KONSERT ISTIMEWA AMBANG TAHUN BAHARU BERSAMA DATUK ZAINAL ABIDIN
Legenda muzik tanah air, Datuk Zainal Abidin akan mengadakan konsert istimewa untuk menyambut ambang tahun baharu di The Bee, Publika.
Tinggal beberapa hari sahaja kita bakal mengucapkan selamat jalan kepada tahun 2022. Legenda muzik tanah air, Datuk Zainal Abidin akan mengadakan konsert istimewa untuk menyambut malam ambang tahun baharu pada 31 Disember 2022 yang bertempat di The Bee, Publika.
ZAINAL ABIDIN NYE SPECIAL
Dengan diiringi pemuzik yang bertaraf dunia, “ZAINAL ABIDIN NYE SPECIAL” ini menjanjikan sebuah persembahan yang menghiburkan dan bertenaga. Malah, ia juga dapat memberikan inspirasi dan semangat bagi menempuh tahun baharu 2023.

Lokasi kali ini bakal menyaksikan persembahan yang lebih mesra serta mementingkan intimasi bersama peminat. Datuk Zainal Abidin cukup dikenal sebagai penghibur hebat yang menitik beratkan kualiti persembahan, lebih-lebih lagi daripada band iringannya. Mereka terdiri daripada Mac Chew (keyboard), Lewis Pragasam (dram), dan Steve Thornton (gendang serta percussion). Juga Daniel Foong (bass) dan Sham Kamikaze (gitar).
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
8 LAGU IKONIK NYANYIAN ‘THE LEGENDARY’ MICHAEL JACKSON
Ayuh imbau 8 lagu paling ikonik nyayian mendiang Michael Jackson sempena pelancaran filem biopik 'Michael'.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.











