Skip to content

KOMPOSER JOHAN NAWAWI MENINGGAL DUNIA

Kongsikan artikel ini

Khabar duka menyebelungi di pagi haru penuh keberkatan ini apabila suami kepada penyanyi terkenal Nora, meninggal dunia. Johan Nawawi, seorang komposer terkenal tanah air selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya pagi ini. Allahyarham begitu dikenali menerusi ciptaan lagu-lagu hit nyanyian Nora seperti Hanya Satu, Desa Tercinta dan Samudera.

Allahyarham yang berusia 52 tahun dikatakan dibawa ke pusat perubatan berkenaan kerana kondisi kesihatannya yang merosot sejak kebelakangan ini. Menurut sebuah portal berita, dikhabarkan allahyarham mulai demam sejak pulang dari Jakarta, Indonesia, namun cuba melawan dengan pengambilan ubat-ubatan. Namun pagi tadi, beliau  dimasukkan ke pusat perubatan tersebut untuk menerima rawatan kecemasan. Allahyarham bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.20 pagi.

Nora turut berkongsi perkara itu melalui akaun Instagramnya.

https://www.instagram.com/p/BSAMBAJFbZG/?taken-by=itsnoraariffin

Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

6 PEMPENGARUH FESYEN LELAKI ANDA PATUT IKUTI

6 PEMPENGARUH FESYEN LELAKI ANDA PATUT IKUTI

Bacaan Lanjut
DARI INSTAGRAM KE TOM CRUISE, KENALI CONTENT CREATOR SOFYANK

DARI INSTAGRAM KE TOM CRUISE, KENALI CONTENT CREATOR SOFYANK

Bacaan Lanjut

MET GALA 2025: WANITA MENDOMINASI TEMA MASKULIN

Bacaan Lanjut
PASANGAN MET GALA 2025 HANGAT DI KARPET MERAH

PASANGAN MET GALA 2025 HANGAT DI KARPET MERAH

Bacaan Lanjut

THUNDERBOLTS KINI BERGELAR THE NEW AVENGERS?

Bacaan Lanjut
MET GALA 2025 SOROTAN FESYEN TETAMU LELAKI

MET GALA 2025 SOROTAN FESYEN TETAMU LELAKI

Bacaan Lanjut