Skip to content

KJ MENANG, TEWASKAN PUTERA MATEEN DI SUKAN SEA-29

Kongsikan artikel ini

Tahniah diucapkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang berjaya menumpaskan pasukan Brunei pada perlawanan ekuestrian polo berkumpulan sebentar tadi dengan keputusan 12-4. Selain itu, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga turut berkenan berangkat untuk menyaksikan perlawanan pertama acara polo ekuestrian Sukan SEA Ke-29 membabitkan pasukan Malaysia dan Brunei di Taman Ekuestrian.

(Sumber foto: Twitter @myTeamMAS)

(Sumber foto: Instagram @malaysia1news)

(Sumber foto: Utusan Malaysia)

Pasukan Malaysia diketuai Khairy, dan turut turut diwakili Abdul Rashid Hasnan, Shaik Reisman Mohamed Ismail dan Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman. Manakala, pasukan Brunei pula diketuai diwakili Putera Abdul Mateen, Puteri Azemah, Pangeran Muda Bahar Jefri dan Mohamad Huzaimi Husin.

Perlawanan kali ini dilihat menjadi tumpuan apabila orang ramai dilihat membanjiri sejak pukul 1.30 petang lagi bagi menyaksikan aksi kali pertama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam temasya dwitahunan tersebut, termasuk melihat dengan lebih dekat kelibat Putera Mateen yang sejak kebelakangan ini tular di laman sosial dek ketampanannya.

(Sumber foto: Bernama Radio)

Mengulas lebih lanjut tentang perlawanan sengit itu tadi, Khairy yang sempat ditemubual oleh media selepas perlawanan memberitahu, ‘kejayaannya pada perlawanan ini adalah usaha sama satu pasukan yang bekerjasama dengan baik, we do not panicked and we play as team and stick to the strategy. 

Apa-apa pun, tahniah Malaysia! Tahniah juga kepada pasukan Brunei yang berjaya memberikan saingan sengit.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 22 Ogos 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SELEPAS EMPAT OLIMPIK, TOM DALEY AKHIRNYA MENANG EMAS PERTAMA

Bacaan Lanjut

ALAMI SENSASI TOKYO 2020 TERUS DARI RUMAH

Bacaan Lanjut

KATIL ‘ANTI-SEKS’ CETUS KONTROVERSI DI SUKAN OLIMPIK TOKYO 2020

Bacaan Lanjut

ROGER FEDERER TARIK DIRI DARIPADA SUKAN OLIMPIK TOKYO

Bacaan Lanjut

NOVAK DJOKOVIC JULANG TROFI WIMBLEDON KEENAM, GRAND SLAM KE-20 KESELURUHAN

Bacaan Lanjut
CUCU MUHAMMAD ALI, NICO ALI WALSH KINI BERGELAR PETINJU PROFESIONAL

CUCU MUHAMMAD ALI, NICO ALI WALSH KINI BERGELAR PETINJU PROFESIONAL

Bacaan Lanjut