“Kecergasan adalah sebuah journey kerana saya sentiasa mahu mencabar diri untuk menjadi yang lebih baik setiap hari,” – Aaron Chan
Duta minuman sukan NOCCO, Aaron Chan adalah jurulatih kecergasan yang tekad untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam membantu mencapai matlamat kecergasan bersama komuniti functional training atau crossfit di Fuel Athletics.
Sebelum ini, ramai yang mengenalinya sebagai seorang model peragaan. Hari ini, Aaron Chan adalah Ketua Jurulatih Kecergasan di Fuel Athletics. Selaku jurulatih kecergasan, dia berkonsgsi ilmu dan kemahiran bersama komuniti crossfit di Malaysia. Dia yang juga atlet mountain bike adalah duta NOCCO yang merupakan minuman sukan dari Sweden.
Ikuti temubual eksklusif bersama Aaron Chan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai journey kecergasannya.
- Bagaimana anda bermula menjadi jurulatih kecergasan?
Perjalanan kecergasan ini bermula enam tahun lalu. Ketika itu saya mencari sebuah gimnasium yang dapat membantu untuk latihan mountain biking. Saya mencari program yang mampu meningkatkan persembahan dari segi kekuatan dan conditioning untuk perlumbaan mountain bike, selain seorang jurulatih yang berpengalaman untuk merangka sebuah plan untuk saya.
Di Fuel Athletics, saya diperkenalkan dengan komuniti functional training atau crossfit yang terus membuat saya tertarik dengan metodologi senaman mereka. Selepas menyaksikan peningkatan dari segi kecergasan, saya terus membuat keputusan untuk meluaskan ilmu dan kemahiran untuk berkongsi dengan semua.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 MODEL LELAKI YANG MEWARISI BAKAT IBU BAPA MEREKA
Mereka merupakan model generasi baharu yang kini muncul di pentas peragaan, dada majalah dan kempen kecantikan ternama.
BROOKLYN BECKHAM & NICOLA PELTZ TELAH BERKAHWIN SECARA SENYAP?
Brooklyn Beckham dirakam memakai cincin emas di jari manis tangan kiri sewaktu membeli-belah di butik El Lay beberapa hari lalu.
RAHSIA CHRIS HEMSWORTH KEKALKAN TUBUH SASA
"Tubuh saya seperti tidak berfungsi apabila saya berhenti bersenam." - Chris Hemsworth
5 TABIAT KEBERSIHAN YANG PERLU ANDA IKUTI SEBELUM DAN SELEPAS BERSENAM
Petua dan tabiat kebersihan yang diluluskan oleh pakar ini dapat melindungi diri anda daripada virus.
KENALI SONNY HALL, MODEL BERJIWA PUITIS DAN BIJAK BERGAYA
Sonny Hall merupakan model masa kini yang punya identiti tersendiri. Selain modelling, Sonny Hall bergiat aktif dalam penulisan puisi. Terdapat banyak inspirasi yang boleh diambil darinya.
BINA BADAN DI RUMAH? MUDAH SAJA!
Ramai yang ingin memiliki bentuk badan yang kelihatan tegap namun tak mampu untuk pergi ke gim kala PKP ini. Jangan risau, kami ada caranya!