Jardin Des Rêves Dior
Jardin Des Rêves Dior menyuntik sensasi La Dolce Vita lantas menciptakan pengalaman istirahat dalam mendakap sensasi liburan termewah di Hotel Belmond, Portofino.
Hotel Belmond dan Dior berkolaborasi dalam menciptakan pengalaman istirahat lalu memeluk intipati kesejahteraan baharu di persekitaran taman yang ikonik. Juga di sepanjang bahu tebing beach club Bagni Fiore yang terlihat dari kejauhan. Bermula dari 1 Jun sehingga 30 September ini, Dior turut hadirkan butik spa sementara di Portofino.
Lantas, menawarkan perawatan kulit wajah eksklusif serta teknik istimewanya yang berlatarkan panorama Riviera Itali nan indah. Dior turut menata rias dua kabin atau dek di beach club Bagni Fiore yang tampil diolah dengan corak ikonik Toile de Jouy. Di samping, itu rumah fesyen asal Perancis ini menghadirkan butik konsep satu-satunya yang melancarkan minyak wangi Escale à Portofino edisi terhad; dinamai ‘Splendido Edition’.
Secara tidak langusng, menyanjung identiti taman Splendido yang malar hijau dengan keindahan semula jadi. Spa pop-up Jardin des Rêves Dior pula membiaskan pengalaman liburan serta istirahat termewah. Maria Grazia Chiuri, Pengarah Kreatif buat himpunan busana wanita Dior menterjemahkan semula fabrik ikonik Toile de Jouy Dior yang menghiasi segenap gazebo atau kabin dalam corak dedaunan hijau selaras suasana sekitar yang memiliki pemandangan langsung ke Teluk Portofino.
Dior menjemput pengunjungnya dalam beristirahat dengan menu perawatan wajah dan badan yang eksklusif. Dior Bronze Signature Massage baharu tampil menyempurnakan kolaborasi semata yang diilhamkan daripada barisan penjagaan kulit dan direka bagi meningkatkan keserian wajah, sambil berehat di bawah sinaran matahari musim panas di Itali. Hanya berjarak ‘selangkahan kaki’ dari Bagni Fiore, restoran Langosteria Paraggi mengalu-alukan kedatangan pengunjung bagi bersantap makanan laut khusus warga lokal setiap hari; dari makan tengah hari sehingga makan malam.
Pautan berkaitan: MORY SACKO, RESTORAN LOUIS VUITTON PERTAMA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.