Skip to content

Kompa Memeluk Alam 01

Kompa Memeluk Alam

Kongsikan artikel ini

Sorotan dari Design Miami 2021 yang berlangsung awal Disember lalu, mempamerkan kerjasama antara Fendi dan jenama perabot yang berpangkalan di Botswana; Mabeo Studio.

Menghimpunkan pelbagai sudut pandangan serta kemahiran yang memeluk khazanah alam di negara Afrika Selatan ini, Peter Mabeo, Kim Jones, Silvia Venturini Fendi dan Delfina Delettrez Fendi membentangkan sepuluh buah perabot yang tergarap dari aturan konstruksi yang saling terhubung. Komited menjunjung seni ketukangan perabot dan perhiasan yang berselubung nada budaya kontemporari Afrika, Mabeo Studio mengembara ke seluruh Botswana bagi menghimpunkan teknik yang wujud menerusi kepelbagaian aktiviti kraftangan di negaranya.

Kompa Memeluk Alam 02

Peter Mabeo memaparkan himpunan perabot Kompa bersama Fendi.

Dinamakan Kompa, identiti bagi koleksi ini hadir dari pertukangan tertua studio reka bentuk dalaman yang membawa erti ‘lengkap’. Secara tidak langsung, merujuk kepada kecenderungan mereka dalam mengolahkan pendekatan holistik terhadap reka bentuk. Kompa dibarisi sembilan perabot dan aksesori hiasan dalaman, termasuk bangku Loma dan bangku Efo yang direka multi fungsi. Kerusi Maduo dan Shiya, kabinet ChiChira, arca hiasan Gabi-Gabi, lampu Meja Gabinyana; serta kerusi Foro dalam dua versi yakni tanah liat dan kayu Panga Panga.

Kompa Memeluk Alam 06

Item kesepuluh merangkap produk terakhir yang melengkapi koleksi Kompa ini adalah beg tangan Peekaboo nan ikonik yang diterjemahkan oleh Mabeo. Mendekati kehidupan para artisan di pedalaman; beg tangan unik ini diperbuat daripada material berasaskan tumbuhan alam. Mabeo turut menuruti kaedah tradisional dari menyamak, merawat serta menjahit lalu menggunakan kelengkapan asas yang diperbuat daripada logam juga kayu. Mempersembahkan manifestasi fizikal hubungan antara para artisan dan seni pertukangan, kolaborasi Fendi bersama Mabeo ini memancarkan daya serta semangat bersatu hati. Terus memeluk kelestarian alam.

Baca lebih lanjut: KONTOR ARTISANAL NAN POLOS

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

“GOOD THINGS TAKE TIME, DON’T BELIEVE IN SHORT GAIN.” – ROBERTO GUIATI #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
3 KOLEKSI BARU KHAS ‘SUMMER FASHION’ MESTI TAHU

3 KOLEKSI FESYEN BARU KHAS ‘SUMMER FASHION’ MESTI TAHU

Bacaan Lanjut

KARIM BENZEMA BERAKSI DENGAN FENDI FASTER

Bacaan Lanjut

#GL15TAHUN THE TRUE GENTLEMAN, NOKI K-CLIQUE

Bacaan Lanjut
Garisan Kayu Nan Elegan 01

Garisan Kayu Nan Elegan Citra Pierre Yovanovitch

Bacaan Lanjut

THE KAISER 1000% BE@RBRICK, KOLABORASI TERAKHIR KARL LAGERFELD

Bacaan Lanjut