menawarkan lebih daripada mendengar lagu. Iriz 2019 dilengkapi dengan sistem infotainment dengan sambungan internet dan lebih mengagumkan adalah, anda hanya perlu menyebut “HI PROTON” untuk menghidupkan voice command system yang membenarkan navigasi jalan malah dapat memainkan bukan sahaja beratus malah beribu lagu tanpa henti. Ini membuatkan pemanduan Iriz 2019 lebih  seronok.

Nilai Untuk Wang

Sebanyak mana anda suka akan keseronokan, anda juga seorang yang bijak mengaturkan kehidupan dan oleh kerana itu, anda faham akan kepentingan membeli kenderaan yang mampu milik dengan pendapatan anda. Iriz 2019 bermula pada harga RM36,900 yang sesuai dengan anggaran harga untuk mereka yang pertama kali membeli kenderaan. Anda hanya perlu membayar sejumlah wang dan mampu memiliki kenderaan yang dikuasai oleh 1.6 liters enjin dengan bayaran bulanan sebanyak RM600 selama 9 tahun.

Seperti yang telah dinyatakan, tidak banyak kenderaan yang memenuhi kesemua kehendak dan keterujaan dan praktikal. Tetapi Iriz 2019 ini melengkapi kesemua kehendak dan keinginan anda. Ia mempunyai sejumlah 367 perubahan daripada keluaran kenderaan yang sebelumnya, dan jika keseronokan, praktikal, persembahan dan reka bentuk menjadi faktor utama dalam pemilihan kenderaan, maka Iriz 2019 ini adalah pilihan terbaik anda. Kenderaan ini telah dianugerahkan sebagai Best Compact Hatch oleh CarSifu’s Editors’ Choice Award 2019, ia juga telah membuktikan komitmen PROTON dalam menghasilkan kenderaan berkualiti tinggi.

Fakta menarik: Iriz dan Persona berkongsi banyak bahan biasa seperti casis dan kompenen mekanikal, di mana yang membezakan mereka adalah bentuk badan sahaja.

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut