Skip to content

KUASA WANITA DAN RAHSIA ‘AVENGERS’ DALAM CAPTAIN MARVEL

Kongsikan artikel ini
1 of 11

Agak jarang sekali wanita diangkat sebagai ‘hero’ dalam sesebuah filem. Jika ada, berapa kerat saja bukan? Dan buat pertama kalinya, filem Captain Marvel adalah filem adiwira pertama MARVEL yang mengetengahkan wanita sebagai tunjang utama, cuma persoalannya mampukah filem ini menawan peminat-peminat lagak superhero khususnya MARVEL. Ya, ini adalah risiko yang perlu diambil pihak produksi.

Apatah lagi populariti bekas Pelakon Wanita Terbaik anugerah Oscar pada tahun 2016 ini masih belum kuat terutama sekali di Malaysia. Ramai masih tertanya adakah Brie Larson, calon yang sesuai memegang watak Captain Marvel atau Carol Danver. Manakan tidak, ini merupakan filem aksi pertama beliau dan ramai menjangkakan Brie untuk unggul dan hebat menerusi watak superhero ini. Namun apa yang menariknya tentang Captain Marvel ini berbanding adiwira wanita lain contohnya, Black Widow adalah unsur humor, sedikit ‘gila-gila’ dan selamba yang ditonjolkan.

Bercakap mengenai jalan cerita, jujur penulis nyatakan agar anda usah mengharapkan aksi yang gempak dan berat seperti filem-filem MARVEL lain. Senang cerita, filem Captain Marvel lebih menumpukan kepada kewujudan Carol Danver dan bagaimana dia  ‘mendapat’ kuasa adiwira serta kebangkitan seorang wanita dalam menghadapi kegagalan demi kegagalan. Yang pasti, tema ‘women empowerment’ nyata jelas menerusi filem ini. Filem ini bermula apabila Carol lakonan Brie Larson tersedar di planet yang ditadbir oleh Bangsa Kree, menyaksikan sendiri bagaimana Carol sendiri berkhidmat sebagai Starforce untuk misi-misi menyelamatkan dari puak Skrull yang merupakan ‘shape-shifters’.

©Marvel Studios 2019

Selain itu, antara yang menarik adalah babak-babal awal origin penubuhan dan nama The Avengers serta bagaimana mata Fury boleh tercedera. Anda boleh saksikan kelibat dan telatah Agen Nick Fury dan Agen Phil Coulson sewaktu muda dan pertama kali bergandingan di awal karier mereka. Boleh dikatakan antara highlight menarik Captain Marvel. Aksi Goose The Cat juga sangat menarik perhatian!

Apa-apa pun, Captain Marvel masih seronok untuk dilayan dan tak rugi menontonnya. Apatah lagi, Captain Marvel dikatakan akan muncul dalam filem Avenger: Endgame nanti. Benar atau tidak, jawapannya hanya ada dalam filem ini. Filem Captain Marvel sudah mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia. Go watch it guys!

1 of 11

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut
rancangan baru January 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JANUARI 2024

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
alif satar

“MASCULINITY IS WORKING WITH WHAT YOU HAVE AND WHAT YOU ARE GOOD AT” – ALIF SATAR #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut