KENALI 5 BARISAN PELAKON UTAMA KAHAR KAPLA HIGH COUNCIL
Filem yang menanti penonton di pawagam tahun ini adalah Kahar Kapla High Council dan bakal mencetus fenomena selepas prekuel siri, Projek: High Council.
Sebelum ini, pihak Astro Shaw mengadakan sesi pencarian pelakon yang bersesuaian bagi dua watak utama yang lain, iaitu Beja dan Megat. Persoalan akhirnya terjawab selepas Astro Shaw telah mengumumkan pemilihan beberapa aktor termasuk Aedy Ashraf yang menggalas watak utama sebagai Beja.
KENALI 5 BARISAN PELAKON UTAMA KAHAR KAPLA HIGH COUNCIL
Prekuel siri, Projek: High Council iaitu filem Kahar Kapla High Council bakal menampilkan lima teraju utama bersama Amir Ahnaf.
1. AEDY ASHRAF
Astro Shaw mengumumkan Aedy Ashraf sebagai Beja untuk filem Kahar Kapla High Council. Watak Beja yang digalas oleh Aedy ialah merupakan abang kepada Kahar, ketua pengawas dan pelajar terbaik dalam KUDRAT. Beja juga merupakan seorang yang mementingkan imej dan reputasinya di sekolah dan mahir dalam seni bela diri Muay Thai.
2. SKY ISKANDAR
Turut terpilih untuk membarisi filem prekuel ini ialah model serta bakat baharu, Sky Iskandar sebagai Megat. Megat merupakan kapla High Council KUDRAT pada tahun itu dan seorang oportunis yang pandai bercakap manis. Seorang manipulatif dan juga mahir dalam seni pertarungan tinju.
3. AMIR AHNAF
Seperti yang ramai tahu, Amir Ahnaf yang merupakan watak utama dalam filem ini dan memegang watak sebagai Kahar. Kahar pada tahun itu merupakan adik kepada Beja.
4. KHENOBU
Khenobu merupakan atlet tarian breaking negara dan juga salah seorang yang berjaya memegang watak sebagai Jojo. Watak Jojo merupakan seorang yang sentiasa inginkan perhatian dan pembuli di KUDRAT pada ketika itu. Jojo juga mahir dalam seni pertarungan gusti dan (MMA).
5. THOMPSON GOH
Salah satu watak yang berjaya menerusi sesi uji bakat ialah Thompson Goh yang memegang watak Li. Watak yang digalas Thompson ialah merupakan seorang penolong ketua pengawas yang tinggi dan sasa. Li juga merupakan seorang yang mahir dalam seni pertarungan Muay Thai, seorang yang pendiam, tenang dan misteri.
Ini ialah prekuel siri, Projek: High Council yang juga telah dibintangi oleh Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Naim Daniel dan Daiyan Trisha.
Foto: Instagram/Astro Shaw
Baca lebih lanjut: 5 GAYA RAMBUT SKY ISKANDAR BOLEH DIIKUTI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM TERBAIK LAKONAN NADHIR NASAR
Bagi meraikan Chelot, lihatkan lima filem terbaik lakonan pelakon 29 tahun ini.
“CONFIDENCE IS THE KEY, KAN?” SHARUL KAMAL. KENALI PENYANYI DAN PELAKON YANG MULA MENJADI SEBUTAN.
Menjelang usia 30, Sharul Kamal tidak sekadar meraikan pencapaian, tetapi melihat muzik dan lakonan sebagai medium untuk menyampaikan rasa dan inspirasi.
HIGH COUNCIL UNIVERSE: INI KRONOLOGI SEBENAR PROJEK: HIGH COUNCIL, KAHAR & KUDRAT 1968
KUDRAT 1968 bukan sekadar prekuel, ini adalah turutan tontonan untuk faham keseluruhan High Council Universe.
FENOMENA FILEM CHELOT: INI 7 WAJAH PELAKON YANG DIKENALI
Filem Chelot yang kini nombor satu di Malaysia hadir dengan barisan pelakon tempatan yang amat dikenali dengan bakat lakonan mereka.
6 HIGH SCHOOL SERIES TEMPATAN ANDA PATUT TONTON SEBELUM KUDRAT 1968
Sama seperti Kudrat 1968 yang sedang menjadi bualan, enam high school series tempatan ini juga boleh menjadi tontonan!
KUDRAT 1968 REVEAL THE CAST! SIAPA PELAKON UTAMA FILEM INI?
Pelakon-pelakon utama filem Kudrat 1968 telah didedahkan, dan menjadikan penantian peminat siri High Council yang kian menanti.











